Font size
WorksheetsMENJAUHI PERLAKUAN GANAS DAN MENJAGA MARUAH DIRI
Total questions: 11
Worksheet time: 7mins
3 tuntutan hukum berdasarkan hadis ialah :
Pengharusan perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam
Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam
Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita yang menarik perhatian lelaki dengan bertabarruj dan wanita yang membuat lenggok-lenggok yang menggoda lelaki
Kedua-dua golongan, iaitu yang berkelakua ganas dan wanita yang tidak menjaga maruah diri tidak akan masuk ke dalam syurga
Berikan pengertian perlakuan ganas.
Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi
Definisi maruah diri ialah
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi
Nilai-nilai kejahatan, kehinaan diri dan ketidakhormatan diri yang ada pada diri seseorang
Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang
Ulama’ mengistinbatkan hukum haram berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri berdasarkan lafaz ayat
صنفان
صنفان من
اهل النار
صنفان من اهل النار
Lafaz صنفان من اهل النار membawa maksud
Satu golongan manusia penghuni syurga
Dua golongan manusia penghuni syurga
Satu golongan manusia penghuni neraka
Dua golongan manusia penghuni neraka
Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan _______dan hukumnya adalah haram. Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.
Dosa besar
Dosa kecil
Pahala
3 perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas ialah:
Penguasa yang adil
Merosakkan harta dan kemudahan awam
Lumba haram yang membahayakan orang lain
Membuli dan mencederakan orang lain
Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
3 perbuatan yang termasuk dalam kategori merosakkan maruah diri ialah:
Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
Memakai pakaian yang mencolok mata
Pergi ke tempat-tempat maksiat
Penguasa yang zalim
Merosakkan harta dan kemudahan awam
2 kepentingan menjaga ketenteraman awam ialah :
Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial
Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
2 kepentingan menjaga maruah diri ialah :
Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial
Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
3 langkah untuk menghindari perlakuan ganas dan kewajipan menjaga maruah diri ialah :
Meningkatan filem berunsur ganas dan pertandingan ratu cantik di program tv
Menyediakan garis panduan etika pemakaian yang patut dipatuhi
Menguatkuasakan undang-undang terhadap perlakuan ganas
Menyebarkan kempen-kempen berakhlak mulia dan menjaga maruah di media sosial
