WorksheetsSEJARAH T4B7 PdPR PKP 3.0 SMK SRI KOTA, TAIPING
Total questions: 26
Worksheet time: 15mins
Apakah kesan perkembangan berikut terhadap negara kita?
Perkembangan politik antarabangsa
Perkembangan politik serantau
Perpaduan kaum
Kesedaran politik
Kepesatan ekonomi
Pembentukan parti politik
Apakah idea kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?
Melayu Raya
Pemerintahan sosialis
Raja Berperlembagaan
Kemerdekaan Melalui kerjasama kaum
Konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh sebuah pertubuhan merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan persamaan dalam aspek
kaum
agama
daerah
kebudayaan
Apakah yang diperjuangkan oleh UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar?
Konsep kesamarataan
Kedaulatan Raja-raja Melayu
Memelihara status quo orang Melayu
Sistm pentadbiran Kesultanan Melayu
Tahun 1949
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC)
Maklumat di atas berkaitan usaha ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Penerimaan satu bahasa
Penolakan dasar penjajah
Pengiktirafan kaum imigran
Permulaan kerjasama kaum
Siapakah yang mewakili kaum Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Ibrahim Haji Yaakob
Ishak Haji Muhammad
Zainal Abidin Haji Abas
Dato' Abdul Wahab Abdul Azis
Malayan Indian Congress (MIC) yang diasaskan oleh John Thivy telah meletakkan objektif partinya untuk
memartabatkan bahasa Tamil
menubuhkan kerajaan demokrasi
meningkatkan taraf hidup masyarakat India
merdeka melalui kerjasama antara kaum
Slogan "Hidup Melayu" digunakan oleh UMNO dalam perjuangannya.
Apakah matlamat yang hendak dicapai?
Kemerdekaan bersama Indonesia
Kemerdekaan sebagai negara IsIam
Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
Pembubaran Malaysan Union
Sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum, menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan.
Apakah peranan CLC dalam mengatasi isu di atas?
Mencadangkan pendidikan yang seragam
Mencadangkan penubuhan sekolah wawasan
Mencadangkan pengambilan guru dari Tanah Melayu
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan pendidikan orang Melayu
Apakah matlamat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Malayan Chinese Association (MCA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock?
Negara maju
Negara republik
Kerajaan sosialis
Demokrasi penuh
Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Mengukuhkan ekonomi negara
Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibbah
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Menyelesaikan isu pergaduhan antara kaum
Bagaimanakah CLC mengatasi isu ketidakseimbangan antara kaum dalam sektor perniagaan dan perusahaan?
Menubuhkan FELDA
Memperkenalkan Sistem Ahli
Mencadangkan penubuhan RIDA
Mengkaji sistem pendidikan kebangsaan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah penubuhan CLC membantu dalam pembinaan negara dan bangsa?
Mengimbangi komposisi penduduk
Menggalakkan penubuhan satu parti politik siasah
Membolehkan pilihan raya diadakan
Menggalakkan kerjasama politik antara kaum
Syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu dilonggarkan.
Apakah rasional CLC membuat cadangan di atas?
Memupuk taat setia
Melaksanakan pilihan raya
Menubuhkan parti politik berbilang kaum
Menggalakkan kerjasama politik
Apakah agensi yang ditubuhkan bagi meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
Ordinan Pelajaran 1952
Jawatankuasa Pendidikan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Maklumat berikut berkaitan Sistem Ahli.
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada bebrapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
Siapakah yang melantik Ahli dalam sistem tersebut?
Gabenor
Raja-raja Melayu
Setiausaha kerajaan
Pesuruhjaya Tinggi British
Sistem Ahli mula dilaksanakan dalam tahun 1951.
Apakah tujuan kerajaan British memperkenalkan sistem tersebut?
Proses dekolonisasi
Mengkaji hubungan kaum
Tuntutan Dato' Onn Jaafar
Pembentukan Kabinet Pertama
Sistem Ahli merupakan satu sistem kabinet bayangan dan terdiri daripada beberapa orang pemimpin masyarakat.
Bagaimanakah sistem ini membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
Menggalakkan perpaduan
Mengenal pasti pemimpin berkaliber
Menyelesaikan masalah hubungan kaum
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
Apakah tugas Ahli dalam Sistem Ahli?
Melatih penduduk tempatan
Mewartakan undang-undang
Mencadangkan undang-undang
Memastikan kelicinan pentadbiran
Apakah kesan kewujudan sekolah vernakular berikut?
Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Tamil
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial
Menghalang usaha menyatupadukan rakyat
Menghalang usaha untuk mencapai kemerdekaan negara
Meluaskan penguasaan kuasa Barat di Tanah Melayu
-Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
-Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Maklumat di atas berkaitan dengan
Laporan Woodhead
Laporan Barnes 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Apakah tujuan Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan?
Meninjau perkembangan sistem pedidikan di Tanah Melayu
Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
Menekankan kepentingan penubuhan sekolah rendah dan menengah dalam usaha membina negara bangsa
Antara yang berikut yang manakah merupakan cadangan dalam Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah Umum menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran
Apakah hasil daripada pakatan
PUTERA-AMCJA 1947?
Perlembagaan Rakyat
Pelaksanaan Sistem Ahli
Pilihanraya Umum Pertama
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Antara berikut, yang manakah benar tentang Parti Perikatan?
Gabungan UMNO-MCA-MIC
Kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu
Menjadi perintis kepada pemupukan kerjasama politik antara kaum
Mengadakan Konvensyen Kebangsaan yang membincangkan usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu
SOALAN BONUS ISU SEMASA MALAYSIA
Antara berikut, yang manakah Menteri Kesihatan Malaysia?
