NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA BERSAMA CIKGU ROZ
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Lihat gambar, pilih kata ganda penuh yang betul.
anai-anai
labah-labah
layang-layang
kura-kura
Puan Rohana meletakkan ______ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dengan dapur.
sesendal
kekuda
sesekat
kekisi
Syarikat Sasmurni bakti mengiklankan produk keluarannya melalui _____ yang direntang di pusat membeli-belah.
gegantung
gegulung
jejurai
jejari
Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar _____ boleh menyimpan air dengan banyak.
rerambut
kekabu
bebawang
reranting
Buah-buahan mengandungi _______ yang penting untuk tubuh badan kita.
langkah-langkah
ciri-ciri
zat-zat
wakil-wakil
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
bengkang-bengkok
batu-batan
kacau-bilau
haru-biru
Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.
berbunga-bunga
beropol-ropol
berbelang-belang
berlipat-lipat
Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
berganda-ganda
berkelip-kelip
berkaca-kaca
berkilat-kilat
Kapal itu __________ kerana lautan bergelora.
terapung-apung
terhuyung-hayang
terkapai-kapai
terumbang-ambing
Kilang simen itu mengeluarkan asap _______________ke udara.
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
berkepul-kepul
berketul-ketul
Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.
berketul-ketul
berbonggol-bonggol
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
Menjelang pilihan raya yang ke-15, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding.
berhimpit-himpit
berpusu-pusu
berebut-rebut
berbaris-baris
Pak Cik Mat sedang menyiapkan sebuah ______ kayu untuk diletakkan di halaman rumah.
pepijat
bebenang
kekuda
Lelaki itu dirawat kerana _____ telinganya rosak akibat ditimpa kemalangan.
jejari
gegendang
cecair
Sejak tadi, abang mencari-cari ______ komputernya yang hilang.
kekunci
jejari
tetikus
Semua peserta pertandingan perahu layar peringkat antarabangsa itu ______ mengawal perahu masing-masing.
berulang-alik
bertungkus lumus
berbolak-balik
bersorak-sorai
Perasaannya ______ sejak anak bongsunya disahkan menghidap penyakit kronik.
haru-biru
kelam-kabut
gundah-gulana
tunggang-langgang
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
