wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 1 (Tatabahasa - Kata Ganda)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Petani memasang ___________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

2.

Pawagam menjadi ________ setelah lampu di pasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

3.

Baju Azwan _____________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

4.

Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

a)

hidup-hidup

b)

bulat-bulat

c)

betul-betul

d)

terang-benderang

5.

Amira __________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.

a)

dekat-dekat

b)

kadang-kadang

c)

nyaris-nyaris

d)

hampir-hampir

6.

Mereka ketawa _________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

7.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang ___________ itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

8.

Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

tercungap-cungap

b)

terbahak-bahak

c)

teresak-esak

d)

tersipu-sipu

9.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami ______________ akibat keracunan makanan.

a)

lemah-longlai

b)

lemah-gemalai

c)

hiruk-pikuk

d)

cirit-birit

10.

Keadaan menjadi ____________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

11.

Suhaila membalut hadiah itu ___________ .

a)

kemas-kemas

b)

ketat-ketat

c)

kuat-kuat

d)

erat-erat

12.

Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

a)

ulang-alik

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

d)

lalu-lalang

13.

Berbasikal secara _________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

a)

bersaing-saing

b)

berbaris-baris

c)

berluncur-luncur

d)

berderet-deret

14.

Ada sebuah busut ____________ di bawah pokok ketapangg itu.

a)

jentik-jentik

b)

pijat-pijat

c)

anai-anai

d)

kura-kura

15.

Keluarga Encik Zain seronok __________ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

ulang-alik

b)

lalu-lalang

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

16.

Rambut Ismail kelihatan ___________ kerana tidak disisir.

a)

kusut-masai

b)

serba-serbih

c)

comot-momot

d)

compang-camping

17.

Aiman lari ____________ apabila dikejar seekor anjing liar.

a)

riuh-rendah

b)

lintang-pukang

c)

kumat-kamit

d)

lalu-lalang

18.

Pinangan Syafiq ditolak ___________ oleh keluarga Aisyah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

a)

senang-senang

b)

mentah-mentah

c)

betul-betul

d)

remeh-temeh

19.

Adik memeluk pinggang ayahnya _____________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.

a)

erat-erat

b)

dekat-dekat

c)

betul-betul

d)

diam-diam

20.

Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.

a)

rumput-rampai

b)

gunung-ganang

c)

semak-samun

d)

bukit-bukau