wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4_Bab3_Konsep Mol,Formula dan Persamaan Kimia

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

[SK 3.1]

Purata jisim satu atom helium adalah 4 kali lebih besar daripada 1/12 jisim satu atom karbon-12.

Apakah jisim atom relatif bagi helium ?

a)

2

b)

4

c)

24

d)

48

2.

[SK 3.1]

"Jisim molekul relatif bagi air,H2O ialah 18"


Antara pernyataan berikut,yang manakah betul ?

a)

Jisim satu atom karbon-12 adalah 18 kali lebih berat daripada satu molekul air

b)

Jisim molekul relatif air adalah 18 kali lebih ringan daripada 1/12 jisim atom karbon-12

c)

Jisim molekul relatif air adalah 18 kali lebih berat daripada 1/12 jisim atom karbon-12

d)

Jisim atom relatif air adalah 18 kali lebih berat daripada 1/12 jisim atom karbon-12

3.

[SK 3.2]

Berapakah jumlah bilangan ion dalam 2.0 mol larutan natrium klorida ?

[NA = 6.02 x 1023 mol-1]

a)

3.01 x 1023

b)

6.02 x 1023

c)

1.2 x 1024

d)

2.4 x 1024

4.

[SK 3.2]

Gas asetilena,C2H2 digunakan dalam proses kimpalan dan pemotongan.

Berapakah bilangan atom hidrogen yang terdapat dalam 1 mol gas asetilena,C2H2 itu?

[NA = 6.02 x 1023 mol-1]

a)

3.01 x 1023

b)

6.02 x 1023

c)

1.20 x 1024

d)

2.40 x 1024

5.

[SK 3.2]

Hitung jisim 0.05 mol zink klorida yang terhasil daripada tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik.

[Jisim atom relatif : Zn=65,Cl=35.5]

a)

3.35 g

b)

6.80 g

c)

32.50 g

d)

68.00 g

6.

[SK 3.2]

3.45 g gas T menempati 1680 cm3 pada suhu dan tekanan piawai (STP).

Berapakah jisim molekul relatif bagi T?

[Isi padu molar pada STP = 22.4 dm3 mol-1]

a)

0.046

b)

0.075

c)

46

d)

75

7.

[SK 3.2]

Apabila magnesium karbonat dipanaskan,gas yang terbebas menukarkan air kapur menjadi keruh.


Berapakah isi padu gas yang terbebas apabila 0.55 g magnesium karbonat dipanaskan pada STP ?

[Jisim atom relatif : C=12,O=16,Mg=24]

[Isi padu molar gas pada STP = 22.4 dm3 mol-1]

a)

0.00655 dm3

b)

0.0146 dm3

c)

146 cm3

d)

655 cm3

8.

[SK 3.3]

Formula bagi kalium dikromat ialah KxCr2O7.

Diberikan jisim formula relatif bagi sebatian itu ialah 294 g mol-1.

Apakah nilai x ?

[ JAR : O=16,K=39,Cr=52]

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

9.

[SK 3.3]

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.

Apakah tujuan membuka penutup mangkuk pijar sekali-sekala semasa pemanasan ?

a)

Untuk mendapatkan jisim magnesium oksida yang tetap

b)

Kerana takat lebur magnesium adalah tinggi

c)

Untuk mengelakkan daripada pita magnesium terbakar dengan berlebihan

d)

Untuk membenarkan oksigen masuk dan bertindak balas dengan pita magnesium

10.

[SK 3.3]

Kafein merupakan sebatian aktif yang ada dalam kopi.

Sebatian Kafein terdiri daripada (C=49.48%,H=5.19%,O=16.48%,N=28.85%).

Kafein membantu meningkatkan kepekaan apabila diambil.

Apakah formula empirik bagi kafein ?

[JAR : H=1,C=12,N=14,O=16]

a)

CHNO

b)

C2H5NO2

c)

C4H5N2O

d)

C8H10N4O2

11.

[SK 3.3]

Sebatian R mengandungi 64.9% karbon, 13.5% hidrogen dan 21.6% oksigen mengikut jisim.

Tentukan formula molekul sebatian itu jika jisim molar ialah 74 g mol-1.

[JAR : H=1,C=12,O=16]

a)

CHO

b)

C2H5O

c)

C4H9OH

d)

C4H10OH

12.

[SK 3.3]

Jadual menunjukkan beberapa sebatian dan formula kimianya.

Tentukan sebatian manakah yang mempunyai kandungan oksigen paling tinggi.

[JAR : H=1,C=12,O=16,S=32,K=39,Mn=54]

a)

Glukosa

b)

Propanol

c)

Asid sulfurik

d)

Kalium manganat

13.

[SK 3.3]

Berapakah peratus komposisi jisim bagi air dalam aluminasilikat terhidrat, Al2O32SiO2.2H2O ?

[JAR : Si=28,Al=27,O=16,H=1]

a)

6.98%

b)

13.95%

c)

39.53%

d)

46.51%

14.

[SK 3.4]

Persamaan berikut mewakili tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik.


Mg + 2HCl → MgCl2 + H2


Hitung isi padu gas hidrogen yang terhasil apabila 5.5 g magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik pada keadaan bilik.

[JAR : Mg=24,H=1]

[Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm3 mol-1]

a)

0.23 dm3

b)

0.46 dm3

c)

5.52 dm3

d)

11.04 dm3

15.

[SK 3.4]

Persamaan kimia berikut mewakili pembakaran gas propana.


C3H8 + 5O2 → 3CO2 + 4H2O


Antara yang berikut,penerangan yang manakah betul ?

a)

Bilangan atom dalam gas karbon dioksida yang terhasil adalah sama dengan bilangan atom gas propana yang digunakan

b)

1.5 mol gas karbon dioksida dihasilkan apabila 0.5 mol gas propana bertindak balas dengan 2.5 mol gas oksigen

c)

1 g gas propana bertindak balas dengan 5 g gas oksigen untuk menghasilkan 3 g gas karbon dioksida dan 4 g air

d)

11 molekul propana bertindak balas dengan 10 molekul oksigen untuk menghasilkan 6 molekul karbon dioksida dan 9 molekul air.