Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 (HORMAT)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Mengapakah kita perlu menjaga tutur kata bila bercakap dengan ahli keluarga?
Supaya kita dimarahi mereka
Supaya kita tidak menyakiti perasaan mereka
Supaya mereka tidak bercakap dengan kita
Supaya mereka mengelak dari kita
"Adi mengingati peraturan keluarganya iaitu balik ke rumah sebelum pukul 5:30 petang selepas bermain bola"
Apakah kepentingan mematuhi peraturan dalam keluarga?
Kehidupan dalam keluarga bertambah harmoni
Menyebabkan ibu menjadi risau
Diberikan ganjaran upah bila mematuhi peraturan
Menjadikan ibu ayah rasa kurang senang dengan perbuatan kita
"Hakimi bersalaman dengan ayah yang baharu pulang dari kerja"
Apakah kesan dari perbuatan tersebut?
Ayah marah kerana dia berasa penat pulang dari kerja
Hakimi akan mendapat hadiah dari ayahnya
Hakimi boleh meminta sesuatu apabila berbuat baik
Ayah gembira kerana Hakimi mengamalkan sikap menghormati
Apakah yang harus dilakukan oleh Hakimi dan adiknya semasa waktu rehat bersama keluarganya?
Mengganggu ayah yang sedang membaca surat khabar
Bermain dengan adik secara berhemah
Bergaduh dengan adik semasa bermain
Menjerit-jerit semasa bermain
Sebelum pergi belajar di rumah rakannya, Jessica akan _________________________ dari ibu dan ayahnya.
meminta maaf
meminta duit
meminta izin
meminta tolong
Antara yang berikut, manakah sikap menghormati ahli keluarga?
Meminjam barang kakak dan tidak dipulangkan semula
Memberikan ucapan Hari Ibu kepada ibu
Berpura-pura mengucapkan tahniah atas kejayaan adik
Menipu ayah mengenai pencapaian dalam kelas
Mengapakah Rachel sering menyanyikan lagu untuk neneknya yang sakit?
Supaya neneknya mudah tidur
Supaya neneknya sentiasa rasa disayangi keluarga
Kerana itu adalah tugas Rachel
Supaya neneknya cepat sembuh
Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengamalkan nilai menghormati dalam keluarga?
Hubungan keluarga semakin erat
Kasih sayang bertambah dalam keluarga
Menimbulkan banyak masalah dalam keluarga
Kehidupan bertambah harmoni
"Datuk dan nenek datang semasa kamu tinggal seorang sahaja di rumah"
Apakah yang perlu kamu lakukan?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menjemput mereka masuk
Menyuruh mereka menunggu ibu dan ayah pulang
Melayani dan berbual-bual bersama mereka
Membiarkan mereka duduk sahaja
Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat terhadap ahli keluarga?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Bersikap pilih kasih terhadap ahli keluarga
Bertutur dengan sopan
Sentiasa mengharapkan ganjaran apabila diminta untuk membantu
Menghulurkan bantuan tanpa perlu diarah
