wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ayah meletakkan buau durian itu di dalam ___________ sebelum dibawa ke pasar untuk dijual.

a)

guni

b)

basikal

c)

poket

d)

dompet

2.

Pemuda itu masuk ke hutan untuk memburu __________.

a)

lembu

b)

rusa

c)

ayam daging

d)

kambing

3.

Setiap keluarga yang menyertai acara _________ perlu bergerak serentak untuk mengelakkan salah seorang daripada mereka terjatuh.

a)

terompah gergasi

b)

lari dalam guni

c)

tiup belon

d)

makan epal

4.

Rumah-rumah di _________ cantik belaka kerana para penduduknya sangat mementingkan kebersihan kawasan rumah masing-masing.

a)

ini

b)

sini

c)

mana

d)

itu

5.

"Letakkan makanan ________ di atas meja," kata ibu kepada kakak.

a)

itu

b)

sana

c)

ini

d)

sini

6.

___________ yang digunakan untuk merakamkan suasana perlumbaan motosikal itu amat canggih dan bermutu tinggi.

a)

Telefon

b)

Jam digital

c)

Komputer riba

d)

Kamera digital

7.

"Cuba kamu lihat pokok yang rendang di __________," kata Cikgu Fuad kepada murid-muridnya.

a)

sana

b)

sini

c)

ini

d)

itu

8.

"Jika ________ ada kelapangan masa, jemputlah datang ke rumah," kata Alia kepada Sarah.

a)

beliau

b)

dia

c)

awak

d)

kalian

9.

Afiq dan Munesh berkawan baik. _________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

a)

Dia

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Kalian

10.

"Ampunkan __________, tuanku," kata Datuk Bendahara kepada Sultan Muzaffar

a)

patik

b)

baginda

c)

beta

d)

hamba

11.

Datuk Sulaiman tokok usahawan yang berjaya. __________ peramah dan baik hati.

a)

Mereka

b)

Ia

c)

Dia

d)

Beliau

12.

Jika tiada ___________ pertanyaan, kita akan bersurai sebentar lagi.

a)

bila-bila

b)

apa-apa

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

13.

Puan Suhaila tidak membenarkan _________ pun berjumpa dengannya sekarang.

a)

siapa-siapa

b)

mana-mana

c)

apa-apa

d)

bila-bila

14.

"Berus gigi tidak boleh __________ dengan orang lain walaupun dengan ahli keluarga," kata pegawai perubatan iti kepada murid-murid.

a)

dibeli

b)

dikumpulkan

c)

dikongsi

d)

diberikan

15.

Orang ramai perlu ___________ tandas awam secara berhemah agar kebersihannya sentiasa terjaga.

a)

memakai

b)

menggunakan

c)

menjimatkan

d)

mengawasi

16.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Hakim terpaksa berhenti kerja untuk ________ ibunya yang sakit.

a)

mengawasi

b)

memelihara

c)

membela

d)

menjaga

17.

Zahid ___________ buku dengan tekun kerana dia akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

a)

menelaah

b)

mengira

c)

membaca

d)

mengulang kaji

18.

Cikgu Hanim berpesan kepada murid-muridny agar basuh tangan sebelum makan kerana kuman yang ada pada tangan amat ___________ dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

a)

halus

b)

licin

c)

kecil

d)

kasar

19.

Suhu di kawasan peranginan itu ___________ sekali sehingga Encik Leong terpaksa memakai pakaian yang tebal.

a)

panas

b)

dingin

c)

lembap

d)

sejuk

20.

"Jika kamu tidak menjaga pemakanan dengan baik, penyakit kamu akan __________ sembuh," kata Doktor Mariam kepada Atikah.

a)

cepat

b)

deras

c)

perlahan

d)

lambat

21.

"Tempoh untuk kamu menjawab soalan ini, dua jam. Oleh itu, kamu tidak perlu ________ ketika menjawab soalan," pesan Cikgu Affiza.

a)

cepat

b)

sibuk

c)

gopoh

d)

khayal

22.

Walaupun kereta ayah telah berusia 20 tahun, namun enjin kereta tersebut masih dalam keadaan __________.

a)

baik

b)

senyap

c)

bising

d)

cemerlang

23.

Murid-murid perlu __________ ketika berada di perpustakaan.

a)

bising

b)

duduk

c)

tunduk

d)

senyap

24.

Adik kerap __________ bertanya kepada ibu lauk yang akan dimasak pada tengah hari nanti.

a)

benar

b)

sekali

c)

nian

d)

sangat

25.

Ashraf mengikut ibunya ke pasar raya __________ membeli pakaian sekolah dan alat tulis.

a)

agar

b)

kerana

c)

untuk

d)

lalu

26.

Pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung perlu berhati-hati semasa memandu __________ selamat sampai ke destinasi yang dituju.

a)

untuk

b)

agar

c)

dan

d)

setelah

27.

"___________ sediakan wang kecil secukupnya kerana kami tidak menyediakan wang baki," kata Pengurus Jualan Amal itu.

a)

Minta

b)

Harap

c)

Sila

d)

Tolong

28.

" _________ kalian dapat turun seawal pukul 7.00 pagi esok kerana kita akan memulakan perlawanan pada pukul 7.30 pagi," kata jurulatih itu kepada para pemainnya.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Minta

d)

Jemput

29.

Puan Zaharah berasa lega kerana _________ memulangkan semula dompet yang dijumpainya semalam kepada pemiliknya.

a)

mesti

b)

boleh

c)

akan

d)

dapat

30.

Murid-murid Tahun 6 Bestari ___________ mencari maklumat tentang hidupan laut melalui Internet.

a)

hendak

b)

sedang

c)

belum

d)

sudah