Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
Kamil seorang budak yang nakal. _____ selalu ponteng kelas dan tidur dalam surau.
a)
Kami
b)
Saya 
c)
Dia
d)
Beliau
2.
Sultan Salahuden memerintah negara dan rakyat dengan adil. Oleh sebab itu, ramai rakyat menyayangi dan menghormati ________.
a)
baginda
b)
beta
c)
saya
d)
beliau
3.
Penguasaan ______ Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tahun 5 Rajin amat lemah.
a)
tatacara
b)
tatabahasa
c)
tatatertib
d)
tatasusila
4.
Ibu melarang Damia keluar rumah ______________ cuaca di luar agak panas.
a)
hingga
b)
malahan
c)
kerana
d)
sungguhpun
5.
Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Datuk bersama dengan abang Adib.
a)
itu
b)
ini
c)
sana
d)
sini
6.

Ibu ______________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.

a)

menatang

b)

menjinjing

c)

menjulang

d)

memegang

7.
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
a)
punah-ranah
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
riuh-rendah
8.
Buku yang laris ____________ pasaran itu dikarang oleh artis terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
a)
di
b)
pada
c)
ke
d)
kepada
9.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

10.

Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

mereka

11.

"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah Hang Tuah kepada sultan.

a)

tuan

b)

tuanku

c)

baginda

d)

tuan hamba

12.

"Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, ___________ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana," kata Lokman.

a)

dia

b)

kami

c)

saya

d)

kalian

13.

Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah mejemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kita

14.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

15.

"Ampunkan _____________, tuanku," sembah Hang Jebat kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

16.
Rudy murid yang paling_______________tiba di tapak perhimpunan sekolahnya.
a)
segera
b)
kini
c)
awal
d)
terbit
17.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.

18.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

b)

Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.

19.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Ayah membeli beg tangan untuk ibu.

b)

Ayah membeli beg tangan bagi ibu.

20.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.

b)

Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.

21.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Bola itu ditendang oleh Ramli.

b)

Bola itu menendang Ramli.

22.

Hakimi membeli sebatang tebu dan memotongnya kepada beberapa ............... untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.

a)

biji

b)

ruas

c)

hiris

d)

ketul

23.

Kakak menggunakan banyak ............... perca kain yang berwarna-warni untuk dibuat alas kaki.

a)

cebis

b)

gumpal

c)

bidang

d)

gulung

24.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

25.

Ah Tuck menggunakan ............... tanah liat untuk dijadikan pinggan tembikar.

a)

sekepul

b)

segugus

c)

setompok

d)

segumpal

26.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

27.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

28.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

29.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

30.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis