wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2 - UNDANG-UNDANG KONTRAK

Total questions: 13

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

BERAPAKAH ELEMEN KONTRAK YANG ADA

a)

EMPAT

b)

LIMA

c)

ENAM

d)

TUJUH

2.

Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan definisi diatas;

a)

Tawaran

b)

penerimaan

c)

niat

d)

balasan

3.

Tandakan yang berkaitan dengan elemen penting tawaran.[jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

Tawaran mestilah mutlak dan tidak bersyarat.

b)

Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu

c)

Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran.

d)

Dinyatakan secara biasa dan munasabah

e)

Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad

4.

Tandakan sebab-sebab tamatnya sesuatu tawaran.[jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat

b)

luputnya waktu tawaran

c)

tawaran dibuat secara biasa dan munasabah

d)

kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

e)

penolakan tawaran oleh penerima tawaran

5.

Tandakan 3 jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan [jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

penerimaan dengan penunaian syarat

b)

penerimaan dinyatakan secara biasa dan munasabah

c)

kaedah pos terpakai

d)

penerimaan dalam jangka masa yang munasabah

e)

kaedah pos terpakai

6.

Perjanjian tanpa balasan adalah batal, kecuali; [jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak yang ada hubungan karib

b)

perjanjian untuk membayar pampasan

c)

perjanjian kontrak biasiswa

d)

perjanjian untuk membayar hutang lapuk

7.

Seorang yang berumur di bawah 18 tahun boleh berkontrak dengan syarat-syarat dibawah. Tandakan syarat-syarat yang betul.[jawapan boleh lebih daripada 1]

a)

kontrak bertulis atas dasar kasih sayang semulajadi.

b)

kontrak untuk keperluan hidup

c)

kontrak biasiswa dengan badan kerajaan

d)

kontrak perkahwinan

e)

kontak insurans dengan keizinan bertulis daripada ibubapa atau penjaga

8.

- penggunaan bahasa yang kurang jelas, kabur dan samar-samar.

- pihak yang terlibat gagal untuk mencapai kata persetujuan terhadap syarat utama perjanjian.

Perkara-perkara diatas boleh menjejaskan elemen;

a)

balasan

b)

penerimaan

c)

niat

d)

keupayaan

e)

ketentuan

9.

Berikan takrifan Akta Kontrak 1950 ?

a)

Perjanjian yang dikuatkuasakaan oleh undang-undang yang dipadankan dengan Indian Contracts 1872

b)

Tindakan dan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam mengawal operasi sesebuah perniagaan

c)

Kontrak yang mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak milik terhadap barang kepada pembeli pada suatu harga tertentu.

d)

Perkara yang dipersetujui pihak-pihak yang terlibat dalam membentuk satu kontrak.

10.

Apa yang dimaksudkan dengan elemen Balasan bagi Akta Kontrak 1950 ?

a)

Tindakan seseorang menahan diri untuk mendapat persetujuan daripada pihak lain untuk berkontrak boleh menggambarkan niat pihak yang menahan diri untuk melakukan kontrak.

b)

Kontrak yang sah mestilah mempunyai pernyataan yang jelas bagi setiap perkara yang dijanjikan.

c)

Kemampuan seseorang itu menjalinkan perjanjian kontrak.

d)

Faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-dua belah pihak daripada urus niaga mereka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

11.

Nyatakan 3 syarat bagi elemen keupayaan Akta Kontrak 1950 ?

a)

Dewasa

b)

Waras

c)

Berakal Sempurna

d)

Tidak hilang kelayakan

12.

Nyatakan 3 unsur elemen Balasan bagi Akta Kontrak 1950 ?

a)

Balasan perlu dbuat dalam jangka masa yang munasabah kerana sesuatu balasan tidak akan ditawarkan untuk selamanya.

b)

Sesuatu balasan tidak semestinya berpada.

c)

Sesuatu balasan mesti sah di sisi undang-undang

d)

Mempunyai unsur timbal balik iaitu kedua-dua belah pihak mesti mendapat balasan daripada satu sama lain

13.

Yang manakah elemen-elemen bagi Akta Kontrak 1950 ?

a)

Penerimaan

b)

Waranti

c)

Niat

d)

Keterangan

e)

Ketentuan