Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bm komsas:Maksud BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za'ba)

Total questions: 5

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap pertama:


Baginda menitahkan orang besar empat,Membuat istana pun berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja.

Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas. Siang malam tidak berhenti.

a)

Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam.

b)

Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja untuk mengarahkan empat puluh empat orang rakyat biasa dengan bayaran yang lumayan.

c)

Raja menitahkan pembesar yang terdiri daripada pembesar empat lipatan untuk mendirikan sebuah istana untuk isterinya dan mengerahkan empat puluh empat orang untuk membina istana tanpa rehat.

2.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap kedua:


Tujuh bulan tujuh purnama,

Istana siap dengan alatnya: Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung. Sebelas dengan pancung serong. Dua belas dengan anjung tinggi.

a)

Selepas tujuh bulan tujuh puluh tahun,istana tidak disiapkan lagi.Raja tidak puas hati dengan istananya dengan sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi yang masih belum disiapkan lagi.

b)

Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana itu sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.

c)

Selepas tujuh bulan dan tujuh hari,siaplah istana dengan kurang lengkap.Istana tersebut tidak melengkapi kehendak Raja yang memerlukan sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.

3.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap ketiga:


Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti, Galang-galangnya ular berang. Kasau kecil puteri menyembah. Kasau lentik helang berbega.

a)

Raja juga memerlukan tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti.Selain itu,Raja ingin menambah galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang terbang

b)

Terdapat tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti tidak memberikan kepuasan kepada Raja.Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang terbang pula memberikan pandangan yang baik kepada Raja

c)

Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang terbang.

4.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap keempat:


Berbunga sawa mengelempal, Bertakuk bersedelinggam,

Berjenang berbatu kawi,

Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina, Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

a)

Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh tumbuhan seperti ular, laying-layang, dan sebuku garam.

b)

Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan haiwan dan alam semula jadi.Ukiran seni bina Islam dan Jepun turut digunakan di samping motif manusia seperti landskap Inggeris

5.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap kelima:


Istana siap tukang pun mati,

Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

a)

Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut. Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.

b)

Selepas istana itu siap, tukang yang membina istana itu dijadikan satu daripada pembesar kerana Raja tidak mahu ukiran dan corak diberikan kepada istana yang lain.Kemudian istana tersebut diserahkan kepada Maharaja.

c)

Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia.Anak tukang tersebut hanya seorang yang dapat meniru kehebatannya dengan menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut. Oleh itu anaknya dijadikan seorang daripada tukang rasmi kerajaan tersebut.Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.