WorksheetsKUIZ TATABAHASA TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Sekawan itik sedang _____________ air di kolam ikan itu.
menyudu
mengaut
menyodok
menghirup
Sup ___________________ ayam yang dimasak oleh sangat sedap.
kekabu
kekuda
bebola
pepohon
Encik Chan menjadi ___________ apabila melihat jam tangan yang dijual di kedai kerana semuanya cantik-cantik belaka.
putih mata
rambang mata
besar mata
mata duitan
_____________________Teluk Batik yang sangat indah menyebabkan ramai pelancong berkunjung ke sana.
Terpandang
Memandang
Pemandangan
Memandangkan
Kebanyakkan murid suka membeli ______________di kedai itu kerana harganya berpatutan.
alat solek
alat senjata
alat tulis
alat perasa
Kereta yang dipandu laju oleh Encik Ravi telah ____________ lalu terjunam ke dalam gaung.
terpijak
termasuk
terbabas
terlanggar
Keadaan di dalam bilik itu ___________________ kerana langsirnya tidak dibuka.
merah seperti saga
rajin seperti semut
putih seperti kapas
gelap seperti malam
Raman memang berasa _____________ ketika berada di puncak bangunan yang tinggi itu.
geli
gayat
gigil
geram
Pengemis itu makan dengan _______________sekali setelah seharian tidak menjamah apa-apa makanan.
gejala
gelojoh
lincah
pantas
Raymond membantu ibunya menyiram __________________
di kebun mini mereka.
sayur
kereta
tanah
rumah
Shivani membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.
Buah mulut
Buah hati
Buah tangan
Buah fikiran
Buah durian yang dibeli oleh ayah sangat __________________.
masin
manis
masam
tawar
Pokok-pokok jagung yang ditanam oleh datuk saya sedang ____________ dengan subur.
memanjang
membesar
menaik
memanjat
Darmen menggunakan _________________ untuk mengukur sudut tepat.
kekabu
kekisi
bebola
kekuda
___________________ hari lagi kita akan menyambut kemerdekaan?
Bilakah
Berapa
Apakah
Bagaimanakah
Fatimah mempunyai ________________ menjahit yang diwarisi daripada ibunya.
memahiran
kemahiran
dimahirkan
termahir
