NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
Pepijat
Rerama
Jejentik
Anai-anai
Baju Molly __________ kerana terkena warna air ketika aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Julie suka makan sup ______ ikan.
dedaun
kekabu
bebola
jejari
Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
ulang-alik
lalu-lalang
mundar-mandir
mandi-manda
Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
kusut-masai
serba-serbih
comot-momot
compang-camping
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Pak Mail menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
dedaun
kekabu
bebiri
bebola
Nenek menggunakan ____________ pisang itu untuk membungkus nasi lemak jualannya.
bahan-bahan
bekas-bekas
buku-buku
daun-daun
