wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KESIHATAN BAHAGIAN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Anti sosial merupakan sikap sesorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. Antara sikap mereka yang tergolong sebagai anti sosial seperti

a)

Memberontak

b)

Degil yang tidak boleh dikawal

c)

Menyendiri

d)

Takut

2.

Stres boleh menganggu beberapa organ dalam badan menjadi tidak normal kecuali

a)

Jantung berdenyut kencang

b)

Pankreas menghasilkan lebih banyak hormon glukagon dan kurang merembeskan hormon insulin.

c)

Sistem pernafasan menjadi lebih aktif dan laju.

d)

Saluran darah menjadi sempit menyebabkan cepat rasa mengantuk

3.

Terdapat beberapa cara untuk menangani stres kecuali

a)

Melakukan aktiviti kerohanian

b)

Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).

c)

Berhibur secara terlampau

d)

Melakukan senaman secara berkala

4.

Kami adalah seorang “passive smoker”, kerana ayah

selalu merokok di dalam rumah.


Apakah kesan yang mungkin berlaku kepada ahli keluarga kami.

a)

Semua ahli keluarga berisiko mendapat pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan penyakit paru-paru

b)

Semua ahli keluarga akan mengalami sakit mata dan anak mata menjadi kemerahan

c)

Saya akan terdedah kepada asap yang mengandungi kepekatan racun sangat tinggi dan merbahaya

d)

Adik akan mengalami masalah pernafasan dan jangkitan pada telinga

5.

Adakah merokok memberi kesan ke atas kesuburan individu samaada lelaki atau perempuan

a)

Ya

b)

Tidak

6.

Gejala gian (withdrawal) yang paling kerap dialami oleh para perokok adalah

a)

Tangan terketar-ketar

b)

Mulut berbau busuk

c)

Merasa runsing dan bimbang (anxious)

d)

Berkhayal

7.

Talesemia adalah penyakit yang yang berkaitan dengan

a)

Sel darah putih

b)

Sel darah merah

c)

kromosom

d)

sel tisu

8.

Bolehkah pesakit Talasemia sembuh?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

9.

Pengambilan snek yang baik adalah 2 jam sebelum waktu makan utama .

Apakah contoh snek yang baik?

a)

2 biji donut coklat

b)

2 senduk mee goreng

c)

2 potong tembikai merah bersize sederhana

d)

2 ketul ayam goreng (bahagian peha)

10.

Pemakanan seimbang penting kepada remaja

a)

Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal

b)

Sentiasa sihat dan cergas

c)

Membentuk tabiat makanan yang betul pada masa akan datang

d)

Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian

11.

Makanan yang kaya dengan sumber kalsium seperti

a)

Dadih dan keju

b)

Ikan dan telur

c)

Kobis dan ayam

d)

Pisang dan daging

12.

kesihatan pergigian yang baik membolehkan kita...

a)

Bertutur dengan jelas

b)

Menguyah dengan selesa

c)

Meningkatkan keyakinan

d)

Mengurangkan kos rawatan gigi

13.

Apakah tindakan yang patut dilakukan sekiranya adik anda dipatuk ular

a)

menyedut bahagian luka patukan ular

b)

Pemakaian “torniquet” pada anggota yang dipatuk ular

c)

Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk

d)

sapu dengan minyak kawasan yang dipatuk ular

14.

Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai

a)

Masalah imej diri

b)

Kecelaruan imej diri

c)

Penolakan imej diri

15.

Kanser payu dara boleh berlaku pada

a)

Perempuan sahaja

b)

Lelaki sahaja

c)

Perempuan dan lelaki

16.

Individu yang tidak layak menerima vaksin covid-19 adalah

a)

Warga tua yang mempunyai penyakit kronik

b)

Remaja di bawah 18 tahun

c)

Orang dewasa yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi

d)

Mereka yang bekerja di barisan hadapan seperti doktor, jururawat dan polis

17.

Apakah fungsi pengambilan vaksin Covid-19

a)

Mengawal penularan penyakit COVID-19

b)

Membentuk antibodi terhadap virus COVID-19

c)

Pencegahan untuk tidak dijangkiti virus covid-19

d)

Mengurangkan kebarangkalian mendapat simptom penyakit COVID-19 yang lebih teruk

18.

Anda akan didakwa di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,sekiranya anda melakukan beberapa perkara di bawah

a)

Mesej dengan tujuan mengganggu atau mengacam

b)

Memulaukan individu dalam sesuatu kumpulan internet dengan sengaja

c)

Menyalahgunakan kata laluan dan foto milik orang lain

d)

Memuat naik komen atau gambar tidak sopan terhadap orang lain

19.

Anda dikira aktif sekiranya dapat melakukan senaman

a)

1-3 kali seminggu

b)

3-4 kali seminggu

c)

5-7 kali seminggu

d)

Tidak bersenam

20.

Teknik Pertolongan Cemas boleh dilakukan sekiranya berlaku perkara di bawah

a)

Lemas

b)

Lebam bahagian tisu lembut

c)

Patah pada tangan atau kaki

d)

Tercekik