wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Ting 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti peniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

2.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.


-Pasar Raya Ara menjual pelbagai barang keperluan harian - Syarikat Logistik Maju menyediakan penghantaran barang untuk pelanggannya.


Antara yang berikut, yang manakah tujuan perniagaan sesuai dengan situasi di atas?

a)

Menawarkan barang pada harga kos

b)

Menawarkan barang secara percuma

c)

Menawarkan barang atau perkhidmatan

d)

Menawarkan barang di bawah harga kos

3.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

I Menambah kos perbelanjaan

II Meningkatkan imej perniagaan

III Untuk mengembangkan perniagaan

IV Meningkatkan kadar bayaran cukai

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

4.

Gambar di atas berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

Mengapakah Encik Ali memilih penubuhan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Proses penubuhan adalah rumit

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 - 20 orang

d)

Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan

5.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan perniagaan pekongsian.


"Rakan kongsi yang menyumbangkan nama sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan"


Rakan kongsi di atas merujuk kepada

a)

rakan kongsi aktif

b)

rakan kongsi lelap

c)

rakan kongsi berhad

d)

rakan kongsi nominal

6.

Pernyataan yang manakah benar tentang prinsip-prinsip koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Keangotaan secara sukarela

c)

Mendapat keuntungan yang maksimum

d)

Hanya seorang wakil anggota mempunyai hak untuk bersuara

7.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?

a)

Fraincaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalty

b)

Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

c)

Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama-sama

d)

Francaisor mengalami kehilangan hak pemilikan perniagaan

8.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.


"Syarikat Maju Berhad membuat perikatan dengan Syarikat Inovasi Berhad untuk mengeluarkan barang ICT dalam tempoh tiga tahun."


Bentuk perniagaan di atas dikenal sebagai

a)

francais

b)

syarikat

c)

koperasi

d)

usaha sama

9.

Pernyataan yang manakah benar tentang sektor ketiga?

a)

Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang

c)

Memproses bahan mentah untuk menjadikan barang separuh siap

d)

Mendapatkan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah

10.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu perniagaan.


"Sebuah pusat beli-belah Sunway Velocity Mall telah dibuka di Cheras, Kuala Lumpur"


Apakah klasifikasi perniagaan bagi pusat beli-belah tersebut?

a)

sektor utama

b)

sektor kedua

c)

sektor ketiga

d)

sektor keempat

11.

MATRADE yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu perniagaan yang terlibat dalam

a)

skala global

b)

skala negeri

c)

skala tempatan

d)

skala kebangsaan

12.

. Pada awal tahun 1990an, sektor yang manakah merupakan penyumbang utama kepada eksport Malaysia?

a)

Sektor mikro

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?

a)

Pelepasan cukai

b)

Promosi perniagaan

c)

Pembiayaan perniagaan

d)

Pengubalan undang-undang

14.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?

a)

Pekerja menganggur kerana tamat kontrak kerja

b)

Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana berlaku kemelesetan ekonomi

c)

Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi terbaru

d)

Berlaku perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran Pekerja

15.

. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran kitaran?

a)

Melaksanakan dasar fiskal

b)

Melaksanakan dasar kewangan

c)

Melaksanakan pengecualian cukai

d)

Melaksanakan ekonomi terancang

16.

Pernyataan berikut berkaitan dengan inflasi.


"Inflasi berlaku apabila kos pengeluaran barang meningkat"


Jenis inflasi di atas ialah

a)

inflasi tolakan kos

b)

inflasi bekalan wang

c)

inflasi pentadbiran harga

d)

inflasi tarikan permintaan

17.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

Ekonomi

b)

Sumber manusia

c)

Persaingan pasaran

d)

Politik dan perundangan

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pendapatan perniagaan?

a)

Hasil jualan

b)

Sewa dibayar

c)

Dividen dibayar

d)

Faedah simpanan

19.

Pernyataan di bawah menunjukkan kitaran ekonomi di negara Q.


-Kuasa beli meningkat

-Pengangguran menurun

-Perniagaan menembusi ke tahap antarabangsa


Apakah tahap perkembangan keadaan ekonomi di negara Q?

a)

Lembap

b)

Merosot

c)

Melambung

d)

Kemelesetan

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang boleh membawa perubahan kepada pesekitaran perniagaan?

a)

Kemerosotan ekonomi

b)

Perubahan cita rasa pelanggan

c)

Pengurusan yang kurang cekap

d)

Bilangan pekerja yang mencukupi

21.

Gaya pengurusan yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dikenal sebagai

a)

gaya pengurusan sokongan

b)

gaya pengurusan autokratik

c)

gaya pengurusan sederhana

d)

gaya pengurusan laisez-faire

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor persekitaran perniagaan.


-Ekologi

-Teknologi

-Politik

-Ekonomi


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

peluang perniagaan

b)

ancaman perniagaan

c)

faktor luaran perniagaan

d)

faktor dalaman perniagaan

23.

Pernyataan berikut berkaitan dengan SWOT.


"Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan seperti kekurangan kepakaran"


Menurut SWOT, faktor di atas dikenal sebagai

a)

peluang

b)

ancaman

c)

kekuatan

d)

kelemahan

24.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

25.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?

a)

Majlis Belia Malaysia

b)

Syarikat Pertiwi KK Sdn.Bhd.

c)

Kedai Makanan Sedap Mak Sami

d)

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary

27.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan.


"Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai"


Apakah ciri-ciri SMART tersebut?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diuku

28.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut.


"Restoran Makanan Laut Siti ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun"


Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Siti?

a)

Munasabah

b)

Ringkas

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

29.

Maklumat di bawah berkaitan dengan tujuan penetapan X.


-Membantu organisasi mencapai perancangan jangka panjang

-Ditukarkan kepada suatu tindakan yang boleh dilaksanakan oleh semua jabatan


Apakah X?

a)

Visi

b)

Objektif

c)

Misi

d)

Sasaran

30.

Apakah maksud titik pulang modal?

a)

Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah wang yang diterima bersamaan dengan jumlah wang yang dibelanjakan

b)

Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung

c)

Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap

31.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan strategi promosi jualan yang biasa digunakan oleh sebuah organisasi perniagaan?

a)

Sampel percuma

b)

Mengadakan peraduan

c)

Beli satu, percuma satu

d)

Jualan pada harga yang lebih tinggi

32.

Pernyataan yang manakah merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?

a)

Gagal dalam persaingan

b)

Kualiti produk terjejas

c)

Produktiviti pekerja menurun

d)

Pengeluaran produk berkurang

33.

Butiran yang manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kilang

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesan kegagalan perniagaan mencapai objektif.


"Kegagalan mencapai objektif boleh menyebabkan imej Syarikat Jamil terjejas"


Apakah kesannya pada Syarikat Jamil?

a)

Gaji pekerja ditangguhkan

b)

Nilai saham syarikat meningkat

c)

Syarikat terpaksa berhenti operasi

d)

Sukar untuk memperoleh pinjaman

35.

Pernyataan yang manakah menerangkan maksud analisis SWOT?

a)

Menilai peluang dan ancaman sesebuah perniagaan

b)

Menilai kekuatan dan kelemahan sesebuah perniagaan

c)

Menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan

d)

Mengenal pasti faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan

36.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan?

a)

Pemasaran

b)

Pengagihan

c)

Kewangan

d)

Sumber manusia

37.

Pernyataan di bawah mennjukkan suatu dasar kerajaan.


"Perancangan kerajaan yang berkaitan dengan sumber kredit, kadar faedah dan penawaran wang di pasaran"


Apakah dasar tersebut?

a)

Dasar fiskal

b)

Dasar kewangan

c)

Dasar kadar faedah

d)

Dasar penawaran wang

38.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi

b)

Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut

d)

Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut.

39.

Pernyataan yang manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi

40.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan?

a)

Mengawal kewanngan setiap bahagian

b)

Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi

c)

Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan

d)

Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan