wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 6 - Imbuhan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tuliskan Kata Dasar Bagi "MEMASANG"

(a)  

2.

______ ibu bapa harus kita patuhi selalu.

a)

Pelajaran

b)

Mengajar

c)

Ajaran

d)

Belajar

3.

Tanah Tinggi Cameron pernah saya _____ pada tahun lepas.

a)

pelawat

b)

melawat

c)

lawatan

d)

lawati

4.

Pelbagai jenis alat _____ kanak-kanak dijual di kedai itu.

a)

bermain

b)

mainan

c)

memainkan

d)

pemain

5.

Persembahan artis yang terkenal itu mendapat _____ yang gemuruh daripada para penonton

a)

bertepuk

b)

ditepuk

c)

tepukan

d)

menepuk

6.

“Tolong ______ salam saya kepada keluarga kamu, “ kata Rosana kepada Faiza.

a)

sampaikan

b)

kesampaian

c)

penyampaian

d)

menyampaikan

7.

_____ keputusan peperiksaan itu boleh dibuat melalui internet.

a)

Semakan

b)

Menyemak

c)

Penyemak

d)

Disemak

8.

“Tolong _____ kopi itu untuk adik kamu,” kata emak kepada Hezma.

a)

berkacau

b)

kacaukan

c)

kacauan

d)

pengacau

9.

“ Mimpi yang saya ______ itu sungguh menakutkan ,” kata Chin Sue kepada Rajan.

a)

alami

b)

sealam

c)

pengalaman

d)

berpengalaman

10.

Radio yang rosak itu telah abang saya ____

a)

dibaik

b)

kebaikan

c)

sebaik

d)

baiki

11.

Ali terperanjat apabila ______ hantu itu.

a)

kelihatan

b)

penglihat

c)

penglihatan

d)

terlihat

12.

Ahli keluarga yang paling saya ___________ialah nenek.

a)

disayangi

b)

sayangi

c)

menyayangi

d)

kesayangan

13.

Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan _____________yang betul.

a)

sebutan

b)

sebutkan

c)

menyebut

d)

tersebut

14.

Jasper amat ___________penyanyi itu sejak kecil lagi.

a)

peminat

b)

berminat

c)

meminati

d)

minati

15.

Aiman _____________ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Sains Malaysia.

a)

ajar

b)

berajar

c)

belajar

d)

pelajaran

16.

Pekerja itu sedang ______________ kawasan pantai yang diancam hakisan.

a)

tambak

b)

menambak

c)

ditambak

d)

penambak

17.

Pada waktu petang, kelihatan kanak-kanak _____________ batas sawah itu untuk pergi mengaji al-Quran.

a)

titian

b)

meniti

c)

bertiti

d)

dititikan

18.

Pihak tentera bersekutu telah ______________ kubu pihak pengganas di kawasan.

a)

bom

b)

dibom

c)

mengebom

d)

pengeboman

19.

Saya tersepak batu itu lalu _____________ di tepi parit.

a)

disungkur

b)

bersungkur

c)

menyungkur

d)

tersungkur

20.

Ibu tidak dapat ___________________ makanan kerana giginya sakit.

a)

dimamah

b)

memamah

c)

termamah

d)

bermamah