wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Hadis : Hindari Rasuah T6

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar yang diberi, apakah perbuatan yang dilakukan?

a)

Memberi sedekah

b)

Menunaikan zakat

c)

Membayar kutu

d)

Memberi rasuah

2.

Apa itu rasuah?

a)

Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.

b)

Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang benar atau membatalkan sesuatu yang salah.

c)

Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang samar-samar atau membatalkan sesuatu yang benar.

d)

Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang sebagai hadiah untuk mengelakkan kemiskinan.

3.

Antara berikut, manakah Hadis yang mengharamkan aktiviti rasuah?

a)

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا

b)

وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ

c)

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

d)

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ

4.

Perbuatan rasuah sangat dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana kesannya sangat buruk kepada _____________________

a)

Individu dan negara.

b)

Ahli keluarga.

c)

Ekonomi negara jiran.

d)

Individu, masyarakat dan negara.

5.

Pilih perkara-perkara yang menyebabkan rasuah berlaku.

a)

Iman yang kuat

b)

Kelemahan diri

c)

Sentiasa bersyukur

d)

Bersifat tamak untuk mendapatkan sesuatu

e)

Iman yang lemah

6.

Apakah kesan rasuah kepada negara?

a)

menimbulkan sikap tamak dan mahu cepat kaya

b)

melumpuhkan ekonomi negara

c)

merosakkan institusi kekeluargaan

d)

dibenci masyarakat

7.

Apakah perbuatan rasuah yang mungkin boleh berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah?

a)

Faizal Tahir belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.

b)

Fiona berjanji untuk memberikan RM50 kepada pengawas yang bertugas di pagar sekolah untuk memadamkan namanya dari buku kesalahan disiplin kerana kerap lewat.

c)

Hazimah dipilih menjadi ketua pelajar selepas melalui proses temuduga yang ketat di Bilik Kaunseling.

d)

Anuar mendapat hadiah dari gurunya kerana mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan.

8.

Di Malaysia, pihak berwajib manakah yang bertanggungjawab memerangi rasuah?

a)

PDRM

b)

PGA

c)

ATM

d)

SPRM

9.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan rasuah.

a)

Dato Sri Hajah Rafeah memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.

b)

Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

c)

Datin Sri Haslinda berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal di daerahnya.

d)

Professor Azfar berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan dari banyak pihak.

10.

Apakah pengajaran yang paling tepat tentang hadis hindari amalan rasuah?

a)

Rasuah menyebabkan seseorang itu menjana pendapatan tambahan.

b)

Rasuah akan menjadikan seseorang itu disanjung oleh masyarakat.

c)

Rasuah membolehkan seseorang itu menjadi jutawan dengan cepat.

d)

Rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara mundur dan kucar kacir.