wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ekonomi- keseimbangan pendapatan negara dan dasar fiskal

Total questions: 42

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Dalam ekonomi tiga sektor perbelanjaan agregat terdiri daripada

a)

penggunaan, pelaburan dan cukai

b)

penggunaan, perbelanjaan kerajaan dan cukai

c)

penggunaan, tabungan dan perbelanjaan kerajaan

d)

penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

2.

Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara jika pelaburan ialah RM360 juta dan perbelanjaan kerajaan ialah RM540 juta?

a)

RM6 000 juta

b)

RM7 000 juta

c)

RM8 000 juta

d)

RM9 000 juta

3.

Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bank pusat membeli sekuriti kerajaan , maka pada tingkat keseimbangan baharu

a)

tingkat harga umum dan pendapatan negara benar menurun

b)

tingkat harga umum dan pendapatan negara benar meningkat

c)

tingkat harga umum menurun dan pendapatan negara meningkat

d)

tingkat harga umum meningkat dan pendapatan negara menurun

4.

Mengikut pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), penurunan harga dan pendapatan negara disebabkan oleh

a)

peningkatan kadar bunga

b)

peningkatan pemberian subsidi

c)

pengurangan produktiviti buruh

d)

pengurangan cukai pendapatan perseorangan

5.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara. Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak ...

a)

RM 100 juta.

b)

RM 200 juta.

c)

RM 300 juta.

d)

RM 400 juta.

6.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS). Titik keseimbangan asal adalah di titik E. Jika kemahiran buruh meningkat, maka keseimbangan baharu akan beralih ke ...

a)

titik T

b)

titik U

c)

titik V

d)

titik W

7.

Dasar fiskal mengembang akan

a)

Mengatasi inflasi

b)

Mengurangkan pengangguran

c)

Menaikkan kadar cukai

d)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

8.

Dasar fiskal mengucup akan

a)

Mengatasi pengangguran

b)

Meningkatkan permintaan agregat

c)

Menaikkan kadar cukai

d)

Meningkatkan perbelanjaan Kerajaan

9.

Yang manakah bukan cukai langsung?

a)

Duti setem

b)

Cukai pendapatan pertoleum

c)

Cukai pendapatan individu

d)

Cukai perjudian

10.

Contoh perbelanjaan mengurus ialah

a)

membina balai polis

b)

Membeli kelengkapan pejabat

c)

Membina sekolah

d)

Pemberian biasiswa

11.

Jumlah hasil Kerajaan kurang daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan

a)

Belanjawan seimbang

b)

Belanjawan defisit

c)

Belanjawan lebihan

d)

Belanjawan Inflasi

12.

Yang manakah bukan langkah dasar fiskal untuk mengatasi masalah pengangguran?

a)

Menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai

b)

mengekalkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai

c)

menaikkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai

d)

menaikkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan jumlah yang sama

13.

Dalam keadaan keseimbangan permintaan agregat dan penawaran agregat, lebihan penawaran agregat akan menyebabkan kemerosotan

a)

guna tenaga

b)

tingkat harga umum

c)

pengangguran

d)

pendapatan negara

14.

Bagaimanakah dasar fiskal boleh mengatasi inflasi?

a)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan infrastruktur untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan masyarakat.

b)

Menurunkan cukai pendapatan untuk menggalakkan tabungan dalam kalangan masyarakat yang akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

c)

Meningkatkan cukai pendapatan isi rumah yang akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan.

d)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

15.

Dasar fiskal mengembang akan menyebabkan

a)

penurunan kadar pengangguran

b)

penurunan perbelanjaan kerajaan

c)

pertumbuhan ekonomi yang perlahan

d)

penurunan tingkat harga umu di pasaran

16.

Alat dasar fiskal terdiri daripada.....

a)

cukai

b)

kadar faedah

c)

surat jaminan kerajaan

d)

perbelanjaan kerajaan

17.

Perbualan yang berikut merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi oleh sebuah Negara.


Bagaimanakah bank pusat di Negara tersebut mengatasi masalah itu?

a)

Mengubahkan kadar rizab berkanun daripada 5% kepada 3%

b)

Mengubahkan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 9 tahun kepada 5 tahun

c)

Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai

d)

Mengubahkan kadar faedah pinjaman daripada 8% kepada 6%

18.

Pemboleh ubah bocoran dalam aliran pusingan pendapatan ialah ...

a)

tabungan, cukai pendapatan, dan import.

b)

cukai pendapatan, pelaburan, dan import.

c)

tabungan, pelaburan, dan cukai pendapatan.

d)

pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport.

19.

Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM500 juta. Jika kerajaan menambahkan perbelanjaannya sebanyak RM500 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.25, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

a)

RM 2 000 juta.

b)

RM 10 000 juta.

c)

RM 11 500 juta.

d)

RM 38 000 juta.

20.

Gambar rajah di atas menunjukkan fungsi tabungan dan pelaburan dalam ekonomi dua sektor. Fungsi penggunaan ialah ...

a)

C = 500 + 0.2Y

b)

C = 500 + 0.8Y

c)

C = 500 + 0.16Y

d)

C = 500 + 0.84Y

21.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara. Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak ...

a)

RM 100 juta.

b)

RM 200 juta.

c)

RM 300 juta.

d)

RM 400 juta.

22.

Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila

a)

KNK potensi melebihi KNK sebenar

b)

KNK potensi kurang daripada KNK sebenar

c)

Jurang KNK adalah bernilai sifar

d)

Wujudnya kekurangan faktor pengeluaran

23.

Pertambahan dalam tingkat guna tenaga penuh bermaksud

a)

pendapatan negara semakin meningkat

b)

semakin banyak barang perkilangan dihasilkan

c)

semakin banyak faktor dialih dari sektor pertanian ke sektor perkilangan

d)

bilangan tenaga buruh kian bertambah

24.

Untuk membendung inflasi melalui dasar fiskal, kerajaan patut

a)

menurunkan cukai dan pendapatan kerajaan serentak

b)

menurunkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan

c)

menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

menaikkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak

25.

Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, jenis pengangguran yang masih wujud ialah

a)

pengangguran teknologi

b)

pengangguran kitaran

c)

pengangguran musim

d)

pengangguran geseran

26.

Apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh

a)

keluaran negara boleh terus ditambah

b)

tingkat guna tenaga berada pada paras yang rendah

c)

pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran

d)

ekonomi tidak menghadapi tekanan inflasi

27.

Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila

a)

KNK potensi melebihi KNK sebenar

b)

KNK potensi kurang daripada KNK sebenar

c)

Jurang KNK adalah bernilai sifar

d)

Wujudnya kekurangan faktor pengeluaran

28.

Pertambahan dalam tingkat guna tenaga penuh bermaksud

a)

pendapatan negara semakin meningkat

b)

semakin banyak barang perkilangan dihasilkan

c)

semakin banyak faktor dialih dari sektor pertanian ke sektor perkilangan

d)

bilangan tenaga buruh kian bertambah

29.
Cukai sekaligus akan memberi kesan secara langsung kepada
a)
tabungan dan pelaburan
b)
penggunaan autonomi
c)
perbelanjaan kerajaan
d)
kecenderungan menabung sut
30.
Jika fungsi tabungan berubah daripada S = -200 + 0.3Y kepada S = -200 + 0.2Y, perubahan tersebut menunjukkan
a)
Kecenderungan menabung purata berkurang
b)
Kecenderungan menabung purata bertambah
c)
Kecenderungan menabung sut berkurang
d)
Kecenderungan menabung sut bertambah
31.
Perubahan perbelanjaan penggunaan kesan daripada perubahan pendapatan negara merupakan
a)
kecenderungan mengguna purata
b)
kecenderungan menabung purata
c)
kecenderungan mengguna sut
d)
kecenderungan menabung sut
32.
Konsep pengganda kepada pendapatan negara dalam pengurangan perbelanjaan kerajaan menjadi kuat dengan
a)
pengurangan kecenderungan mengguna sut
b)
pengurangan kecenderungan mengimport sut
c)
peningkatan kecenderungan mencukai sut
d)
kenaikan kadar bunga oleh bank pusat
33.
Dalam satu ekonomi tertutup sebuah negara, penggunaan C = 200 + 0.75Yd, cukai T = RM80 juta, pelaburan I = RM180 juta dan perbelanjaan kerajaan G = RM100 juta. Berapakah keseimbangan pendapatan negara tersebut?
a)
RM1500 Juta
b)
RM1680 Juta
c)
RM1600 Juta
d)
RM1500 Juta
34.
Penggunaan sebuah ekonomi dua sektor adalah RM190 juta dan RM280 juta apabila pendapatan negara ekonomi tersebut masing-masing RM100 juta dan RM200 juta. Apakah fungsi penggunaan ekonomi tersebut?
a)
C = 130 + 0.60Y
b)
C = 120 + 0.70Y
c)
C = 115 + 0.75Y
d)
C = 100 + 0.90Y
35.
Peningkatan penggunaan RM200 dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa peranan kerajaan akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM400 jika kecenderungan mengguna sut bersamaan
a)
0.20
b)
0.40
c)
0.50
d)
1.00
36.
Manakah daripada yang berikut TIDAK BENAR tentang sebuah ekonomi tiga sektor
a)
ia terdiri daripada sektor isi rumah, firma dan kerajaan
b)
perbelanjaan agregat terdiri daripada penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan
c)
penawaran agregat terdiri daripada penggunaan, tabungan dan cukai
d)
keseimbangan berlaku dengan penggunaan dicampur perbelanjaan kerajaan bersamaan tabungan campur cukai
37.
Jika pendapatan negara bertambah daripada RM650 juta kepada RM1550 juta apabila perbelanjaan kerajaan bertambah daripada RM300 juta kepada RM450 juta, nilai pengganda ialah
a)
2
b)
3
c)
4
d)
6
38.
Diberi fungsi tabungan S = -100 + 0.20Y. Berapakah kecenderungan menabung purata apabila Y = RM1000?
a)
0.20
b)
0.10
c)
0.30
d)
0.40
39.
Andaikan kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta. Apakah kesan terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara jika pertambahan penggunaan ialah 80% daripada pertambahan pendapatan selepas cukai?
a)
Menurun RM80 juta
b)
Meningkat RM80 juta
c)
Menurun RM100 juta
d)
Meningkat RM100 juta
40.
Sebuah negara mengalami lompang deflasi apabila
a)
suntikan lebih besar daripada bocoran
b)
kerajaan melaksanakan belanjawan defisit
c)
ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh
d)
keseimbangan pendapatan negara dicapai melebihi guna tenaga penuh
41.
Berdasarkan rajah yang diberikan. Berapakah nilai penggunaan autonomi
a)
300
b)
200
c)
250
d)
400
42.
Berapakah kecenderungan menabung sut?
a)
0.70
b)
0.80
c)
0.20
d)
0.30