wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tasawwur Islam (T.4 B.6)

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Maksud Insan....

a)

Makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan memakmurkan alam

b)

Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah ialah Adam a.s

c)

Makhluk ciptaan Allah yang boleh melakukan apa sahaja kehendak diri

d)

Makhluk ciptaan Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan makhluk lain

2.

Proses kejadian Insan...

a)

Mudghah - izam- alaqah - lahm - nutfah - janin - bayi

b)

Nutfah - alaqah - mudghah- izam dan lahm - janin - bayi

c)

Nutfah - mudghah - izam - lahm - alaqah - janin - bayi

d)

Janin -nutfah - mudghah - izam dan lahm - alaqah -bayi

3.

Proses kejadian Insan disebut di dalam al-Quran selari dengan kajian sains, pada surah....

a)

Al- Nisa' 4 : 34

b)

Surah al-Mu'minun 23 : 1-10

c)

Surah al-Mu'minun 23: 12 -14

d)

Al- Asr 103 : 1-3

4.

Alam yang dirahsiakan oleh Allah SWT yang bermaksud nyawa yang menyebabkan jasad hidup dan bergerak

a)

Alam Kubur

b)

Alam Dunia

c)

Alam Rahim

d)

Alam Roh

5.

Alam yang kekal abadi setelah terjadi kiamat, Allah memberikan kepada para hambaNya atas segala amalan

a)

Alam Akhirat

b)

Alam Barzakh

c)

Alam Roh

d)

Siratul Mustaqim

6.

Alam Rahim ialah

a)

Alam sementara manusia diuji

b)

Manusia berikrar dan mengakui akan keEsaan Allah

c)

Timbangan buku amalan

d)

Ditiupkan Roh ditetapkan ajal, rezeki dan amalannya

7.

Alam Kubur ialah...

a)

Alam yang kita alami sekarang

b)

Alam manusia di dalam kandungan ibunya

c)

Alam yang memisahkan antara alam dunia dan akhirat.Menjadi tempat persinggahan sementara menunggu Hari Kiamat

d)

Alam yang kekal dan abadi

8.

Keistimewaan Insan ialah ....

a)

Dikurniakan akal fikiran

b)

Dianugerahkan Rasul sebagai pembimbing

c)

Diberi tanggungjawab sebagai khalifah

d)

Boleh bersuka ria di dunia

9.

Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia tentang kewujudannya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan

a)

Alam Dunia

b)

Alam Musyahadah

c)

Alam Kubur

d)

Alam Akhirat

10.

Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal. Kewujudannya hanya dapat diketahui dan diyakini daripada penjelasan al-Quran dan Sunnah seperti alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka

a)

Alam Ghaib

b)

Alam Kubur / Barzakh

c)

Alam Roh

d)

Alam Akhirat

11.

Kepentingan memelihara fitrah kejadian Insan...

a)

Mendapat keredhaan dan petunjuk Allah

b)

Diberikan kitab sebagai panduan

c)

Membentuk kehidupan yang aman dan harmoni

d)

Mengukuhkan keimanan dan menyemai ketakwaan

12.

Apakah tindakan anda untuk Memelihara Fitrah Kejadian Insan...

a)

Saya tidak akan mempedulikan keluarga dan rakan-rakan saya untuk mengelakkan persengketaan antara kami

b)

Saya akan menjaga sikap dan tingkah laku

c)

Saya akan mengambil berat, membantu dan membimbing rakan-rakan supaya sentiasa positif

d)

Saya akan berusaha membina ketakwaan dan kasih sayang terhadap keluarga saya