NEW
Font size
WorksheetsNAZKK1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Puan Kamala sedang _________ cili
untuk memasak sambal sotong.
menumbuk
menumis
menggiling
melumat
Ah Meng __________ beg sekolah
yang berisi buku-buku teks dan buku
kerja sekolahnya.
menggalas
menjunjung
menjinjing
mengandar
Semasa majlis pertunangannya, kakak
duduk __________ ketika disarungkan
cincin ke jari manisnya.
bersila
bersimpuh
berlunjur
mencangkung
Cik Zai ____________ seperiuk sup
tulang untuk neneknya yang
dimasukkan di hospital.
merebus
mengukus
menanak
mereneh
Pak Cik Nathan sedang melakukan
kerja-kerja _________ sebelum
membuat sebuah meja.
mengetuk
menghakiskan
mengetam
mengumpil
Wanita separuh usia itu ________
bakul sambil menuju ke sungai yang
berhampiran dengan rumahnya.
mengelek
menjunjung
mengepit
mengandar
Kelihatan seorang anak _________
ibunya yang sudah tua ketika melintasi
jalan yang sibuk.
memimpin
memangku
menarik
mengelek
“Tolong bersihkan lantai yang _______
ini kerana ada secawan air susu
tumpah di sini,” pesan Puan Aini.
melekat
miang
kesat
melekit
Haji Dasuki sedang _________ tatkala
terserempak dengan seekor gajah liar
di kebunnya.
mengutip susu
menjemur susu
menoreh getah
menakik getah
Emak _________ kunyit dan garam
sebelum menyimpan ayam itu.
menabur
memercik
melumur
menyembur
Cik Izan menyanyi sambil __________
daun pandan untuk dijadikan bunga
rampai.
mengerat
menyiang
memotong
menghiris
Sheikh Muzaffar berjaya ___________
sejarah kerana beliau merupakan
rakyat Malaysia yang pertama
menjejakkan kaki ke angkasa lepas.
melukis
mewarnai
mengarang
melakar
Ketika sedang __________ air, mama sempat berbual-bual dengan ayah.
menjirus
menuang
menyiram
memercik
Petugas itu sedang _________ seorang mangsa yang didapati pengsan secara tiba-tiba.
memikul
memapah
mengheret
mengusung
Tok Adam __________ dua buah bakul yang berisi ikan.
memikul
menjunjung
mengandar
menggalas
Kereta ayah yang rosak terpaksa _____________ menuju ke sebuah
bengkel yang terdapat di pekan.
ditunda
diheret
ditolak
disorong
Sebentar tadi abang ________ seekor ayam jantan sambil diperhatikan oleh datuk.
menjulang
menyembelih
mericih
mengerat
Pekerjaan ___________ batik telah diwarisi oleh Juita daripada ibu dan
bapanya.
mengecap
melukis
mengecop
mencetak
Pekerja restoran itu berjalan sambil
___________ sedulang hidangan.
menatang
mengandar
membimbit
mengangkut
Penyair terkenal itu mendeklamasikan sajak terbarunya sambil _______ gitar.
menggesek
memetik
memukul
meniup
Farah membantu ibunya _________ kelapa di belakang rumahnya.
menggerudi
mengukur
menyagat
memerah
Mak Tijah sedang ________ kelapa untuk membuat kuih.
mengikis
memarut
mengorek
mengupas
Saya terkejut apabila ternampak ular
itu sedang __________ seekor tikus.
melulur
menyedut
membolos
menggonggong
Peserta terakhir pertandingan sedang ___________ sebuah sajak
bertemakan kasih sayang dengan penuh penghayatan.
mendendangkan
mengalunkan
mendeklamasikan
mengucapkan
Tuan Haji Shamsuddin menabur bunga dan ___________ air mawar ke
pusara isterinya.
menjirus
menuang
menyimbah
merenjis
