wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pelaburan Langsung Asing

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pelaburan langsung asing (FDI)?

a)

Syarikat multinasional membeli aset di negara sendiri

b)

Syarikat multinasional membeli bahan mentah untuk memulakan perniagaan

c)

Firma atau individu dari luar negara membeli aset atau memulakan perniagaan di Malaysia

d)

Kerajaan dan firma dari luar negara membeli aset atau memulakan perniagaan di Malaysia

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara membuat pelaburan langsung asing? (2 jawapan)

a)

Membuka subsidiari

b)

Pengambilalihan syarikat tempatan

c)

Mewujudkan dasar baharu di negara asing

d)

Membina kemudahan pengeluaran di negara lain

3.

Maklumat ini berkaitan dengan suatu cara pelaburan langsung asing dilakukan. Apakah cara pelaburan langsung asing yang dilakukan oleh Mitsubishi Motor?

a)

Membuka subsidiari

b)

Pengambilalihan syarikat asing

c)

Usaha sama dengan syarikat tempatan

d)

Membina kemudahan pengeluaran di negara lain

4.

Bagaimanakah pelaburan langsung asing meningkatkan kemahiran modal insan di sesebuah negara?

a)

Kenaikan nilai mata wang tempatan

b)

Membawa masuk teknologi yang canggih

c)

Menawarkan upah yang lebih tinggi kepada pekerja tempatan

d)

Menyediakan pelbagai program latihan kepada pekerja tempatan

5.

Situasi yang manakah menunjukkan berlakunya pelaburan langsung asing di Malaysia?

a)

Syarikat Chan Yeol menjual barang yang import dari Indonesia

b)

Melon Sea, sebuah syarikat dari Jepun membina kemudahan pengeluaran di Malaysia

c)

Syarikat Muthusamy dari negeri Selangor telah membuka sebuah subsidiari di India

d)

Kerajaan membina Mass Rapid Transit (MRT) untuk memudahkan pergerakan rakyat

6.

Maklumat ini menunjukkan sebuah syarikat yang membuka operasi di Malaysia. Apakah kesan positif terhadap ekonomi Malaysia?

a)

Mengurangkan produktiviti

b)

Mewujudkan pasaran terbuka

c)

Membawa masuk teknologi yang canggih

d)

Meningkatkan kecekapan penggunaan mesin tradisional.

7.

Antara yang berikut, yang manakah adalah kesan negatif pelaburan langsung asing? (pilih 2 jawapan)

a)

Kemusnahan alam sekitar

b)

Ketidakseimbangan pendapatan

c)

Mengurangkan modal pelaburan

d)

Kualiti produk semakin meningkat

8.

Mengapakah pertambahan pelaburan langsung asing boleh menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan di sesebuah negara? (pilih 2 jawapan)

a)

Syarikat asing tidak mampu bersaing dengan syarikat tempatan di pasaran

b)

Syarikat asing yang beroperasi di pasaran tempatan menawarkan upah yang tinggi

c)

Syarikat asing yang bersaiz besar menjalankan operasi secara besar-besaran di pasaran tempatan

d)

Syarikat asing dapat membeli bahan mentah tempatan pada harga yang lebih rendah

9.

Jika kerajaan Malaysia tidak mengawal jumlah kedatangan pelaburan langsung asing, apakah kesan terhadap ekonomi Malaysia?

a)

Berlakunya masalah inflasi

b)

Meningkatkan kadar pertukaran asing

c)

Mewujudkan imbangan pembayaran positif

d)

Sukar untuk mengawal aliran keluar keuntungan pelaburan

10.

Apakah maksud globalisasi?

a)

Proses interaksi dan integrasi antara input dan output pengeluaran

b)

Proses interaksi dan integrasi antara pengeluar dan pengguna di pasaran

c)

Proses menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan kos pengeluaran minimum

d)

Proses interaksi dan integrasi antara isi rumah, firma, dan kerajaan dari pelbagai negara