Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa 1.0

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _ ________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _________________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak berhenti-henti berbual kerana adik ______________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Karim mengambil sekeping roti berkrim sebagai __________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Azizi dan anak-anaknya ____________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

6.

Puan Bazirah masih ___________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

7.

Semua barang itu dijual dengan ________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

8.

Yoke Lew _____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

9.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ___________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

10.

Keadaan Alif Imran _________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam