wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PRAKLAUSA DAN PASCAKATA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang betul berkenaan dengan definisi kata praklausa

a)

Kata yang terletak di hadapan klausa

b)

Kata yang terletak di hadapan klausa bebas

c)

Kata yang terletak di hadapan klausa tak bebas

d)

Kata yang terletak di belakang klausa

2.

"Cis, berani kau menentang aku"


Ayat tersebut menunjukkan penggunaan kata seru yang merujuk kepada perasaan

a)

Gembira

b)

Marah

c)

Sedih

d)

Kecewa

3.

Manakah berikut bukan merujuk kepada kata praklausa

a)

Kata Seru dan Kata Pangkal Ayat

b)

Kata Tanya dan Kata Pembenar

c)

Kata Perintah dan Kata Penekan

d)

Kata Pembenar dan Kata Seru

4.

Berikut merupakan aspek kata perintah kecuali

a)

Larangan

b)

Silaan

c)

Permintaan

d)

Pujukan

5.

Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan. Manakah antara berikut yang tidak tergolong dalam kata pembenar

a)

Ya

b)

Benar

c)

Bukan

d)

Betul

6.

Kata pascakata terdiri daripada

a)

Kata penekan dan kata pembenda

b)

Kata pembenar dan kata penekan

c)

Kata pembenda dan kata pembenar

d)

kata pembenar dan kata penarik

7.

Berikan definisi kata penekan

a)

Kata penekan membawa maksud mengiakan sesuatu

b)

Kata penekan membawa maksud penegasan

c)

Kata penekan membawa maksud mengesahkan sesuatu

d)

Kata penekan membawa maksud menggalakkan sesuatu perkara

8.

Berikan definisi paling tepat bagi kata pembenda

a)

Kata pembenda ialah kata yang menukar perkataan bukan kata nama kepada kata sendi nama

b)

Kata pembenda ialah kata yang menukar perkataan bukan kata kerja kepada kata kerja

c)

Kata pembenda ialah kata yang menukar perkataan bukan kata nama kepada kata nama

d)

Kata pembenda menukar perkataan kata adjektif kepada kata nama sahaja

9.

Manakah yang berikut merupakan kata penekan

a)

"Nampaknya, kita perlu bermalam di kampung ini semalaman lagi", kata ayah kepada ibu.

b)

"Saya hendak menekankan bahawa isu ini perlu dibawa ke muka pengadilan", kata peguam itu.

c)

Betapa sayunya hati mereka apabila mengetahui berita itu

d)

"Ah, aku tidak mahu terlibat dalam hal ini lagi", kata perompak itu.

10.

Kata pembenda menukar perkataan bukan kata nama kepada kata nama. Manakah antara berikut yang benar?

a)

Lajunya dia berlari

b)

Wah, cantiknya rumah itu!

c)

Aduhai, malang sungguh nasib hamba!

d)

"Tolong selesaikan masalah ini segera.", kata majikan itu kepada pekerjanya.