Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TING. 5 BAB 4 : 4.2 PENYATA PENDAPATAN SET 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata kewangan?
(Pilih 2 jawapan)
Penyata Perdagangan
Penyata Untung Rugi
Kunci Kira-kira
Penyata Pendapatan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata pendapatan?
(Pilih 2 jawapan)
Penyata perdagangan
Penyata pendapatan dan perbelanjaan
Penyata aliran tunai
Penyata Untung Rugi
Apakah maksud penyata pendapatan?
Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan
Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan
Penyata yang menentukan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan
Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?
Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi
Untung bersih = Untung kasar - Kos jualan - Belanja operasi
Untung kasar = Jualan - kos jualan
Untung Bersih = Untung Kasar - Belanja belian - Belanja operasi
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan?
(Pilih 2 jawapan)
Inventori awal
Tunai di tangan
Tunai di bank
Inventori akhir
Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu butiran kos dalam penyata pendapatan
Perbezaan antara jumlah berlian dengan pulangan jualan
apakah butiran kos berkenaan?
Belian bersih
Kos Jualan
Kos belian
Kos barang untuk dijual
Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan
sewa diterima RM1200
susut nilai mesin RM800
Stok akhir RM900
Untung kasar RM8000
Faedah dibayar RM700
komisen diterima RM400
Berapakah untung bersih perniagaan ini?
RM9000
RM8100
RM7200
RM9700
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan
Kos belian
tunai di tangan
tunai di bank
kos jualan
Apakah akaun yang terdapat di dalam Penyata Pendapatan?
Akaun Perdagangan
Akaun Untung Rugi
Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi
Apakah komponen Penyata Pendapatan?
I aset
II hasil
III belanja
IV ekuiti pemilik
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Manakah yang merupakan hasil operasi bagi sesebuah perniagaan?
Hasil Jualan
Sewa diterima
Untung atas pelupusan aset bukan semasa
Faedah diterima
Yang manakah hasil daripada aktiviti utama perniagaan?
Faedah simpanan
Untung bersih
Hasil operasi perniagaan
Hasil bukan operasi perniagaan
Yang manakah penyataan yang betul mengenai hasil operasi?
Hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
Contoh hasil operasi adalah faedah atas simpanan bank dan sewa diterima.
Hasil yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.
Perniagaan Perabot Mewah Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan jual beli perabot di Muadzam Shah. Yang manakah merupakan hasil operasi bagi perniagaan ini?
Hasil jualan almari, meja dan kerusi.
Hasil jualan komputer lama yang tidak lagi digunakan.
Komputer Tech merupakan sebuah kedai yang menjalankan perniagaan jual beli peralatan-peralatan komputer di Muadzam Shah. Yang manakah merupakan hasil operasi bagi perniagaan ini?
Hasil jualan almari, meja dan kerusi.
Hasil jualan komputer lama yang tidak lagi digunakan.
Apakah komponen bagi jualan bersih?
Jualan dan pulangan jualan
Jualan
Pulangan jualan
Apakah operasi matematik yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jualan bersih?
Tambah (+)
Tolak (-)
Darab (x)
Bahagi (/)
Diberikan maklumat berikut:
Jualan RM87 500
Pulangan Jualan RM500
Berapakah jualan bersih?
(a)
