wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pentaksiran Bilik Darjah (1) Bahasa Melayu Tingkatan 2.

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Para penyokong pasukan hoki itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin ______________.

a)

getir

b)

tipis

c)

runcing

d)

genting

2.

Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah ______________itu dengan tali yang baharu.

a)

Kendur

b)

lembik

c)

longgar

d)

renggang

3.

Bantuan yang diberikan oleh orang ramai __________________dapat meringankan beban mangsa ribut itu.

a)

sebaik-baiknya

b)

seelok-eloknya

c)

seboleh-bolehnya

d)

setidak-tidaknya

4.

Kami berempat tersentak apabila terdengar bunyi ______________yang kuat di hutan itu.

a)

seruan

b)

jeritan

c)

sahutan

d)

kicauan

5.

"______________ ditugaskan oleh Cikgu Aqid untuk menjadi ketua dalam pasukan ini," kata Amin kepada rakan-rakannya.

a)

Kami

b)

Awak

c)

Saya

d)

Mereka

6.

Anak kecil itu ____________menangis walaupun sudah dipujuk oleh ibunya.

a)

sedang

b)

masih

c)

telah

d)

akan

7.

Usaha-usaha untuk menangani masalah kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar masih belum mencapai _____________yang memuaskan.

a)

tingkat

b)

tahap

c)

takat

d)

taraf

8.

Dialah satu-satunya anak kesayangan Puan Aniqah. Namun, _______________itu telah meninggalkannya keseorangan.

a)

anak emas

b)

anak tekak

c)

anak tunggal

d)

anak sulung

9.

Emak menyuapkan ______________nasi ke dalam mulut adik.

a)

sesuap

b)

sekepal

c)

sepinggan

d)

semangkuk

10.

Hujan yang turun _________________itu menyebabkan baju adik basah sedikit.

a)

lebat

b)

sedikit-sedikit

c)

gerimis

d)

renyai-renyai

11.

Rasa ubat yang diberi oleh jururawat itu __________________, susah untuk menelannya.

a)

pahit

b)

payau

c)

manis

d)

kelat

12.

Mata datuk yang semakin _______________menyebabkan dia hanya dapat melihat objek yang besar sahaja.

a)

buta

b)

cerah

c)

rabun

d)

kelam

13.

__________________nasi yang kakak masak, tidak boleh dimakan langsung.

a)

Terbakar

b)

Hangit

c)

Rentung

d)

Hangus

14.

_________________rumah Mawi dihiasi dengan pokok buah-buahan.

a)

Pengarangan

b)

Perkarangan

c)

Pekarangan

d)

Pengkarangan

15.

Perlawanan _________________itu tidak boleh diadili oleh pengadil lelaki kerana permainan itu khusus untuk pemain wanita sahaja.

a)

bola sepak

b)

bola tampar

c)

bola jaring

d)

bola ping pong

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Pelbagai langkah perlu diambil supaya tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.

II Atap rumah ini sudah ada yang bocor.

III Penjahat itu tidak dapat bocor daripada tahanan polis.

IV Asyraf terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan dirinya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Amalan menghirup rokok dapat memudaratkan kesihatan.

II Nyamuk aedes biasanya menghirup darah mangsanya pada waktu malam.

III Raju menghirup sup itu perlahan-lahan.

IV Afiqah najwa gemar bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III, dan IV

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Aina menyisihkan sekuntum bunga raya di celah-celah rambutnya.

II Pasukan bola sepak sekolah kami mara ke pusingan akhir setelah berjaya menyisihkan pasukan tuan rumah.

III Kita tidak boleh menyisihkan pendapat bahawa pembalakan haram menjadi punca kepupusan hidupan liar.

IV Shafiq menyisihkan diri di dalam biliknya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Rombongan pengantin lelaki dijangka sampai ke rumah pengantin perempuan pada pukul 12.00 tengah hari.

II Saya tidak sampai hati melihat keadaan mangsa kebakaran itu.

III Jarak rumah Adnin ke rumah Nadia tidak sampai satu kilometer.

IV Pengetua sampai hadiah kepada para pemenang pertandingan pidato itu.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Abang makan dengan berselera sekali sehingga perutnya padat.

II Hubungan antara Dina dengan Sarah padat sejak kecil lagi.

III Rancangan televisyen itu padat dengan pengajaran.

IV Kawasan bandar padat dengan penduduk berbanding dengan kawasan luar bandar.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I,II dan III

d)

II, III dan IV

21.

" __________________, sakitnya hati aku apabila melihat dia memakai baju baharu yang aku beli! " Suliza mengadu kepada kakaknya.

a)

Cis

b)

Wow

c)

Aduh

d)

Alamak

22.

Usaha _________________sungai itu dilakukan sebagai langkah mengelakkan kejadian banjir berulang.

a)

dalam

b)

mendalami

c)

memperdalam

d)

memperdalamkan

23.

Dalam kalangan adik-beradik, Alif yang paling _________dan segak rupa parasnya.

a)

tinggi

b)

setinggi

c)

tertinggi

d)

tinggi-tinggi

24.

Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca pasti dapat membina jati diri yang ___________.

a)

unik

b)

aneh

c)

cekap

d)

unggul

25.

Meskipun baru berusia tiga tahun, dia sudah _________membaca buku cerita dalam tribahasa.

a)

fasih

b)

pakar

c)

pintar

d)

pandai

26.

Selepas ______________sekolah menengah atas, dia melanjutkan pelajarannya dalam aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

a)

habis

b)

tamat

c)

beres

d)

selesai

27.

Bahan bacaan tersusun _________ di atas rak buku pusat sumber.

a)

erat

b)

elok

c)

kemas

d)

kukuh

28.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin bijak dalam mengurus kedainya.

a)

A - daripada tahun ke setahun

b)

B - daripada setahun ke setahun

c)

C- dari tahun ke setahun

d)

D - dari setahun ke setahun

29.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Ketika sedang berehat, ibu membawa untuk abang secawan teh sebagai hidangan minum petang.

a)

A - terbawa abang secawan teh

b)

B - membawakan abang secawan teh

c)

C - dibawakan secawan teh untuk abang

d)

D - membawa untuk abang secawan teh

30.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Dia menggunakan sos tiram semasa memasak makanan itu.

a)

A - gunakan sos tiram

b)

B - digunakan sos tiram

c)

C - mengguna sos tiram

d)

D - menggunakan sos tiram

31.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Kaki Daniel teramat sangat sakit akibat terpijak paku.

a)

A - amat sakit

b)

B - Amat sangat sakit

c)

C - teramat-amat sangat sakit

d)

D - teramat sangat sakit

32.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Amalan rasuah, jika dibiarkan berleluasa akan mengundang pelbagai keburukan yang dapat menghancurkan negara.

a)

Rasuah yang berleluasa akan mengundang kehancuran yang dapat memburukkan negara.

b)

Antara keburukan rasuah termasuklah amalan yang mengundang pelbagai keburukan yang dapat merosakkan negara.

c)

Pelbagai keburukan akan timbul dan negara akan binasa seandainya rasuah dibiarkan berleluasa.

d)

Rasuah akan mendatangkan keburukan sekirannya amalan itu mampu menghancurkan negara.

33.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


"Wah, cantik betul perabot yang awak beli ini," kata Dila kepada Yati.

a)

Dila mengatakan kepada Yati bahawa dia kagum akan kecantikan perabot yang dibeli oleh Yati.

b)

Dila memberitahu Yati bahawa dia baru membeli perabot yang sungguh cantik.

c)

Yati mengatakan bahawa dia kagum akan Dila yang baru membeli perabot yang cantik.

d)

Dila dan Yati kagum akan kecantikan perabot yang baru dibeli oleh mereka.

34.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I Bahagian hadapan kereta itu rosak teruk selepas dilanggar tiang elektrik.

II Murid Sekolah Menengah Tunku Kursiah mengadakan aktiviti gotong -royong membersih kawasan sekolah.

III Kedudukan ekonomi keluarga kami bertambah baik belakangan ini.

IV Amalan bersenam tiga kali seminggu memang baik untuk kesihatan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II,III, dan IV

35.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Para pemain-pemain pasukan bola sepak itu sedang menjalani latihan di padang.

II Makanan dan minuman adalah keperluan asas manusia.

III Kebanyakan syarikat menghadapi masalah semasa kegawatan ekonomi.

IV Hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu diperkukuh.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II,III dan IV

36.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Berbagai jenis kuih dijual di gerai itu.

II Pada lengannya terdapat bekas sengatan lebah.

III Haidar membeli sebentuk cincin permata untuk tunangnya.

IV Karangan itu mesti kamu siapkan di dalam kelas

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I,II dan III

d)

II,III dan IV

37.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

Peribahasa " berjagung-jagung sementara padi belum masak" bermaksud

a)

membuat sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati.

b)

membuat sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mencapai kejayaan.

c)

membuat pekerjaan sambilan sementara menanti pekerjaan tetap.

d)

membuat sesuatu pekerjaan yang kelihatan sukar, tetapi sebenarnya mudah.

38.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Kita harus banyak membaca surat khabar untuk meluaskan pengetahuan tentang isu semasa. Jika tidak, kita akan dikatakan

a)

seperti ulat lupa akan daun.

b)

seperti tikus membaiki labu.

c)

seperti kerbau dicucuk hidung.

d)

seperti katak di bawah tempurung.

39.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah mengembara jauh, kecuali

a)

seperti kera mendapat bunga.

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

tak sungguh seludang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua.

d)

berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

40.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa "ada sampan hendak berenang" bermaksud

a)

Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

b)

Sengaja melakukan kerja yang menyusahkan diri.

c)

Memperoleh kesenangan dengan tidak perlu bersusah payah.

d)

Memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya.