NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN BAB 1 DAN 2
Total questions: 30
Worksheet time: 13mins
Apakah tujuan perniagaan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan pendapatan negara
Mewujudkan peluang pekerjaan
Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?
Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga
Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai
Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang
Liabiliti tidak terhad
Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?
Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan
Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan
Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan
Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri
Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Isu yang manakah yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
Isu negara
Isu serantau
Isu dua hala
Isu tempatan
Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
I Ekonomi
II Sosiobudaya
III Sumber manusia
IV Kewangan
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan malar
Pernyataan manakah berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan barang?
Syarikat Q & Q menghasilkan pelbagai jenis peralatan landskap
Syarikat Advet Sdn. Bhd. pakar dalam mempromosikan bahan landskap
Apakah itu milikan tunggal?
I. Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV. Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
A
B
C
D
Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.
A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama
B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D
C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat pembayaran
D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran → mendapat Borang D
A
B
C
D
Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak
D. Pengeluaran ubat-ubatan
A
B
C
D
Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…..
A. Antara penduduk luar negara
B. Antara negara dengan negara
C. Antara penduduk dalam negara
D. Antara sempadan sesebuah negara
A
B
C
D
Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.
SKALA PERNIAGAAN
i)X
ii)ANTARABANGSA
Apakah X?
A. Zon
B. Global
C. Negeri
D. Domestik
A
B
C
D
Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?
A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan
A
B
C
D
Apakah itu inflasi?
A. Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B. Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C. Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D. Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
A
B
C
D
Apakah kesan daripada inflasi?
A. Kuasa beli wang meningkat
B. Taraf hidup rakyat meningkat
C. Kos sara hidup semakin meningkat
D. Pendapatan boleh guna meningkat
A
B
C
D
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian?
A. Pekerja kurang bermotivasi
B. Keadaan ekonomi semakin lembap
C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat
A
B
C
D
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.
Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
Objektif mungkin tidak tercapai
Apakah gaya pengurusan berkenaan?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Gaya pengurusan yang manakah berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.
Perniagaan Prihatin menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah kos. Ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
Ciri-ciri tersebut menerangkan
perkongsian
milikan tunggal
organisasi bukan bermotifkan untung
organisasi bermotifkan keuntungan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.
· Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela.
· Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.
Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?
Maxis Berhad
Pasar Raya Jimat
Bank Simpanan Nasional
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
Pernyataan manakah yang menunjukkan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi ?
Menjual barang keluaran sendiri.
Menaikkan harga berdasarkan permintaan pasaran.
Menggunakan jenama yang sudah terkenal.
Mengubah suai premis mengikut cita rasa pelanggan
Berikut ialah jenis pelepasan cukai KECUALI
Taraf Perintis
Elaun Cukai Pelaburan
Potongan Cukai
Taraf Piawaian
Yang manakah pasaran dalam trend persekitaran perniagaan?
Pasaran untuk semua
Pasaran semasa
Pasaran tempatan
Pasaran Kualitatif
Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.
Memotivasikan pekerja
Meningkatkan taraf hidup pekerja
Menjana pendapatan pekerja
Menawarkan perkhidmatan pekerja
Apakah gaya pengurusan autokratik?
Mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal
mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
Menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan
Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan
Apakah peranan kerajaan dalam mengatasi masalah berkaitan Deflasi?
Meningkatkan harga barang melalui Dasar Bebas Cukai
Menurunkan kadar cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan melalui Dasar Fiskal
Memberi insentif kepada peniaga-peniaga baharu
Meningkatkan cukai eksport bagi menggalakkan aktiviti perniagaan pada peringkat antarabangsa
Nama perniagaan: Farmasi Murni
Bentuk pemilikan: Sendirian Berhad
Aktiviti perniagaan: Menjual pelbagai jenis ubat dan peralatan perubatan
Modal berbayar: RM250 000
Bilangan pekerja tetap: 25 orang
Jumlah jualan pada tahun 2017: RM550 000
Yang manakah benar tentang perniagaan di atas?
Diklasifikasikan sebagai perniagaan bersaiz kecil
Terlibat dalam sektor kedua
Perniagaan menjual produk sahaja
Tidak sah melalui undang-undang
Kaedah yang digunakan oleh OBBU untuk menjalankan perniagaan ialah
Kos yang rendah
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga yang dipersetujui ramai
Kos yang berlipat kali ganda
MATRADE yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu perniagaan yang terlibat dalam
Skala global
Skala negeri
Skala tempatan
Skala kebangsaan
