Font size
WorksheetsPeribahasa SPM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;
Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
Bagai kera mendapat bunga
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai gerjaji dua mata
Bagai menatang minyak yang penuh
Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi
Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................
Menyelam sambil minum air
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Alah bisa tegal biasa
Berikan maksud peribahasa
alah bisa tegal biasa
Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.
Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.
Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.
Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ayam tambatan bermaksud
Anak kesayangan
Orang yang malas
Orang yang menjadi harapan dalam satu pasukan kerana kehebatannya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya
Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.
Nyatakan peribahasa yang sesuai.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Orang mengantuk disorongkan bantal
Seperti cincin dengan permata
Besar pasak dari tiang
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Belakang parang diasah lagikan tajam
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni
Sekali air bah, sekali pasir berubah
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:
Hartawan itu bersikap seperti ______________ kerana mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat untuk mencapai hajat dan matlamatnya.
Rumah siap pahat berbunyi
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Apakah maksud peribahasa berikut:
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Rajin membuat kerja
Melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya
Rajin membuat kerja
Menempuh kesulitan dahulu baru mencapai kesenangan
berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"
menjual dengan harga yang mahal
sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
berikan maksud peribahasa "duduk sama rendah berdiri sama tinggi"
Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat.
dua pihak mempunyai kedudukan yang tinggi
dua pihak yang saling berebut pangkat
berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"
banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.
Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.
lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
habis manis sepah dibuang
air beriak tanda tak dalam
ukur baju di badan sendiri
Berikan peribahasa yang sama maksud dengan:
'setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga'
Seperti duduk di dalam duri
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Sirih pulang ke gagang
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
1. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
Malas berdayung, perahu hanyut.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Biduk lalu, kiambang bertaut.
Seperti mencurah air ke daun keladi.
2. Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
6. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
rataBagaimana contoh begitulah gubahannya
Tiada rotan akar pun berguna
mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah
tidak mungkin dapat dilakukan
orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh
sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu
