WorksheetsKESAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum?
A.Ramai orang Cina menyertai komunis
B.Penguasaan komunis terhadap Kampung Baru
C.Penempatan Kampung Baru didominasikan oleh kaum Cina
D. Orang Melayu tidak dibenarkan tinggal di penempatan Kampung Baru
Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960.
Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
A. Menamatkan konfrontasi
B. Membendung rusuhan kaum
C. Menghapuskan kegiatan lanun
D. Membanteras ancaman komunis
Pada tahun 1952, seramai 1.2 juta orang Cina dan 80 ribu orang India telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu ekoran daripada syarat kewarganegaraan yang dilonggarkan.
Nilai apakah yang telah dipraktikkan oleh orang Melayu untuk mewujudkan perpaduan rakyat?
A. bekerjasama
B. pengorbanan
C. kasih sayang
D. toleransi
Zaman darurat telah mendorong Sir Henry Gurney untuk menawan hati orang Cina dengan menggalakkan penubuhan parti politik berunsur tempatan.
Apakah parti berunsur tempatan yang ditubuhkan untuk orang Cina?
A. DAP
B.MCA
C.MIC
D. CLC
Apakah sumbangan MCA untuk memerangi komunis?
I Mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan
II Menyediakan senjata untuk memerangi komunis
III Mewujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung baru
IV Membantu menempatkan semula 500 ribu penduduk semula ke kampung baru.
A.I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepatkan kemerdekaaan Persekutuan Tanah Melayu.British berkeyakinan Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan berbilang kaum. Keyakinan ini timbul melalui
A. Orang Cina dan India dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.
B. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum
C. Jumlah komunis yang terbunuh bertambah
D. Jumlah kawasan putih telah bertambah
Pernyatan yang manakah BUKAN kesan darurat dari segi politik?
A. peningkatan jumlah warganegara
B. Kos perbelanjaan menangani ancaman komunis meningkat.
C. Penubuhan Malayan Chinese Association
D. Mempercepatkan kemerdekaaan
Berikut adalah penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat semasa darurat KECUALI
A. pengeluaran padi dan makanan berkurangan
B. Peniaga, pengusaha kebun dan pelombong diperas ugut
C.Catuan bekalan makanan menyukarkan kehidupan
D. Aktiviti menoreh getah tidak terancam di estet-estet.
Bilakah darurat ditamatkan di Persekutuan Tanah Melayu?
A. 31 Ogos 1960
B. 31 Julai 1960
C. 3o Julai 1960
D. 30 Ogos 1960
Apakah nilai yang telah diamalkan semasa zaman darurat untuk menjamin keamanan negara ?
A. Berani menentang musuh
B. Bekerjasama memerangi musuh
C. Bertoleransi memerangi musuh
D. Berkeyakinan memerangi musuh
Semasa darurat, catuan bekalan makanan menyebabkan rakyat mula bergantung kepada makanan berikut....
I ubi kentang
II ubi keledek
III ubi kayu
IV ubi keladi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan Iv
Kawalan pasukan keselamatan yang ketat di kampung-kampung baru menyebabkan hubungan antara kaum terbatas. Ini kerana.....
A. Penduduk kampung baru tidak boleh menerima tetamu
B. Penduduk kampung baru tidak dapat bersosial dengan kaum lain.
C. Penduduk kampung baru tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
D. Penduduk kampung baru suka hidup menyendiri
Apakah hasil daripada rundingan baling diantara Tunku abdul rahman dengan Chin Peng (wakil komunis)
gagal menemui kata sepakat
kedua pihak bersetuju melakukan gencatan senjata
apakah kesan zaman darurat terhadap negara kita dalam aspek politik? (pilih 2 jawapan)
peningkatan jumlah warganegara
mempercepatkan kemerdekaan
penubuhan MIC
kesan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) merupakan bukti menyakin British bahawa bukan semua orang cina menyokong komunis.
Betul
Salah
Wakil komunis yang menyertai rundingan Baling?
Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock,dan David Marshall
Ching Peng,Chen Tien,dan Rashid Maidin
Ching Peng,Shamsiah Fakeh,Rashid Maidin
Tan Malaka,Alimin,dan Moeso
Nyatakan tempoh perisytiharan darurat di negara kita
11 tahun
13 tahun
14 tahun
12 tahun
Sir Gerald Templer dilantik menjadi pesuruhjaya tinggi British di tanah melayu bagi menggantikan?
Sir Min Yuen
Sir Henry Gurney
Sir Henry Lau
Dato Onn Jaafar
Antara yang berikut , yang manakah TIDAK berkaitan dengan kesan darurat terhadap negara kita?
Jumlah warganegara meningkat
Malayan Chinese Association ditubuhkan
Mempercepatkan kemerdekaan negara kita
negara kita menjadi negara bercorak komunis
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kesan darurat dari segi sosioekonomi?
Kos perbelanjaan meningkat
Penduduk tempatan semakin kaya
Membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat tempatan
Jurang ekonomi antara kaum telah dirapatkan
Antara yang berikut, yang manakah adalah kesan darurat dari segi sosioekonomi?
Hubungan antara kaum menjadi renggang
Banyak nyawa terkorban semasa zaman darurat
Hubungan antara kaum menjadi rapat sekali
Taraf hhidup masyarakat tempatan bertambah baik
Bilakah zaman darurat ditamatkan secara rasminya?
31 Julai 1957
31 Ogos 1957
31 Ogos 1960
31 Julai 1960
Mengapakah dikatakan rakyat menghadapi kesengsaraan semasa zaman darurat?
Harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi
Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong menjadi sasaran peras ugut komunis
Kerajaan mengenakan catuan bekalan makanan menyebabkan rakyat terpaksa berganting kepada ubi kayu, keledek dan jagung
Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan keperluan
Kerajaan memperkenalkan "kawasan hitam" dan "kawasan putih". Kawasan hitam ialah....
Kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis
Kawasan yang tidak selamat
Kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung.
Kawasan yang mendapat sokongan penduduk tempatan.
