Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU23052 (TOPIK 1-TOPIK 5)

Total questions: 50

Worksheet time: 46mins

Name
Class
Date
1.

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.


Daripada ayat tersebut, dapatlah difahami bahawa ....

a)

Manusia makhluk berotak.

b)

Kelebihan ini merupakan satu taklifan manusia sebagai khalifah di bumi ini.

c)

Tiada makhluk sesempurna ciptaan manusia.

d)

Satu penghinaan terhadap iblis yang diciptakan daripada api.

2.

Manakah antara berikut adalah BENAR?

a)

Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah diri kepada Allah dengan keikhlasan dan bukan secara terpaksa.

b)

Islam dari segi istilah ialah tunduk, patuh, selamat dan berserah diri.

c)

Islam dari segi istilah ialah peraturan yang lengkap bagi mengatur urusan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia melalui Nabi Muhammad SAW untuk semua umat manusia.

d)

Islam dari segi bahasa ialah kumpulan undang-undang berbentuk aqidah, syariat, akhlak, muamalat, munakahat dan jinayat.

3.

Rukun Islam meliputi perkara berikut...

a)

Beriman kepada hari Kiamat

b)

Beriman kepada Qada' dan Qadar.

c)

Menunaikan zakat

d)

Beriman kepada Rasul

4.

Apakah yang dimaksudkan Islam sebagai al-Din?

a)

Islam dijadikan lambang dalam upacara keagamaan.

b)

Islam dijadikan Agama Persekutuan Negara ini.

c)

Islam dijadikan sebagai cara hidup.

d)

Nama hendaklah dalam bahasa Arab.

5.

Contoh menjadikan Islam sebagai cara hidup ialah:

a)

Menghormati semua orang tidak kira tua mahu pun muda.

b)

Berpakaian ketat serta menutup aurat

c)

Makan secara membazir.

d)

Berdiam diri melihat kezaliman.

6.

Perkataan Yunani (techne) bermaksud

a)

seni, kemahiran dan kerosakan

b)

seni, kerosakan atau rekaan

c)

seni, kerja tangan atau keterampilan

d)

seni, disfungsi, rekaan dan kemahiran

7.

Dengan mengkaji sains, manusia menemui hakikat penciptaan dan akhirnya dapat mengenal diri dan Pencipta-Nya. Hal ini berkaitan dengan...

a)

Membawa manusia bersifat tafakkur

b)

Membantu dalam perlaksanaan syariat Allah

c)

Membantu manusia memahami persoalan tauhid

8.

Antara yang berikut, manakah peranan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam .

a)

Membantu manusia memenuhi keperluan material

b)

Membantu manusia memahami persoalan tauhid

c)

Memberi kesenangan dan keselesaan hidup manusia

d)

Membantu dalam perlaksanaan syariat

e)

Penghasilan produk yang kreatif dan inovatif

9.

"Dapat memenuhi keperluan asas dan semasa manusia..." Kenyataan ini merujuk kepada

a)

peranan sains

b)

konsep teknologi

c)

kesan kemajuan ujian

d)

cabaran kejuruteraan

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan universal?

a)

Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana dihasilkan oleh Muslim semata-mata.

b)

Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslim malahan bukan Muslim.

c)

Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana terdapat batasan demografi dalam bidang kajian sains

d)

Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana dihasilkan oleh bukan Muslim semata-mata.

11.

Antara peranan Al-Quran adalah seperti berikut:

a)

Menegakkan keadilan

b)

Menjelaskan kehidupan seharian manusia

c)

Menjelaskan syariat Islam

d)

Menjelaskan amalan harian

e)

Menjelaskan akhlak Islam

12.

Al-Quran mengandungi lebih ________ ayat yang menjelaskan tentang ilmu sains dan teknologi.

a)

6666

b)

850

c)

750

d)

1050

13.

Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi ialah:

a)

Sebagai garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu uji kaji.

b)

Sebagai bukti fenomena sains dan teknologi

c)

menjadi sumber pelbagai cabang sains dan teknologi.

d)

Menjadi sumber bahan sains.

e)

menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran.

14.

Penciptaan manusia disebut dalam al-Quran sebagai sebaik-baik ciptaan. Antara istilah tentang kejadian manusia ialah ______

a)

(al-turab) tanah/debu

b)

(at-Tiin) pati tanah

c)

(yadd) tangan

d)

(qalbi) hati

15.

Nabi Sulaiman a s amat memahami perkataan dan juga percakapan serangga ini yang pada mata kasar kita ianya tidak memberi erti dan makna dalam hidup. Namun, Allah SWT telah membuktikan bahawa serangga ini mempunyai nada suara yang boleh berubah-ubah mengikut suasana gembira, cemas, dan sebagainya. Apakah jenis serangga yang dimaksudkan dalam kenyataan tersebut?

a)

Lebah

b)

Belalang

c)

Semut

d)

Cengkerik

16.

Susunkan peringkat-peringkat kejadian manusia seperti yang dijelaskan dalam al-Quran.


I. Nasyatan Khalqan Akha

II. Mudghah IV 'Alaqah

III. Nufkh ar-Ruh

IV. 'Alaqah

a)

IV, II, I, III

b)

IV, I, II, III

c)

III, I, II, IV

d)

I, III, IV,I

17.

Apakah nama surah yang berkaitan dengan serangga, iaitu labah-labah yang terdapat dalam al-Quran?

a)

Surah al-Kafirun

b)

Surah al-Kahfi

c)

Surah al-Jathiyah

d)

Surah al-Ankabut

18.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai fakta-fakta alam tabi'ie dalam al-Quran dan hadis?

a)

Kosmos dalam Islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji secara pengajian saintifik.

b)

Ilmu kosmologi dalam Islam langsung tidak akan mengaitkan alam dengan Penciptanya

c)

Terdapat istilah-istilah yang diguna pakai dalam alam tabii seperti istilah kosmos.

d)

Ilmu sains menyentuh dan menjelaskan mengenai kejadian alam tabii.

19.

Dari sudut bahasa syariah bermaksud...

a)

jalan menuju kejayaan.

b)

jalan bengkang bengkok.

c)

jalan yang lurus.

d)

jalan kesenangan.

20.

Syariah juga dari sudut bahasa diertikan sebagai jalan ke arah sumber air yang bermaksud...

a)

syariah adalah darpada Allah.

b)

syariah sangat sempurna.

c)

syariah sangat diperlukan untuk menjadi sumber panduan manusia.

21.

Apakah maksud etika?

a)

Ilmu berkaitan persoalan tingkahlaku

b)

Ilmu yang bertujuan mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat

c)

Ilmu yang mengkaji nilai-nilai kebaikan dan keburukan dalam sains

22.

Bagaimanakah etika membentuk sahsiah saintis dan teknokrat muslim?

a)

Sentiasa merasakan tidak puas hati dengan hasil kajian

b)

Meyakini balasan dosa dan pahala atas setiap perlakuan

23.

Manakah antara berikut BUKAN matlamat sesuatu penyelidikan sains yang berasaskan nilai-nilai etika Islam?

a)

Memastikan keunggulan S&T umat Islam berbanding umat lain

b)

Mengarahkan penyelidikan kepada matlamat yang jelas dan hakiki

c)

Penyelidikan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT

d)

Pengembangan sains yang selari dengan tuntutan keagamaan

24.

Kenapakah "yakin kepada Allah" adalah salah satu etika saintis dan teknorat Muslim yang sangat penting?

a)

Supaya saintis dan teknokrat tidak menghasilkan teknologi yang melanggar hak asasi manusia

b)

Supaya saintis dan teknokrat membangunkan alam, bukan merosakkan alam

c)

Supaya saintis dan teknorat meyakini bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan keizinan Allah SWT

25.

Manakah antara berikut BUKAN tujuan penggunaan hasil kajian sains dan teknologi menurut Islam?

a)

Mencari keredhaan Allah

b)

Kesejahteraan manusia dan alam

c)

Membolehkan manusia berfungsi sebagai hamba Allah

d)

Mewujudkan persamaan tanggungjawab dalam tamadun

26.

Apakah kesan jika tiada kawalan ke atas kegiatan penghasilan teknologi oleh para saintis dan teknokrat?

a)

Perkembangan sains terbantut

b)

Perkembangan sains dan teknologi bertentangan dengan keperluan manusia

27.

Manakah antara berikut BUKAN kesan pengabaian nilai-nilai etika Islam dalam bidang sains dan teknologi?

a)

Menularnya rasionalisme dalam pemikiran saintifik

b)

Tiada elemen ketuhanan dalam penilaian baik dan buruk

c)

Perkembangan pemikiran dan kajian saintifik tergendala

28.

Manakah antara fenomena berikut yang menunjukkan berlakunya pengabaian terhadap nilai-nilai etika dalam sains dan teknologi?

a)

Kegiatan penangkapan ikan laut dalam menggunakan kapal-kapal besar

b)

Kegiatan penternakan berskala industri di kawasan tadahan hujan

c)

Penggunaan jentera berteknologi tinggi dalam sektor perladangan

d)

Menggalakkan penggunaan khidmat ibu tumpang untuk membantu wanita yang tidak boleh mengandung

29.

Apakah faktor yang mendorong berlaku pertembungan antara sains dan etika?

a)

Kesukaran mencari kebenaran di sebalik hakikat sains

b)

Hilangnya elemen ketuhanan dalam kajian saintifik

30.

“Peraturan-peraturan agama tidak perlu dicampuradukkan dalam bidang sains dan teknologi”

Manakah antara ideologi atau falsafah berikut berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Sekularisme

b)

Humanisme

c)

Rasionalisme

31.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang akhlak?

a)

Akhlak dalam Islam membicarakan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tingkah laku.

b)

Aklak merupakan ilmu yang mengatur tatacara hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia dan alam semesta secara harmonis dan baik.

c)

Tujuan akhlak adalah untuk melahirkan insan yang sejahtera dan mendapat pandangan mulia dalam masyarakatnya nanti.

d)

Ajaran akhlak dalam Islam mempunyai hubungan langsung dengan nilai-nilai akidah dan syariah.

32.

Antara berikut, pernyataan yang manakah merujuk kepada 'matlamat tidak menghalalkan cara'?

a)

Perawatan yang menggunakan kaedah laser untuk membuang masalah yang terdapat dalam mata.

b)

Menggunakan kaedah 'ibu tumpang' untuk mendapatkan zuriat dalam institusi perkahwinan.

c)

Membuang ketulan ketumbuhan dalam badan seseorang untuk membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

d)

Pembedahan yang dilakukan oleh doktor ke atas pesakit yang mengalami kanser.

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan tawazun ?

a)

Ajaran Islam hanya memberikan perhatian kepada aspek kehidupan manusia mengenai akhirat sahaja.

b)

Ajaran Islam memberikan perhatian yang khusus hanya kepada aspek kehidupan di dunia sahaja.

c)

Ajaran Islam tidak memberikan perhatian yang seimbang kepada aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat nanti.

d)

Ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.

34.

LARANGAN PEMBINAAN KILANG-KILANG DI KAWASAN PERUMAHAN KERANA DIKHUATIRI BERLAKU PENCEMARAN


Kaedah Fiqh yang manakah merujuk pernyataan tersebut ?

a)

Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan

b)

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak

c)

Kemudharatan hendaklah dihilangkan

d)

Adat dijadikan hukum

35.

HASIL DNA DALAM MENENTUKAN KESAHIHAN HUBUNGAN SESEORANG ANAK BOLEH DIAMBIL KIRA WALAUPUN RUPA PARAS TIDAK SAMA DENGAN IBU BAPANYA


Tentukan Kaedah Fiqh yang sesuai bagi pernyataan tersebut.

a)

A. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan

b)

B. Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak

c)

C. Kemudharatan hendaklah dihilangkan

d)

D. Adat dijadikan hukum

36.

MENGUTAMAKAN E-MAIL UNTUK MENYAMPAIKAN ARAHAN KERJA ATAU RESIT RASMI


Nyatakan bentuk adat yang sesuai dengan kenyataan tersebut.

a)

A. Adat am

b)

B. Adat sahih

c)

C. Adat khusus

d)

D. Adat fasid atau rosak

37.

Apakah maksud masyaqqah (kesukaran) dalam Kaedah Fiqh "Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan" ?

a)

A. Perkara yang menjadi sukar bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia

b)

B. Keadaan sukar yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal

c)

C. Keadaan yang boleh membawa kepada impak buruk atau negatif

d)

D. Keadaan yang membawa kepada bahaya

38.

Qawaid Fiqhiyyah ialah prinsip fiqah yang bersifat umum dalam bentuk nas yang pendek yang mengandungi hukum umum yang bersesuaian dengannya.


Qawaid Fiqhiyyah ini diwujudkan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha' secara

a)

A. nasihat

b)

B. munajat

c)

C. muafakat

d)

D. musyawarah

39.

Berikut adalah etika penggunaan sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam kecuali

a)

A. Menggunakan kemudahan dan teknologi dengan sebaik mungkin

b)

B. Menghasilkan bahan dan ciptaan yang tidak memudharatkan manusia

c)

C. Menghubungkan semua perkara dengan sains teknologi dan kejuruteraan

d)

D. Tidak mengabaikan aspek kemanusiaan dalam menggunakan kemudahan dan alat teknologi

40.

Apakah maksud moral ?

a)

A. Sifat semulajadi atau tabiat seseorang

b)

B. Nilai akhlak yang dipegang oleh seseorang individu atau kumpulan

c)

C. Tingkahlaku yang baik dan disiplin hidup yang diterima oleh sesuatu kelompok manusia

d)

D. salah satu ilmu yang mengatur tatacara hubungan manusia dengan penciptanya, sesama manusia dan alam semesta secara baik

41.

Peranan hadith dalam sains dan teknologi ialah

a)

A. umat Islam boleh berperang dengan musuh Islam

b)

B. Umat Islam boleh mengaut keuntungan dengan penemuan sains dan teknologi

c)

C. Menjadi sumber ilmu dalam menerangkan perkara berkaitan sains dan teknologi

d)

D. tidak menggalakkan kajian sains dan teknologi

42.

Lina membuat tudung bayi dan kanak kanak untuk menggalakkan ibu bapa diluar sana menerapkan kewajiban menutup aurat. Apakah kaedah fiqh yang digunakan oleh Lina?

a)

segala urusan berdasarkan dengan niat dan tujuan

b)

keyakinan tidak dihapuskan dengan syak

43.

Karim membangunkan aplikasi permainan video AR berkaitan dengan strategi peperangan menentang musuh tetapi khuatir jika permainan tersebut akan mengganggu psikologi pemain. Apakah kaedah fiqh yang boleh digunakan oleh Karim?

a)

keyakinan tidak dihapuskan dengan syak.

b)

segala urusan berdasarkan niat dan tujuan.

44.

Aminah membeli kek dari kedai yang digemarinya. Namun pekerja kedai tersebut ialah bukan Islam. Dia bertanyakan tentang status halal kek dan pekerja menunjukkan logo halal yang ditampal di kedai. Apakah kaedah fiqh yang digunakan oleh Aminah?

a)

keyakinan tidak dihapuskan dengan syak.

b)

segala urusan berdasarkan niat dan tujuan.

45.

Borhan membeli baju baharu yang dikhuatiri kesuciannya. Namun apabila bau baju baharu tersebut mengesahkan bahawa tiada najis. Apakah kaedah fiqh yang digunakan oleh borhan.

a)

segala urusan berdasarkan niat dan tujuan.

b)

keyakinan tidak dihapuskan dengan syak.

46.

2. Contoh bagi Kaedah Fiqh : الضرريزال

a)

Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat meminum arak haram hukumnya.

b)

Wajib menjaga kebersihan dengan menutup rambut bagi pekerja restoran

c)

wajib menjaga diri daripada penyakit dan berubat apabila berpenyakit

d)

Seseorang yakin suci kemudian dia ragu berhadas, maka dia dikira suci.

47.

3. Jelaskan kaedah terbitan sesuai bagi situasi di bawah:


"Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat sakit sahaja"

a)

Ad-dharurah Tubih al-Mahzurat

b)

Ad-Dharar La Yuzal Bi Ad-Dharar

c)

Ma Ubih Li Dharurah Tuqaddar Bi Qadariha

d)

Dar al-Mafasid Muqaddamu 'Ala Jalbi Masalih

48.

5. Kaedah ini membawa maksud kesukaran membawa kemudahan

a)

المشقة تجلب التيسير

b)

الضرريزال

c)

اليقين لا يزال بالشك

d)

الأمور بمقاصدها

49.

9. Kaedah ini membawa maksud adat kebiasaan dapat ditetapkan menjadi kaedah hukum

a)

المشقة تجلب التيسير

b)

العادة محكمة

c)

اليقين لا يزال بالشك

d)

الأمور بمقاصدها

50.

10. Berikut adalah bahagian bagi Adat kecuali...

a)

Fasid

b)

Am

c)

Mutlaq

d)

Sahih