Font size
WorksheetsKelab dan Persatuan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
- Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Kelab dan Persatuan?
A Organisasi yang berorientasikan keuntungan
B Merupakan sebuah entiti perniagaan
C Menghasilkan produk untuk dijual pada harga tinggi
D Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada ahli
3. Antara berikut yang manakah merupakan sumber kewangan sesebuah kelab?
I Jualan Barangan
II Yuran Pendaftaran
III Faedah atas Pelaburan
IV Jualan Aset Semasa
A. I dan IV
B. I dan II
C. II dan III
D. Kesemua di atas
4.Antara berikut manakah merupakan komponen Penyata Kedudukan Kewangan bagi Kelab dan Persatuan?
I. Aset
II.Liabiliti
III.Dana Terkumpul
Iv.Ekuiti Pemilik
A. I dan II
B. II dan III
C. I,II dan III
D. Semua di atas
5. Membayar belanja air dan eletrik rumah kelab akan
A. menambahkan baki Akaun Penerimaan dan Pembayaran
B. mengurangkan baki Akaun Penerimaan dan Pembayaran
C. mengurangkan perbelanjaan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
D. menambahkan pendapatan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
6. Antara berikut, yang manakah sumber hasil bagi Kelab Sukan Port Dikson?
I Alat tulis
II Yuran ahli
III Sewa kabinet dan troli
IV Penyelenggaraan gelanggang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. Semua di atas
7. Antara penyata kewangan berikut, yang manakah disediakan oleh kelab dan persatuan?
A . Akaun Pengeluaran
B. Akaun Untung Rugi
C. Akaun Pengasingan Untung Rugi
D. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
8.Jika Kelab dan Persatuan menjalankan perdagangan untuk tujuan pengumpulan dana, akaun manakah yang digunakan untuk mencatat rekod tersebut?
A. Akaun Perdagangan
B. Akaun Yuran
C. Akaun Penerimaan dan Pembayaran
D. Penyata Kedudukan Kewangan
Yuran kelab terdiri daripada semua berikut kecuali
Yuran masuk
Yuran bulanan/tahunan
Yuran pertandingan
Yuran tambahan
Persatuan Penduduk Setia Alam telah menerima derma untuk membina bangunan persatuan.
Apakah kesan urus niaga tersebut?
Menambahkan pendapatan hasil
Mengurangkan pendapatan hasil
Menambahkan pendapatan modal
Mengurangkan pendapatan modal
Apakah istilah yang digunakan untuk mewakili ekuiti pemilik bagi sebuah kelab dan persatuan?
Lebihan
Modal awal
Modal akhir
Dana terkumpul
Apakah yang dimaksudkan dengan Yuran Belum Terima Awal?
Yuran tahun semasa yang belum diterima
Yuran tahun lepas yang belum diterima
Yuran tahun hadapan yang diterima awal
Yuran tahun hadapan yang belum diterima
Apakah rumus yang tepat bagi pengiraan dana terkumpul?
Aset – liabiliti
Aset + liabiliti
Aset semasa – Liabiliti semasa
Aset semasa + Liabiliti semasa
Apakah yang dimaksudkan dengan Perbelanjaan Hasil ?
Bayaran untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab dan persatuan.
Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.
Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
Apakah tujuan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan disediakan ?
Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).
Untuk menyediakan ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
Manakah benar tentang yuran semasa?
Yuran tahun semasa yang masih belum diterima
Yuran yang perlu dibayar oleh ahli yang baru menjadi ahli
Yuran yang diterima dalam tempoh perakaunan semasa
Yuran yang belum diterima pada tahun lepas dan dihapuskan pada tahun semasa
Apakah maksud yuran lapuk?
Yuran tertunggak pada tahun lepas yang dihapuskan dalam tahun perakaunan semasa
Yuran yang dikenakan apabila menyertai pertandingan anjuran kelab dan persatuan
Yuran yang dibayar oleh ahli pada setiap bulan atau tahun
Yuran tahun perakaunan semasa yang masih belum diterima
Akaun Penerimaan dan Pembayaran disediakan untuk menghitung ....
lebihan
untung kantin
baki akhir tunai
dana terkumpul
X dikategorikan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung kepada perlembagaan kelab.
Apakah X?
yuran ahli
yuran masuk
yuran lapuk
yuran pertandingan
Yuran belum terima merupakan
Liabiliti semasa
Aset Semasa
Belanja
Hasil
Berikut adalah komponen akaun Perdagangan kecuali
Jualan
Yuran ahli
Inventori Akhir
inventori Awal
