wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1.2 BENTUK KATA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah kata berimbuhan yang kata dasarnya bukan terdiri daripada kata terbitan?

a)

Berkeretap

b)

Berpekerjaan

c)

Kesinambungan

d)

Mempertanggungjawabkan

2.

Yang manakah yang benar tentang kata tunggal?

a)

Tidak boleh dijadikan kata majmuk

b)

Mempunyai potensi untuk diperluas

c)

Terdiri daripada dua suku kata atau lebih

d)

Melibatkan percantuman bahagian tertentu perkataan

3.

Akronim yang manakah yang tidak terbentuk daripada gabungan suku kata dengan suku kata?

a)

Motel

b)

Hakis

c)

Cerpen

d)

Tadika

4.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus?

a)

Melafazkan ucapan terima kasih merupakan amalan mulia.

b)

Reka bentuk bangunan itu dicipta oleh seorang arkitek yang terkenal.

c)

Para naib canselor universiti akan bermesyuarat pada minggu hadapan.

d)

Kegiatan tumbuk rusuk dalam kalangan kakitangan awam masih terkawal.

5.

Yang manakah kata ganda berentak bebas?

a)

ipar-duai

b)

tali-temali

c)

selok-belok

d)

lemah-longlai

6.

berturut-turut

tolong-menolong

Contoh perkataan-perkataan di atas merupakan kata ganda

(a)  

7.

Antara perkataan berikut, yang manakah mengandungi lima suku kata?

a)

Strategi

b)

Bijaksana

c)

Kelemumur

d)

Kosmopolitan

8.

Kata akronim termasuk dalam bentuk kata

(a)  

9.

"Keputusan peperiksaan Semester 1 akan diumumkan pada awal bulan Julai?."

Apakah jenis bentuk kata yang tiada dalam petikan di atas?

a)

Kata tunggal

b)

Kata terbitan

c)

Kata ganda

d)

Kata majmuk

10.

Maksud kata terbitan ialah kata yang mengalami proses

(a)