wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan Frasa kerja Pasif

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kemahirannya dalam bidang perakaunan saya telah perakukan.

a)

telah diperakukan oleh saya

b)

telah diperakukan oleh saya

c)

telah saya perakukan

d)

saya telah perakuan

2.

Kami akan bersihkan tanah perkuburan itu secara gotong-royong.

a)

Akan dibersihkan oleh kami

b)

Akan kami bersihkan

c)

kami akan membersih

d)

kami akan bersihkan

3.

"Saya akan sertai pertandingan menulis cerpen itu,"kata Maisarah.

a)

Saya akan sertai

b)

Saya akan menyertai

c)

Akan saya serta

d)

Saya akan serta

4.

Kumpulan kongsi gelap yang sering mengganggu penduduk taman itu telah polis hapuskan .

a)

telah hapuskan polis

b)

telah dihapuskan oleh polis

c)

telah hapus oleh polis

d)

telah polis hapuskan

5.

Tanah terbiar di kampung saya telah pihak swasta usahakan.

a)

telah pihak swasta mengusahakan

b)

telah diusahakan oleh pihak swasta

c)

pihak swasta telah usahakan

d)

telah pihak swasta usahakan

6.

Pihak bomba dan penyelamat kami hubungi apabila melihat kebakaran itu.

a)

dihubungi oleh kami

b)

dihubung oleh kami

c)

kami menghubungkan

d)

kami hubungi

7.

Kutipan derma kilat itu disampaikan oleh Pengetua kepada mangsa banjir.

a)

Pengetua sampaikan

b)

menyampaikan oleh Pengetua

c)

disampai oleh Pengetua

d)

disampaikan oleh Pengetua

8.

Soalan 8 hingga soalan 15

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Wajah anaknya dipandang lama-lama wanita itu sebelum berpisah.

b)

Sajak-sajak itu beliau karang ketika berada di luar negara.

c)

Kotak berisi makanan ringan itu diikat oleh kakak.

d)

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Pelajaran.

9.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Penyakit batuk yang saya hidap sejak bulan lepas telah sembuh.

b)

Industri pelancongan di Pulau Indah akan kerajaan negeri majukan.

c)

Ubat yang pahit itu telah saya telan.

d)

Setelah buku itu disiapkan oleh kamu, serahkan kepada Encik Zuraidi.

10.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Faiz kirim wang kepada ayahnya.

b)

Masalah nelayan di kampung itu akan diselesaikan oleh wakil rakyat.

c)

Jambangan bunga itu mereka letakkan di atas meja.

d)

E-mel itu belum saya baca.

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri oleh penyokong bola sepak negara.

b)

Saya dihadiahkan abang sebuah kamera digital.

c)

"Keputusan itu tidak dapat saya terima,"kata Gopal.

d)

"Akan kita kenang pengorbanan semua pemimpin negara,"kata Lim.

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Pameran Buku Antarabangsa itu akan kami kunjungi esok.

b)

Watak itu kulakonkan dengan baik.

c)

Rombongan ke Pulau Langkawi itu akan diketuai oleh beliau.

d)

Guru-guru dihiburkan oleh persembahan para pelajar.

13.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Permohonannya untuk mendapatkan lesen perniagaan diluluskan oleh pihak berkuasa.

b)

Pelbagai teknik pengajaran digunakan oleh Encik barul.

c)

Telah saya tebas semak samun di belakang rumah.

d)

Budak perempuan itu menangis kerana ditinggalkan oleh ibunya.

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Derma yang mereka kutip akan diserahkan kepada budak itu.

b)

Yuran pengajian itu perlu engkau jelaskan segera.

c)

Buku yang dibeli oleh anda ada dijual di kedai buku sekolah.

d)

Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi itu menyentuh hati kami.

15.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Pelajaran itu beliau sampaikan dalam bahasa Malaysia.

b)

Jasa ibu bapa engkau mesti ingati.

c)

"Sudah kamu baca berita tentang kampung kita? "tanya Lutfi kepada Ramlan.

d)

Sikap jirannya yang sombong itu dibencinya.