Font size
WorksheetsPBD FIZIK TINGKATAN 4/ BAB 3 KEGRAVITIAN
Total questions: 8
Worksheet time: 8mins
[TP2] Pecutan graviti tidak bergantung kepada
jisim objek
berat objek
pemalar graviti
jarak dari permukaan Bumi
[TP2] Apakah yang membuatkan sebuah satelit Bumi bergerak dalam orbitnya ?
Tarikan graviti Matahari
Pembakaran bahan api
Pelepasan gas dari ekzos satelit
Tarikan graviti antara satelit dan Bumi
[TP3] Adam telah mengambil bahagian dalam acara lontar peluru. Beliau memusingkan bebola besi (peluru) tersebut dalam satu bulatan mengufuk. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan situasi ini ?
Laju, v bagi bebola besi sentiasa berubah.
Halaju, v bagi bebola besi adalah sama.
Pecutan, a bagi bebola besi bertambah apabila jejari bulatan, r bertambah.
Daya memusat, F semakin bertambah apabila laju, v semakin bertambah
[TP3] Apakah yang akan berlaku kepada jisim otot manusia sekiranya manusia berada dalam keadaan tanpa berat untuk tempoh yang lama ?
Tiada perubahan.
Bertambah.
Berkurang.
[TP4] Sebuah satelit yang berfungsi untuk mengkaji cuaca telah dilancarkan ke orbit. Berikut adalah ciri-ciri bagi dua jenis satelit yang mengorbit Bumi. Klasifikasikan dan pilih ciri-ciri bagi satelit tersebut.
Tempoh orbit lebih pendek daripada 24 jam.
Berada di atas kedudukan geografi yang berubah-ubah.
Arah gerakan tidak perlu sama dengan arah putaran Bumi.
Berada dalam suatu orbit khas.
[TP4] Halaju lepas dari permukaan Bumi boleh dihitung menggunakan rumus v=r2GM . Sebuah syarikat aeroangkasa telah membina 4 buah roket untuk dilancarkan ke angkasa lepas. Antara berikut, roket manakah yang akan berjaya dilancarkan ?
Roket yang berjisim 7.4×104 kg dengan halaju melebihi 11.2 km s−1
Roket yang berjisim 7.4×104 kg dengan halaju kurang daripada 11.2 km s−1
Roket yang berjisim 6.5×104 kg dengan halaju sama dengan halaju lepas Bumi
Roket yang berjisim 6.5×104 kg dengan halaju melebihi 11.2 km s−1
[TP5] Dua buah satelit, satelit P dan satelit Q mengorbit Bumi dalam masa 24 jam. Satelit P berjisim m, manakala satelit Q berjisim 2m. Apakah nisbah jejari Q ke jejari P ?
11
12
21
41
[TP5] Rajah menunjukkan dua bintang, X dan Y masing-masing dengan jisim m1 dan m2 dan dipisahkan oleh jarak r . Jika kekuatan medan graviti di titik P pada jarak 3r daripada x ialah sifar, apakah nisbah jisim X kepada jisim Y ?
1 : 2
1 : 4
2 : 1
2 : 4
