WorksheetsPEMAHAMAN NOVEL LEFTENAN ADNAN
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu. Nyatakan persoalan yang berkaitan dengan huraian berikut.
Persoalan semangat cinta akan negara.
Persoalan kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Persoalan kesungguhan menentang penjajah.
Persoalan kasih sayang sesama manusia
Perwatakan yang manakah tidak berkaitan dengan Adnan bin Saidi? Beri dua jawapan.
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu sebelum ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Adnan yang bertugas sebagai guru bahasa Inggeris sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
Pilih peristiwa yang menjadi perkembangan dalam binaan plot novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (LAWB)
Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.
Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.
Tempat kelahiran watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa adalah di (a)
Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur. Di manakah peristiwa ini berlaku?
Pasir Putih
Pasir Panjang
Bukit Candu
Bukit Cina
Pilih pengajaran yang sesuai berpandukan huraian yang diberikan.
Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Pak Saidi dan Mak Milah sangat menitikberatkan penguasaan ilmu agama dalam kehidupan keluarga mereka. Buktinya, mereka mengajar anak-anak mereka mengaji al-Quran dan solat yang sempurna. Apakah persoalan yang boleh dikaitkan dengan huraian di atas.
Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalarn kehidupan
Persoalan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan
Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga
Persoalan amanah dalam menggalas tanggungjawab memberi pendidikan
Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang. peristiwa di atas membicarakan mengenai teknik _______
imbas muka
imbas kembali
saspens
kejutan
Pilih dua contoh peristiwa yang memaparkan teknik imbas kembali dfalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa.
Pak Saidi teringat akan tulisan Syed Syeikh al-Hadi dalam majalah AlImam dan risalah yang dibacanya.
Pembaca terkejut apabila Adnan menyatakan keputusannya untuk menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris kerana Adnan belum mahir berbahasa Inggeris
Pak Saidi bercerita kepada Adnan tentang kampung mereka yang pernah dilanda banjir sehingga menenggelamkan kawasan perkuburan lama.
Pak Saidi berbual dengan Ah Chong ketika Pak Saidi menghantar basikalnya yang rosak ke kedai Ah Chong untuk dibaiki.
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Teknik plot ini dikenali sebagai
dialog
monolog luaran
monolog dalaman
imbas kembali
