wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3 : ZIKIR PENENANG HATI

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih antara terjemahan yang betul bagi ayat 205 sahaja

a)

Dan sebutlah (nama) tuhanmu dalam hatimu

b)

Dengan merendah diri dan rasa takut serta tidak menyaringkan suara

c)

Mereka sentiasa bertasbih baginya

d)

Serta janganlah engkau termasuk orang yang lalai

2.

Pilih antara terjemahan yang betul bagi ayat 206 sahaja

a)

Tidak ingkar daripada beribadah kepadanya

b)

Pada waktu pagi dan petang

c)

Mereka sentiasa bertasbih baginya

d)

Serta kepadaNya jua mereka besujud

3.

Apakah perintah Allah SWT kepada manusia yang kita pelajari daripada surah al-A'raf ayat 205-206?

a)

Allah SWT memerintahkan manusia untuk perbanyakkan zikir kepadaNya

b)

Allah SWT memerintahkan manusia untuk ingkar kepada semua perintahNya

c)

Allah SWT memerintahkan manusia untuk makan dan minum

d)

Allah SWT memerintahkan manusia untuk solat berjemaah

4.

Zikir hendaklah sentiasa diucapkan agar manusia tidak tergolong dalam kalangan orang yang _______

a)

Malas

b)

Tamak

c)

Riak

d)

Lalai

5.

Mengapakah Allah SWT menjadikan malaikat sebagai contoh untuk manusia?

a)

Kerana malaikat sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT

b)

Kerana malaikat mengakui Allah SWT merupakan tuhan yang Esa

c)

Kerana malaikat sentiasa berzikir kepada Allah SWT tanpa henti

d)

Kerana malaikat sentiasa mengingatkan manusia untuk berzikir kepada Allah SWT

6.

Apakah hukum sujud tilawah bagi manusia ketika mereka membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai tanda seperti gambar di atas?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Syubhah

7.

Maksud zikir dari segi istilah ialah :

a)

Mengingati Allah SWT sama ada melalui hati atau lisan

b)

Melafazkan kalimah-kalimah suci niat kepada Allah SWT

c)

Sentiasa melakukan sesuatu kerana Allah SWT

d)

Membaca ayat-ayat Al-Quran

8.

Doa ini dibaca untuk memudahkan kita berzikir kepada Allah SWT. Apakah maksud bagi doa tersebut?

a)

Dengan nama Engkau Ya Allah! dengan nama-Mu aku hidup dan mati

b)

Ya Allah bukakanlah ke atas nikmat-Mu dan limpahkanya ke atas kami khazanah-Mu,wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

c)

Ya Allah! bantulah aku untuk mengingati-Mu,bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah pada-Mu sebaik-baiknya

d)

Ya Allah,sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku),maka cantikanlah juga akhlakku

9.

Antara berikut, manakah merupakan peranan zikir?

a)

Sentiasa tenang

b)

Meminta redha Allah

c)

Mengurangkan rasa gelisah di hati

d)

Menimbulkan rasa syukur kepada Allah SWT

10.

Berikut merupakan pernyataan betul tentang adab berzikir KECUALI

a)

Berzikir dengan nyaring

b)

Berzikir dengan merendah diri

c)

Sentiasa mengingati Allah SWT dalam hati

d)

Berzikir dengan penuh rasa takut kepada Allah SWT

11.

Berikut merupakan zikir yang ma'thur KECUALI

a)

Subhanallah

b)

Allahu Akbar

c)

Astaghfirullah

d)

Lau kana bainana

12.

Berikut merupakan tambahan adab berzikir yang diamalkan oleh para ulama KECUALI

a)

berzikir dengan tenang dan khusyuk

b)

berzikir ketika lama berqada' hajat

c)

berzikir bersama-sama imam seperti selepas solat fardhu

d)

memastikan tempat berzikir bersih daripada kekotoran dan suci daripada najis

13.

Berapakah bilangan sujud yang perlu dilakukan dalam sujud tilawah?

a)

Sekali sahaja

b)

Dua kali

c)

Tiga kali

14.

Lafaz HAUQALAH merujuk kepada

a)

Alhamdulillah

b)

Ma shaa Allah

c)

Hasbi Rabbi Jallallah

d)

La Haula wala Quwwata illah Billah

15.

TAHLIL merupakan singkatan bagi zikir

a)

Alhamdulillah

b)

Astaghfirullah

c)

La ilaha illa Allah

d)

La haula wala quwwata illa Billah