wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KDB SIRI 4

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan maklumat peribadi yang perlu dilindungi & dirahsiakn

a)

Nama penuh

b)

Hobi

c)

Alamat

d)

Jenama kereta

e)

Maklumat akaun bank

2.

Fitnah bermaksud membuat kenyataan palsu yang boleh menjejaskan reputasi seseorang atau sebuah syarikat/organisasi.

a)

Benar

b)

Salah

3.

Jika anda adalah mangsa buli siber, apakah yang anda perlu lakukan

a)

abaikan pembuli siber itu

b)

laporkan kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang boleh dipercayai

c)

membalas kata-kata pembuli tersebut dengan kata-kata kesat

d)

padam atau hentikan langganan

4.

Permainan online sememangnya boleh merehatkan minda, tetapi mempunyai banyak keburukan jika berlebihan menggunakannya seperti

a)

tidak menyiapkan kerja rumah@kerja sekolah

b)

tidur tidak cukup

c)

mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar

d)

sentiasa bersemangat untuk belajar di sekolah

5.

Dedahkan maklumat peribadi anda hanya dalam laman web yang selamat. Yang manakan antara berikut merupakan alamat yang selamat?

a)

https://

b)

http://

6.
Mengapa kita perlu menggunakan internet secara bijak & bertanggungjawab?
a)
Untuk mengelakkan berlakunya penipuan
b)
Untuk menjadikan kita terkenal dimata orang ramai
c)
Untuk mendapatkan sebanyak mungkin "like" dari follower
d)
Untuk mendapat pujian daripada orang ramai
7.
Apakah maksud buli siber...
a)
Aktiviti yang dilakukan dengan niat mendatangkan keuntungan kepada individu lain menerusi mana-mana saluran komunikasi
b)
Aktiviti yang dilakukan dengan niat mendatangkan kemudaratan kepada individu lain menerusi mana-mana saluran komunikasi
c)
Aktiviti yang dilakukan dengan niat mendatangkan keamanan kepada individu lain menerusi mana-mana saluran komunikasi
d)
Aktiviti yang dilakukan dengan niat mendatangkan kesempurnaan kepada individu lain menerusi mana-mana saluran komunikasi
8.
Apakah no talian bantuan untuk membuat aduan berkenaan buli siber...
a)
16999
b)
15999
c)
14999
d)
13999
9.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber...
a)
Sentiasa bergaul bebas
b)
Berkongsi maklumat di media sosial secara berlebih-lebihan
c)
Mengurangkan penggunaan media sosial
d)
Berbalas-balas ejekan di Media sosial
10.
Apakah maklumat-maklumat yang tidak boleh dikongsikan di laman sosial...
a)
No akaun, no ic & password
b)
Alamat rumah, alamat tempat kerja & alamat jiran
c)
No telefon, instagram & twitter
d)
Pendapat, perasaan & kisah kejayaan
11.
Apakah tujuan kempen klik dengan bijak dilaksanakan...
a)
Memberi bantuan kewangan kepada pengguna
b)
Memberi ganjaran kepada pengguna
c)
Memberi pendidikan kepada pengguna
d)
Memberi kerakyatan kepada pengguna 
12.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek berikut kecuali:

a)

Keselamatan

b)

keseronokan

c)

Kewaspadaan

d)

Tanggungjawab

13.

Berikut adalah langkah untuk melindungi diri anda daripada pencuri identiti, kecuali:

a)

Elakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi di dalam blog anda, rangkaian sosial atau laman online lain.

b)

Setkan privacy settings kepada ‘kawan’ sahaja (friends only).

c)

Mendedahkan maklumat penting mengenai diri anda di laman sosial secara terbuka.

d)

Elakkan daripada meletakkan nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan di dalam laman web yang tidak anda kenali.

14.

Berikut merupakan portal rasmi untuk mengetahui maklumat lanjut tentang dunia siber, kecuali:

a)

www.mcmc.gov.my

b)

sebenarnya.my

c)

rotimilo.my

d)

klikdenganbijak.my

15.

Apakah maksud Penyantunan atas talian atau online grooming?

a)

Pembentukan/didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa.

b)

Orang Jahat atau penjenayah atas talian

c)

Bersopan santu di atas talian

d)

Memberi perkhidmatan jualan atas talian

16.

Antara berikut adalah proses Online Grooming kecuali

a)

memenuhi keperluan

b)

menjual barang

c)

menghilangkan rasa malu

d)

meraih kepercayaan