wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ RBT 303 & 305

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi bagi mekatronik?

a)

Pengaturcaraan komputer untuk menggerakkan peralatan elektronik

b)

Gabungan sistem mekanikal dan elektronik untuk menghasilkan produk

c)

Aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu produk

d)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

2.

Antara berikut, apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0?


I Menjaga keselamatan negara

II Mempertingkatkan pendapatan negara

III Menaikkan import dan eksport Malaysia

IV Menaik taraf pendapatan pekerja dan modal insan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

3.

Antara berikut, elemen manakah yang terdapat pada produk mekatronik?


I Sistem elektrik

II Sistem elektronik

III Sistem mekanikal

IV Sistem kawalan dan pengaturcaraan

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

4.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan sistem mekanikal?

a)

Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau arus ulang-alik sebagai sumber bekalan kuasa

b)

Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem

c)

Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain

d)

Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna

5.

Rajah 2 menunjukkan komponen dalam satu sistem produk mekatronik.


Apakah sistem itu?

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem elektronik

c)

Sistem mekanikal

d)

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

6.

Rajah 3 menunjukkan suatu produk mekatronik.


Apakah sistem yang membolehkan produk tersebut bergerak secara berputar?

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem elektronik

c)

Sistem mekanikal

d)

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

7.

Rajah 4 menunjukkan dua contoh produk mekatronik.


Apakah persamaan kedua-dua produk tersebut dari segi sistem elektrik?

a)

Menggunakan motor AT untuk bergerak

b)

Menggunakan motor AU untuk bergerak

c)

Menggunakan bateri untuk membekalkan kuasa

d)

Menggunakan tenaga elektrik sebagai bekalan kuasa

8.

Rajah 5 menunjukkan satu bahagian pada mesin basuh automatik.


Apakah fungsi bahagian tersebut?

a)

Menghasilkan putaran pada dram

b)

Melakukan pengaturcaraan terhadap fungsi mesin

c)

Membekalkan tenaga elektrik kepada mesin basuh

d)

Digunakan oleh pengguna untuk memberikan arahan kepada mesin basuh

9.

Rajah 6 merupakan sebuah peranti yang digunakan oleh pintu gelangsar automatik.


Apakah fungsi peranti tersebut?

a)

Menerima isyarat input

b)

Mengawal pergerakan pintu gelangsar automatik

c)

Mengesan sebarang pergerakan di hadapan pintu gelangsar automatik

d)

Memastikan arus sentiasa mengalir dalam pintu gelangsar automatik

10.

Rajah 8 menunjukkan suatu simbol pada gambar rajah blok.


Apakah fungsi simbol tersebut?

a)

Menunjukkan aliran arus

b)

Menunjukkan urutan blok

c)

Menunjukkan label komponen

d)

Menunjukkan pergerakan komponen

11.

Rajah 9 menunjukkan gambar rajah blok bagi kereta kawalan jauh.


Apakah output yang betul di X?

a)

Roda berputar

b)

Kereta bergerak

c)

Lampu menyala

d)

Dram berpusing

12.

Apakah fungsi penderia dalam mesin basuh automatik?

a)

Mengerakkan motor AU

b)

Memastikan arahan yang dipilih pengguna dilaksanakan

c)

Memberi isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh

d)

Membolehkan mesin basuh mempunyai banyak fungsi secara serentak

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan awal (prelimenary action) dalam konsep prinsip inventif?

a)

Melakukan tindakan awal untuk menjual produk

b)

Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko

c)

Melakukan tindakan awal untuk menguji fungsi produk

d)

Melakukan tindakan awal untuk mengenal pasti punca masalah

14.

Apakah jenis lakaran yang disediakan bagi perkembangan idea kereta kawalan jauh yang akan diubah suai?

a)

Lakaran contengan

b)

Lakaran penerokaan

c)

Lakaran persembahan

d)

Lakaran 3D bermaklumat

15.

Apakah kaedah pengujian yang digunakan untuk menilai kefungsian sesuatu produk mekatronik?

a)

Ujian kestabilan

b)

Ujian parameter

c)

Ujian ketahanan

d)

Ujian kekemasan

16.

Apakah tujuan penilaian kefungsian terhadap reka bentuk produk yang telah diubah suai?

a)

Agar hak cipta produk diperolehi

b)

Agar saingan terhadap produk berkurang

c)

Agar produk yang diubah suai boleh dijual dengan harga yang tinggi

d)

Agar penambahbaikan terhadap produk mencapai objektif yang ditetapkan

17.

Pilih aspek yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian kefungsian reka bentuk sesuatu produk yang telah diubah suai.


I Keupayaan produk

II Nilai estetika

III Keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I, II dan III