Font size
WorksheetsULANGKAJI PERNIAGAAN TINGKATAN 5-SIRI 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Pernyataan manakah berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan barang?
Syarikat Q & Q menghasilkan pelbagai jenis peralatan landskap
Syarikat Advet Sdn. Bhd. pakar dalam mempromosikan bahan landskap
Apakah ciri-ciri milikan perniagaan tersebut? [PILIH 2 JAWAPAN]
Sukar ditubuhkan
Berkongsi kepakaran
Bilangan rakan kongsi dua hingga 20 orang
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder.
Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi
Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing
Syahmi Sazli menternak udang galah
Ahmad menjual insuran kemalangan
Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan
Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..
Utama
Kedua
Keempat
Ketiga
Yang manakah faktor deflasi?
Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik
Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan
** Meningkatkan kadar faedah
** Meningkatkan kadar cukai
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah?
Deflasi
Inflasi
Subsidi
Peningkatan cukai
Apakah faktor luaran yang wujud dalam gambar di atas?
Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan pekerja
Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan
Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang lembap
Aktiviti pemasaran yang kurang memberi kesan
Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran
Apakah akta X ?
Akta Persaingan 2010
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1987
Akta Kontrak 1950
Pernyataan manakah yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia?
A. Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B. Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara tetap
C. Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi
D. Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi pengurusan sumber manusia?
i. Merancang sumber manusia
ii. Mengupah sumber manusia
iii. Memberhentikan sumber manusia
iv. Menilai sumber manusia
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
Pada pandangan anda, mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?
i. Menjamin kesetiaan pekerja
ii. Dapat meningkatkan imej syarikat
iii. Dapat meningkatkan motivasi pekerja
iv. Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
Maklumat di atas berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut?
A. Membentuk persekitan kerja yang positif dan harmoni
B. Pemberian insentif yang munasabah
C. Pemberian faedah yang menggalakkan
D. pemantapan budaya profesional
Apakah contoh sumber teknologi?
lesen perisian
komputer riba
mesin berteknologi tinggi
bangunan dilengkapi kamera litar tertutp CCTV
Pernyataan manakah berkaitan dengan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC)?
memberi pinjaman kepada usahawan
menyediakan latihan industri kepada golongan siswazah
memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah
memberi jaminan kredit kepada usahawan untuk mendapatkan pinjaman bank
Antara berikut manakah faktor penentu sistem penggajian?
ganjawan yang dibayar oleh majikan
permintaan dan penawaran keluaran
undang-undang dan peraturan kerajaan
kamampuan sumber pembiayaan pihak bank
Situasi manakah menggambarkan Standard Prosedur Operasi (SOP) dipatuhi?
doktor pakar akan memperolehi gaji yang tinggi berdasarkan pengalaman yang dimiliki
jurutera syarikat pengeluaran kereta memerlukan perisian yang sesuai untuk mencipta enjin
jurujual produk kosmetik mendapat komisen berdasarkan jumlah produk yang dijual
pekerja pembianaan perlu memakai topi keselamatan sebelum memasuki tapak pembianaan
Apakah kesan pemberian geran penyelidikan dan pembangunan kepada usahawan?
mengurangkan beban kredit usahawan
menggalakkan usahawan lebih berinovatif
menjadikan cagaran bagi mendapatkan pinjaman
memudahkan usahawan mendapatkan khidmat pajakan
Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?
memohon kelulusan daripada SIRIM
momohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
mendaftar paten dan hak cipta terpelihara denghan pihak MyIPO
mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans
