Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA DAN SASTERA
Total questions: 60
Worksheet time: 45mins
Apakah definisi metafora
perbandingan antara abstrak dan konkrit
perbandingan di awal baris
Perbandingan secara berlebih-lebihan
perbandingan di tengah baris
Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup
contoh: menakung sejarah
Apakah jenis gaya bahasa di atas?
aliterasi
asonansi
personafikasi
hiperbola
(permulaan)-(.............)-(perumitan)-(klimaks)-(peleraian)
Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan binaan plot di atas pada tempat kosong tersebut
perjalanan cerita
klimaks awal
perkembangan cerita
pengakhiran cerita
Anuariza menarik nafas panjang. "Sebab aku, semua orang susah", rungutnya dalam hati.
Teknik Plot yang digunakan dalam dialog di atas ialah?
Monolog dalaman
Saspens
Imbas muka
Konflik
Antara cerita jenaka yang terkenal pada zaman dahulu ialah?
(boleh pilih lebih daripada satu)
Pak Pandir
Puteri Gunung Ledang
SI Luncai
Pak Kaduk
Lebai Malang
Pernyataan berikut adalah benar mengenai ciri-ciri cerpen, kecuali......
Cerpen adalah cerita pendek
Cerpen terdiri antara 500 hingga 15 000 patah perkataan
Perjalanan cerita dalam cerpen adalah lebih kompleks dan rumit
Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad dan jangka waktu pendek.
Apakah aspek sastera yang terdapat dalam gambar di atas?
Subplot
Plot Sampingan
Binaan Plot
Kronologi
Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata ............... (boleh pilih lebih daripada satu jawapan)
umpama
supaya
ibarat
seperti
bagai
Metafora merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata iaitu konkrit dan abstrak.
Yang manakah merupakan contoh metafora?
jambatan kayu
darah pekat
daun hijau
api amarah
Asonansi ialah
Bentuk
Gaya Bahasa
Nada
Unsur Bunyi
Nada ialah bunyi tinggi rendah tekanan suara seorang penyajak ketika mendeklamasikan sajaknya.
Apakah nada yang sesuai digunakan jika penyajak mendeklamasikan sajak berunsur kematian atau kesedihan?
Nada sinis
Nada melankolik
Nada protes
Nada romantis
Istilah baharu bagi perkataan pot luck dalam bahasa Melayu
A.Juadah terhidang
B.Juadah bawaan
C.Juadah tersedia
D.Juadah dibawa
Pilih ejaan yang betul dalam bahasa Melayu untuk perkataan
A.E-mel
B.Email
C.Emel
D.E-mail
Istilah semasa bagi perkataan body shaming dalam bahasa Melayu
A.badan besar
B.sindiran badan
C.memalukan badan
D.kecam badan
Maksud peribahasa Belum dipanjat asap kemenyan
A.Belum dipinang orang
B.Belum berpunya
C.Belum berkahwin
D.Belum bersedia mendidirikan rumah tangga
Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu termasuk dalam rumpun bahasa…
A. Melanesia
B. Austroasia
C. Austronesia
D. Mikronesia
Teks bahasa Melayu tertua yang ditulis dengan aksara Jawi terdapat pada…
A. Batu bersurat Terengganu
B. Batu bersurat Minye Tujuh
C. Batu nisan di Phanrang, Champa
D. Batu bersurat Sultan Malik al-Salleh
Penggunaan bahasa Melayu dalam Parlimen memenuhi fungsi bahasa itu sebagai…
A. Bahasa rasmi
B. Bahasa perpaduan
C. Bahasa pengantar
D. Bahasa komunikasi
Aktiviti utama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak ditubuhkan pada tahun 1956 ialah…
A. Melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan
B.Membina dan memperkembang bahasa Melayu
C. Menerbitkan buku teks dan buku ilmiah dalam bahasa Melayu
D. Mewujudkan kerjasama kebahasaan dengan Indonesia dan Brunei
Simpulan bahasa bagi Ketam Batu bermaksud
A. Kedekut
B.Garang
C.keras kepala
D.Pemurah
Ejaan perkataan bagi Filem Ibu Mertua betul atau salah?
A.BETUL
B.SALAH
Bagi gambar yang diberi, perkataan manakah yang merujuk kepada penggunaan HUKUM D-M yang betul?
A.Goreng pisang
B.Pisang goreng
Ahmad ingin menjadi You Tuber yang berjaya. DBP telah mengeluarkan istilah You Tuber dalam bahasa Melayu____
A.Perancang youtube
B.Penggiat YouTube
C.Pengendali YouTube
D.Pembuat YouTube
Pantun di atas menunjukkan sindiran kepada golongan
A.Wanita
B.Lelaki
C.Isteri
D.Suami
Pilih ejaan yang betul bagi perkataan____
A.Tengah hari
B.Tengahari
C.Tghari
D.Tengahari
Batu bersurat pada abad ketujuh membuktikan bahawa bahasa Melayu kuno telah berperanan sebagai…
A. Wahana pemikiran dan ilmu
B. Bahasa pentadbiran kerajaan
C. Alat penyataan seni dan sastera
D. Bahasa perantaraan penduduk Nusantara
Selepas tahun 1969, nama bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia. Penukaran nama tersebut memenuhi fungsi bahasa Melayu sebagai
A. Bahasa ilmu
B. Bahasa rasmi
C. Bahasa perpaduan
D. Bahasa komunikasi
Pilih ayat yang menggunakan kata MELALUI sebagai kata kerja
A. Melalui karya seni lukis, kita dapat melahirkan rasa hati
B. Kita dapat membaca isi hatinya melalui memek mukanya
C. Keputusan yang baik diperoleh melalui usaha yang gigih
D. Sewaktu melalui lorong itu, dia menemukan mayat seorang wanita
Tukang kayu itu sedang memperbesar rumah jutawan itu
Awalan memper- dalam ayat tersebut membawa makna…
A. Menjadikan
B. Melakukan sesuatu
C. Menghasilkan sesuatu
D. Menjadikan lebih atau bertambah
Puisi terbahagi kepada dua iaitu
puisi moden dan sajak
puisi moden dan puisi tradisional
puisi lama dan sajak
puisi lama dan puisi tradisional
Ciri-ciri pantun ialah
mempunyai bayang dan maksud
terdiri daripada 3 kerat
mempunyai pembayang dan maksud
karya saduran bangsa lain
Anafora
perulangan istilah sama di akhir baris
perulangan istilah sama di tengah baris
perulangan istilah sama di awal baris
perulangan istilah yang berbeza di akhir baris
Epifora
perulangan istilah sama pada tengah baris
perulangan istilah sama pada awal baris
perulangan istilah sama pada akhir baris
perulangan istilah berbeza pada akhir baris
monolog dalaman
bisikan dalam hati
dialog
gossip
doa
asonansi
pengulangan vokal yang berbeza dalam satu baris
pengulangan vokal yang sama dalam satu baris
pengulangan konsonan yang berbeza dalam satu baris
pengulangan konsonan yang sama dalam satu baris
Responsi
perulangan istilah sama pada awal baris
perulangan istilah berbeza pada tengah baris
perulangan istilah sama pada tengah baris
perulangan istilah berbeza pada akhir baris
Hiperbola
kiasan biasa
sebagai kiasan
kiasan yang berlebihan
kiasan luar biasa
buih pantai menggigit kakiku
simile
hiperbola
personifikasi
aliterasi
seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah
anafora
simile
responsi
aliterasi
Watak jahat dalam sesuatu cerita.
Antagonis
Protagonis
Watak utama
Watak pipih
Penceritaan melalui perbualan dua orang watak atau lebih.
Blog
Prolog
Monolog
Dialog
Penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Monolog
Dialog
Berbisik-bisik
Prolog
Sejak peringkat sekolah menengah, remaja didedahkan dengan karya sastera melalui teks KOMSAS.
mendedahkan dengan karya sastera
terdedahkan dengan karya sastera
didedahkan kepada karya sastera
didedahkan dengan karya sastera.
Selain novel dan cerpen, pelajar turut pelajari prosa tradisional.
berpelajarian prosa tradisional
pembelajaran prosa tradisional
mempelajari prosa tradisional
pelajari prosa tradisional
Jauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhi imej negara di mata dunia.
Jauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhkan imej negara
Menjauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhkan imej negara
Menjauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhi imej negara
Jauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhi imej negara.
Logam berat yang paling kerap sekali dikesan dalam herba ialah merkuri.
paling kerap dikesan
paling kerap mengesan
paling kerap dikesan sekali
paling kerap sekali dikesan
Kita perlu memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik sekali.
keadaan paling baik sekali
keadaan terbaik
keadaan sangat terbaik
keadaan terbaik sekali
Ibu suka ulam-ulaman dan makanan yang dikukus.
suka ulam dan makanan
suka akan ulam-ulaman dan makanan
suka ulaman dan makanan
suka ulam-ulaman dan makanan
Saya berazam agar dapat membahagikan masa dengan lebih bijak antara kurikulum dan ko-kurikulum.
antara kurikulum dan kokurikulum
antara kurikulum serta ko-kurikulum
antara kurikulum atau kokurikulum
antara kurikulum dan ko-kurikulum
Apakah yang dimaksudkan dengan komsas?
Kuiz sastera
Kompenan sastera
Keindahan bahasa
Antologi sastera
Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
berteduh
berlindung
berhenti
berehat
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.
sasaran
wawasan
harapan
impian
Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia _____________ untuk Haifa melanjutkan pelajaran ke menara gading.
membuka jalan
membuka mata
membuka langkah
membuka ruang
