wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema bagi Novel Darah Titik di semantan?

a)

Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

b)

Semangat perjuangan Datuk Bahaman mempertahankan tanah air.

c)

masalah dan konflik seorang remaja menentang penjajah Inggeris.

2.

Berikut merupakan persoalan bagi Novel Darah Titik di semantan, kecuali....

a)

Kerjasama dalam menghadapi penjajah

b)

Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.

c)

Kesetiaan kepada negara

d)

Kerjasama dalam menyelesaikan masalah Datuk Bahaman.

3.

Nyatakan contoh peristiwa bagi persoalan kesetiaan kepada negara yang terdapat di dalam Novel Darah Titik di Semantan.

a)

Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.

b)

Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.

c)

Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.

d)

Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan

4.

Nyatakan contoh peristiwa teknik plot imbas kembali yang terdapat di dalam Novel Darah Titik di Semantan.

a)

Awang Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad semasa ketiadaan Rahman.

b)

Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong.

c)

Selepas solat, Datuk Bahaman melangkah ke ruangan mimbar merenung wajah jemaah yang belum pulang.

d)

Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap.

5.

Apakah maksud teknik pemerian?

a)

Penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.

b)

kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.

c)

Pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang bakal berlaku.

6.

Pilih tiga nilai yang terdapat di dalam Novel Darah Titik di Semantan

a)

patriotisme

b)

kasih sayang

c)

Kerjasama

d)

keberanian

7.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat di dalam Novel Darah Titik di Semantan, kecuali

a)

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

b)

Kita perlulah berani menegakkan keadilan

c)

Kita mestilah berjiwa patriotisme

d)

Kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita

8.

'Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan' merupakan ______________ bagi novel Darah Titik di semantan.

a)

nilai

b)

pengajaran

c)

latar masyarakat

d)

teknik plot

9.

'Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat.' merupakan contoh peristiwa bagi latar ________ .

a)

masyarakat

b)

tempat

c)

masa

10.

Masyarakat penjajah Inggeris merupakan antara latar ____________ yang terdapat di dalam Novel Darah Titik di semantan.

a)

Masyarakat

b)

masa

c)

tempat

11.

Darah Titik di Semantan, merupakan novel berunsur

a)

sestera

b)

sejarah

c)

metos

d)

legenda

12.

Siapakah berani menyelamatkan isteri Lajis?

a)

Zahid

b)

Datuk Bahaman

c)

Desborough

d)

Samad

13.

Siapakah mungkir janji?

a)

Datuk Bahaman

b)

Sultan

c)

Samad

d)

Desborough

14.

Jawapan di bawah semua tentang ciri Datuk Bahaman yang betul, kecuali...

a)

Datuk Bahaman menderhaka Sultan

b)

Datuk Bahaman ialah ayah Mat Lela

c)

Datuk Bahaman ialah ayah Awang Muhammad

d)

Datuk Bahaman patuh pada janji

15.

Pak Long Abas,Pak Uda Ismail dan Samad ditangkap oleh Desborough. Siapakah tidak dapat menyelamatkan diri dan menjadi titis darah pertama?

a)

Samad

b)

Pak Long Abas

c)

Pak Uda Ismail

d)

Desborough

16.

Inggeris telah membina apa di Lubuk Terua?

a)

kubu

b)

rumah

c)

sekolah

d)

pejabat

17.

Anak sulung Datuk Bahaman ialah

a)

Zahid

b)

Awang Muhammad

c)

Mat Lela

d)

Lajis

18.

Antara berikut, aktiviti yang manakah TIDAK dilakukan di Masjid Lubuk Terua?

a)

sembahyang berjemaah

b)

mesyuarat kampung

c)

kenduri

d)

membaca surah Yaasin

19.

Mayat siapakah yang tergantung di halamab Rumah Pasung Temerloh?

a)

Pak Long Abas

b)

Pak Uda Ismail

c)

Abang Lajis

d)

Mat Lela

20.

Siapakah Syres?

a)

orang suruhan Datuk Bahaman

b)

Ketua polis daripada orang tempatan

c)

Ketua polis daripada pegawai Inggeris .

d)

Ketua kampung

21.

Siapakah watak pejuang ulung yang diperkenalkan dalam novel ini?

a)

Maharaja Lela

b)

Raja

c)

Samad

d)

Datuk Bahaman

22.

Sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah kerana

a)

Inggeris telah menjajah tanah air mereka

b)

Zahid tidak bersama mereka pergi ke Masjid Lubuk Terua

c)

Lajis mengajar silat kepada Rahmad

d)

Awang Muhhamad menyerang orang Inggeris

23.

Kak Minah ialah

a)

Isteri Mat Lela

b)

Isteri Zahid

c)

Isteri Lajis

d)

Isteri Samad

24.

Orang yang mengajar silat kepada Rahmad ialah

a)

Zahid

b)

Datuk Bahaman

c)

Lajis

d)

Samad

25.

Perjanjian antara sultan dengan Datuk Bahaman ialah

a)

askar-askar sultan menembak Awang Muhammad

b)

askar-askar sultan menembak Mat Lela

c)

Datuk Bahaman menembak askar-askar sultan

d)

kedua-dua pihak akan menembak ke udara