wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENGUKUHAN BAB 9 TINGKATAN 5 KSSM

Total questions: 30

Worksheet time: 2hrs 22mins

Name
Class
Date
1.

Semasa tempoh pentadbiran Tunku Abdul Rahman, apakah bentuk dasar luar pada masa itu?

a)

Pro-Barat

b)

Berkecuali

c)

Pro-Komunis

d)

Semua di atas

2.

Mengapakah negara perlu mempunyai dasar luar yang jelas?

a)

Menyokong kuasa Barat

b)

Membanteras ancaman luar

c)

Menjamin kedaulatan negara

d)

Menghadapi suasana perkembangan antarabangsa

3.

Selain menggubal dasar luar negara, apakah peranan Wisma Putra kepada rakyat Malaysia?

a)

Menguruskan pasport Malaysia

b)

Menyekat pencerobohan kuasa asing

c)

Menjaga kepentingan nasional Malaysia

d)

Menangani masalah pendatang asing tanpa asing (PATI)

4.

Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh Malaysia dengan negara Singapura, Indonesia dan China?

a)

Agama

b)

Persahabatan

c)

Sejarah dan budaya

d)

Sistem pemerintahan

e)

Pengaruh Amerika Syarikat

5.

Senarai berikut berkaitan dengan matlamat penggubalan dasar luar negara


- Mempertahankan kedaulatan

-Melindungi kepentingan nasional

-Memupuk hubungan baik

- X


Apakah X

a)

Memakmurkan negara

b)

Menyokong dasar negara bersekutu

c)

Menaikkan imej negara dan pemimpin

d)

Menghadapi perkembangan serta cabaran politik, ekonomi dan sosial

6.

Apakah kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara luar?

a)

Mengukuhkan pertahanan

b)

Memelihara hak asasi manusia

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Menjaga kepentingan rakyat Malaysia di luar negara

7.

Tahun 1990-an menyaksikan Malaysia mula menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan negara di Kepulauan Pasifik Selatan.


Apakah faktor utama yang membawa kepada perubahan tersebut?

a)

Kepimpinan

b)

Ikatan Sejarah

c)

Keperluan semasa

d)

Tuntutan perdagangan

8.

Apakah ciri dasar luar Malaysia berikutan perkembangan pada tahun 1970-an?

a)

Pro-Barat

b)

Anti-Komunis

c)

Tidak berpihak

d)

Hubungan diplomatik dengan semua negara

9.

Dalam proses menjalinkan hubungan antarabangsa, Malaysia berpegang kepada prinsip "Hidup Bersama Secara Aman".

Bagaimanakah Malaysia menzahirkan prinsip tersebut?

a)

Menyokong dasar negara maju

b)

Membangkitkan isu ketidakadilan

c)

Menyokong perjuangan rakyat Palestin

d)

Menyumbang dalam misi pengaman PBB

10.

Selaras dengan pendirian negara, Malaysia menyokong penuh piagam PBB.


Antara berikut, apakah Piagam PBB yang didukung oleh Malaysia?


Pilih dua jawapan

a)

Menghormati wilayah negara lain

b)

Tidak campur tangan hal ehwal negara lain

c)

Mengambil berat tentang rakyat negara lain

d)

Memberi pelindungan kepada golongan pelarian

11.

Apakah peranan Dr. Ismail Abdul Rahman dalam PBB?

a)

Pengasas

b)

Setiausaha Agung

c)

Wakil Tetap ke PBB

d)

Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia

12.

Malaysia telah menyertai misi pengaman PBB ke beberapa buah negara.


Antara negara-negara berikut, yang manakah mendapat perkhidmatan daripada pasukan Malaysia?


Pilih dua jawapan

a)

Chad

b)

Angola

c)

Ethiopia

d)

Somalia

13.

Bagaimana Malaysia memberi komitmen dan kerjasama yang padu kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR)?

a)

Menyumbang dana

b)

Mengetuai Pesuruhjaya

c)

Menandatangani Konvensyen

d)

Membenarkan pembukaan pejabat

14.

Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).


Apakah hasil penglibatan Malaysia?

a)

Tapak Warisan Dunia

b)

Penganjuran UN-Habitat

c)

Penyertaan misi pengaman

d)

Keanggotaan Majlis Keselamatan

15.

Apakah peranan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang menyerlah di persada dunia?

a)

Penglibatan dalam PBB

b)

Doktor wanita Malaysia

c)

Membantu rakyat Palestin

d)

Menyertai misi pengaman PBB

16.

Tokoh X merupakan Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB serta Wakil Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar. Beliau merupakan seorang tokoh diplomat Malaysia.


Siapakah tokoh X tersebut?

a)

Tan Sri Razali Ismail

b)

Dr. Jomo Kwame Sundaram

c)

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

d)

Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar

17.

Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara anggota Komanwel?

a)

ZOPFAN

b)

Kerjasama ekonomi

c)

Rancangan Colombo

d)

Perjanjian Pertahanan Lima Negara

18.

Bagaimanakah kerjasama ekonomi dilakukan dalam Komanwel?

a)

Pelaburan wajib

b)

Kepelbagaian hasil

c)

Perdagangan bebas

d)

Penurunan kadar cukai

19.

Malaysia lantang menyuarakan bantahan terhadap Dasar Aparteid Afrika Selatan. Mengapakah Malaysia berbuat demikian?

a)

Aparteid ciri komunis

b)

Dasar pencerobohan

c)

Menggugat keselamatan Malaysia

d)

Menyalahguna hak asasi manusia

20.

Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel yang ke-16 pada tahun 1998.


Apakah matlamat utama penganjuran Sukan Komanwel?

a)

Memupuk kesedaran politik

b)

Mengeratkan hubungan

c)

Mengelakkan peperangan

d)

Memelihara hak asasi

21.

Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua telah julung-julung kalinya mengadakan lawatan ke China, sebuah negara komunis.


Apakah kepentingan lawatan tersebut?

a)

Memeterai perjanjian

b)

Mendapat pengiktirafan China

c)

Menamatkan ancaman komunis di Malaysia

d)

Membuktikan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali

22.

Pada tahun 1965, Malaysia telah menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand.


Mengapakah perjanjian tersebut diperlukan?

a)

Mengelakkan konflik

b)

Menangani isu keselamatan

c)

Menjalankan latihan ketenteraan

d)

Memudahkan pengawalan imigresen

23.

Di manakah Deklarasi ZOPFAN dilakukan?

a)

Manila

b)

Langkawi

c)

Singapura

d)

Kuala Lumpur

24.

Antara hasil kerjasama ASEAN ialah perlaksanaan projek perindustrian yang mengeluarkan baja.


Di manakah projek tersebut dilaksanakan?

a)

Filipina

b)

Vietnam

c)

Myanmar

d)

Indonesia

25.

ASEAN turut melaksanakan kerjasama sosial dalam kalangan negara anggotanya.


Antara berikut, yang manakah kerjasama sosial yang melibatkan Malaysia?


Pilih dua

a)

RECSAM

b)

SEAMEO

c)

Rancangan Colombo

d)

Penentangan Dasar Aparteid

26.

Apakah isu yang dibangkitkan dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia?

a)

Alam Sekitar

b)

Penyatuan umat Islam

c)

Hak dan kebebasan sejagat

d)

Pergolakan di Bosnia dan Herzagovina

27.

Pengisytiharan Lusaka 1970


Apakah tujuan pengisytiharan tersebut?

a)

Mengelakkan peperangan

b)

Mengawal harga komoditi di pasaran

c)

Membantu negara belum membangun

d)

Mengawal penggunaan senjata nuklear

28.

Apakah sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?

a)

Menubuhkan OIC

b)

Menjawat Setiausaha Agung Pertama

c)

Mengasaskan Bank Pembangunan Islam

d)

Mencadangkan Universiti Islam Antarabangsa

29.

Mengapakah Malaysia mendapatkan pinjaman daripada Islamic Development Bank (IsDB)?

a)

Membantu negara miskin

b)

Mendirikan Bank Islam Malaysia

c)

Membiayai projek pembangunan

d)

Menandatangi isu politik negara Islam

30.

OIC terdiri daripada gabungan _______________ buah negara Islam di seluruh dunia.

a)

58

b)

57

c)

56

d)

55