wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bijak Bahasa 14

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sayur yang............itu layu kerana tidak direnjis dengan air

a)

didedah

b)

terdedah

c)

mendedahkan

d)

pendedahan

2.

Semua borang .............. hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan

a)

disertai

b)

disertakan

c)

penyertaan

d)

menyertai

3.

Bukan Fairuz sahaja yang pemurah, _______________ bapanya juga seorang yang dermawan.

a)

malahan

b)

sedangkan

c)

sungguhpun

d)

walau bagaimanapun

4.

Kejohanan Bola Baling Daerah Johor Bahru itu akan dibatalkan ________________ hujan turun dengan lebatnya.

a)

setelah

b)

jikalau

c)

walaupun

d)

sementara

5.

_______________ dia enggan mengaku salah, saya tetap memaafkannya kerana kami bersahabat baik sejak kecil.

a)

Lantaran

b)

Sedangkan

c)

Seraya

d)

Biarpun

6.

__________ lelaki ___________ perempuan, semua bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan itu.

a)

Sungguhpun ...... namun

b)

Sedangkan .... inikan pula

c)

Baik ..... mahupun

d)

Bukan sahaja .... malahan

7.

Wafiy akan terus berusaha bersungguh-sungguh ____________ cita-citanya untuk menjadi angkasawan belum tercapai.

a)

selagi

b)

apabila

c)

sementara

d)

sehingga

8.

Setelah mendapati rakan-rakan lain berdiam diri, Myra ____________ mengangkat tangan untuk menjawab soalan Matematik itu.

a)

maka

b)

sambil

c)

tetapi

d)

lantas

9.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga bulan April _____________ rakyat ingkar arahan daripada pihak berkuasa.

a)

sementara

b)

jika

c)

ketika

d)

hingga

10.

Azlan ............ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

menjadi

11.

Badan Nabilah ............ kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggelepar

12.

Pengemis itu ............ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

13.

Mak Cik Kiah sedang .......... bawang di dapur.

a)

menumbuk

b)

mengetuk

c)

memukul

d)

memalu

14.

Ibu .............. kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

15.

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba.................

a)

merenggut

b)

menyambar

c)

merampas

d)

mengambil

16.

Persatuan Seni Lukis SMK Impian Emas akan ................... pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

d)

melahirkan

17.

Kampung Berlian dan Kampung Permata ............... oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

18.

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah ...........nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

19.

Peniaga itu ............. keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.

a)

meraih

b)

mencapai

c)

mengumpul

d)

mengais

20.

Mulut adik ................ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopong

d)

terkatup