wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Objektif

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Seremban.

a)

merejam

b)

melempar

c)

membaling

d)

melontar

2.

Perlawanan bola tampar antara pasukan Melur dan pasukan Teratai itu terpaksa

____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

digantung

b)

dihabiskan

c)

disudahkan

d)

ditangguhkan

3.

Ibu akan memastikan air yang dimasak ___________ untuk dibuat kopi.

a)

menggelombang

b)

menggelegak

c)

menggeletar

d)

membuak

4.

Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.

a)

arus

b)

kitaran

c)

putaran

d)

gelombang

5.

Seorang lelaki telah dijumpai _________ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.

a)

terpapar

b)

terdampar

c)

terlantar

d)

terhantar

6.

________ yang bergemuruh telah diberikan oleh murid-murid setelah mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh novelis terkenal itu.

a)

Teriakan

b)

Tepukan

c)

Jeritan

d)

Laungan

7.

Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

a)

dwibahasa

b)

ekabahasa

c)

pancabahasa

d)

interbahasa

8.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

9.

Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.


Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.


Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

c)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

d)

rumah siap pahat berbunyi.

10.

Semasa hidupnya susah dahulu banyak keinginannya yang tidak tercapai. Kini, setelah suaminya bergelar jutawan semua keinginan Salmah seperti pakaian dan barang kemas dengan mudah diperolehnya.


Peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan di atas ialah

a)

biduk lalu, kiambang bertaut.

b)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

c)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

d)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

11.

Peribahasa tiada beban batu digalas bermaksud

a)

menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

b)

sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.

c)

hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan.

d)

mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang yang berseteru

12.

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali

a)

genggam bara api biar jadi arang.

b)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

13.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.


Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

c)

Seperti embun di hujung rumput.

d)

Bagai layang-layang putus tali

14.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

15.

Azim dan rakan-rakan sekelasnya datang ke sekolah pada hari Sabtu kerana ________________________ hendak bergotong-royong menghias kelas.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

16.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pihak urus setia(A) kem kepimpinan murid telah menyerah senarai barang-barang(B) yang perlu dibawa oleh para(C) peserta kem itu semalam. Tiada keselahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Para peniaga makanan perlu menjaga kebersihan gerai pada tiap(A) masa untuk menjaga(B) keselamatan orang ramai yang datang ke gerai mereka untuk menjamu(C) selera. Tiada keselahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dan bergaris dengan betul.


I Keuntungan kasar yang diperoleh daripada jualan nasi lemaknya pada setiap hari memberikan semangat kepada Kak Faiza untuk meneruskan jualan nasi lemaknya.

II Mak Siah mengambil segenggam garam kasar lalu digaulkan pada ikan-ikan yang hendak dijadikan ikan masin.

III Kita tidak seharusnya menggunakan kata-kata yang kasar ketika bertutur dengan orang lain.

IV Singa dan harimau adalah antara haiwan kasar yang tinggal di dalam hutan di negara kita.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dan bergaris dengan betul.


I Izara memberikan buah tangan dari Sabah itu kepada Erni sebagai tanda ikatan.

II Penyajak itu telah banyak menghasilkan puisi yang mempunyai ikatan kata yang sungguh indah..

III Saya berharap agar ikatan kekeluargaan dengan keluarga angkat saya akan berkekalan.

IV Pak Cik Salleh membetulkan ikatan samping anak lelakinya yang kurang kemas.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

20.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Puan Rosliza dan suami bersyukur kerana ketiga orang anak mereka telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

a)

ketiga-tiga orang anak mereka

b)

ketiga orang anak-anak mereka

c)

tiga-tiga orang anak mereka

d)

ketiga orang anak mereka

21.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Para pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang pasti akan berasa kagum akan keindahan pemandangan semula jadinya yang sungguh amat terindah.

a)

amat terindah

b)

sungguh indah

c)

amat sungguh terindah

d)

sungguh amat terindah

22.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Abang berasa sedih kerana berpuluh ekor ayam ternakannya mati akibat diserang penyakit.

II Pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.

III Para penduduk diingatkan supaya menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka pada setiap masa.

IV Nur Nadirah telah menunggu rakannya di perhentian bas itu sejak satu jam setengah yang lalu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

23.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Cekap benar anak perempuan Puan Latifah membantunya membuat kerja rumah.

II Pengetua sekolah kami sungguh kesal akan tindakan segelintir murid yang gemar ponteng sekolah.

III Fahim sekali geram apabila melihat pemandu kereta di hadapannya memandu sambil menggunakan telefon pintar..

IV Kenangan Farhana semasa bercuti di Kundasang bersama-sama dengan keluarganya ialah kenangan yang amat terindah sekali buat dirinya..

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

24.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bergaris.


Seramai dua ratus orang peserta menghadiri Seminar Teknik Pembelajaran Berkesan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Dewan Palembang.

a)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadiri Seminar Teknik Pembelajaran Berkesan di Dewan Palembang bersama-sama dua ratus orang peserta.

b)

Seminar Teknik Pembeljaran Berkesan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Dewan Palembang disertai oleh seramai dua ratus orang peserta.

c)

Penyertaan peserta seramai dua ratus orang dalam Seminar Teknik Pembelajaran Berkesan di Dewan Palembang diakui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

d)

Seminar Teknik Pembelajaran Berkesan di Dewan Palembang dihadiri oleh dua ratus orang peserta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

25.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai(A) prasarana untuk menjamin(B) keselesaan penduduk di kawasan pendalaman(C) itu. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

26.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pelibatan tokoh(A) penyajak itu dalam dunia sastera tanah air kita sejak 15 tahun yang lalu menyebabkan(B) beliau disegani(C) oleh masyarakat. Tiada kesalahan(D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.


Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa...

a)

seperti kacang lupakan kulit.

b)

ikut hati mati, ikut rasa binasa.

c)

seperti katak di bawah tempurung.

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

28.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf tangan yang diusahakan akan semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.


Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah...

a)

tepuk dada tanya selera.

b)

tiada rotan, akar pun berguna.

c)

biar berputih tulang, jangan berputih mata.

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

29.

Budak perempuan itu menangis ____________________ kerana disengat lebah semasa bermain di belakang rumah datuknya.

a)

kesedihan

b)

kesakitan

c)

kekesalan

d)

kekecewaan

30.

Rahim membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana hatganya terlalu _____________________ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.

a)

tebal

b)

berat

c)

kasar

d)

mahal

31.

Proses ___________________ undi bagi pilihan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.

a)

penyebaran

b)

pemarkahan

c)

pemerhatian

d)

pembuangan