Font size
WorksheetsSejarah KSSM T5 Bab 4
Total questions: 50
Worksheet time: 38mins
Maklumat berikut berkaitan dengan latar belakang sistem Persekutuan di negara kita.
# Konfederasi Negeri Sembilan 1895
# Persekutuan 1896
Apakah ciri persamaan sistem tersebut?
Penubuhan parlimen
Penggubalan perlembagaan
Persempadanan yang jelas
Penyatuan beberapa negeri
Pada tahun 1889, Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi Seri Menanti.
Apakah kesan penubuhan konfederasi tersebut?
Penetapan sempadan
Pelantikan Residen
Pelantikan Yamtuan Besar
Penubuhan kerajaan pusat
Rajah berikut berkaitan sejarah pembentukan sistem Persekutuan negara kita sehingga tahun 1948.
Apakah X?
Persekutuan Malaysia
Persekutuan Malayan
Kesatuan Malaya
Konfederasi Tanah Melayu
Maklumat berikut berkaitan usaha British menubuhkan sistem Persekutuan di negara kita.
# Persekutuan 1896
# Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
Apakah kepentingan perlaksanaan sistem tersebut kepada British?
Mengukuhkan kuasa
Melaksanakan dekolonisasi
Menghapuskan ancaman komunis
Menamatkan perebutan takhta
Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri-negeri Selat.
Apakah ciri keistimewaan Persekutuan tersebut?
Pengagihan kuasa
Penubuhan parlimen
perlaksanaan pilihan raya
Pengamalan sistem demokrasi
Apakah ciri persamaan kerajaan Persekutuan berikut?
# Persekutuan Tanah Melayu 1957
# Persekutuan Malaysia 1963
Jumlah anggota
Dibentuk melalui perjanjian
Pengamalan sistem republik
Diketuai Yang di Pertua Negeri
Apakah maksud persekutuan? (
penggabungan anatara sabah dan sarawak
Negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum
penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu
kerajaan pusat mempunyai semua kuasa kerajaan negeri tiada kuasa
Persekutuan berkuat kuasa pada tahun 1896 dikenali sebagai ...........
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Gagasan Malaysia
Apakah tujuan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 dibentuk?
menubuhkan negeri-negeri melyu tidak bersekutu
mengukuhkan kedudukan British
menempatkan residen british
melatih orang tempatan dalam pentadbiran
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu..................
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Republik
Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan
Mengapakah kerajaan Persekutuan diberikan kuasa yang lebih besar oleh perlembagaan? (Pilih dua jawapan)
Menyatupadukan rakyat
Menjamin kestabilan negara
Memelihara kepentingan nasional
Mengawal kuasa Kerajaan Negeri
Manakah antara berikut berkaitan senarai kuasa Kerajaan Persekutuan?
Tanah
Biasiswa
Pertanian
Pertahanan
Maklumat berikut berkaitan dengan badan perundangan di negara kita.
Apakah X?
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Dewan Undangan Negeri
Majlis Mesyuarat Negeri
Apakah peranan badan perundangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
Menyelesaikan pertikaian
Menggubal undang-undang
Melaksanakan sistem keadilan
Melaksanakan kuasa pentadbiran
Manakah antara berikut merupakan kuasa Kerajaan Negeri? ( Pilih dua jawapan.)
Tanah
Kewangan
Undang-undang Islam
Pelajaran
Senarai Bersama ialah Parlimen dan DUN boleh menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.
Apakah perkara tersebut?
(Pilih dua jawapan)
Kewarganegaraan
Pertahanan
Perumahan
Biasiswa
Berikut merupakan jenis kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan.
# Majlis Daerah
# Majlis Perbandaran
# X
Apakah X?
Majlis Agama
Majlis Negeri
Majlis Perundangan
Majlis Bandaraya
Antara berikut, yang manakah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan tempatan?
(Pillih dua jawapan)
Memelihara kesihatan awam
Menyelenggara jalan raya
Mengawal kegiatan perhutanan
Merancang pembangunan luar bandar
Apakah kejayaan perlaksanaan pembahagian kuasa dalam sistem Persekutuan di negara kita?
Pentadbiran menjadi sistematik
Perpaduan kaum kukuh
Ketenteraman awam terkawal
Kemiskinan rakyat ditamatkan
Mengapakah pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diwujudkan?
(Pilih dua jawapan)
melicinkan perjalanan sistem kerajaan Persekutuan
mengelakkan campurtangan kuasa luar
imej negara dipandang tinggi masyarakat antarabangsa
mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan
Apakah tambahan kepada senarai negeri bagi Sarawak dan Sabah? (Pilih dua jawapan)
Tanah
Pelajaran
Mahkamah anak negeri
Undang-undang dan adat anak negeri
Apakah ciri persamaan bagi kedua-dua agensi berikut?
# FELDA
# FELCRA
Membuka bandar
Memajukan pertanian
Menggalakkan perniagaan
Membangunkan wilayah
Maklumat berikut berkaitan dasar pembangunan fizikal desa.
# Kemudahan asas
# Rumah rakyat
# Pusat ekonomi desa
Apakah dasar tersebut?
DARA
KEJORA
In-Situ
Pusat ekonomi desa
Bagaimanakah pembangunan wilayah baru berikut mencapai matlamatnya?
# KEDA
# PERDA
# KESEDAR
Memajukan industri desa
Memulihkan tanah terbiar
Memfokus pembinaan prasarana
meluaskan pembukaan tanah baharu
Selepas tahun 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah.
Apakah strategi pembangunan tersebut?
mengatasi masalah pengangguran
menambah pengeluaran makanan
meningkatkan hasil pertanian eksport
menyeimbangkan pembangunan antara negeri
Malaysia terkenal dengan kekayaan flora dan fauna.
Bagaimanakah kerajaan mengekalkan warisan biodiversiti tersebut?
(Pilih dua jawapan)
Mewartakan tanah negeri
Memperkenalkan Akta Mergastua
Memperbanyakkan pembinaan zoo
Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia
Antara Taman Negara berikut, yang manakah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?
(Pilih dua jawapan)
Taman Negara Mulu
Taman Negara Kinabalu
Taman Negeri Royal Belum
Taman Negara Johor Endau-Rompin
Apakah ciri persamaan program perumahan berikut?
# Rumah Mesra Rakyat
# Rumah Selangorku
# Perbadanan Perumahan 1Malaysia
Mengukuhkan perpaduan rakyat
Melengkapkan kemudahan awam untuk rakyat
Membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah
Membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah
Apakah kesan penubuhan Kementerian dan Majlis berikut terhadap negara?
# Kementerian Dalam Negeri (KDN)
# Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Pembangunan negara pesat
Pertahanan negara kukuh
Pentadbiran negara sistematik
Patriotisme rakyat diperkasa
Maklumat berikut berkaitan pengisytiharan kawasan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
RASCOM = x
ESSCOM = Pencerobohan pengganas
Apakah X?
Serangan lanun
Rusuhan kaum
Ancaman komunis
Pendatang tanpa izin
Badan yang ditubuhkan untuk menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah kerajaan negeri yang terbiar di seluruh negara ialah ............
FAMA
RISDA
FELCRA
SALCRA
Apakah maksud pembangunan in situ?
Membuka tanah baru untuk pertanian
Menyediakan perumahan kos rendah
Menekankan pembangunan fizikal desa
Memberi khidmat nasihat perindustrian desa
"Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara"
Apakah sistem kerajaan tersebut?
Sistem Kerajaan Naungan
Sistem Kerajaan Jajahan
Sistem Kerajaan Persekutuan
Sistem Kerajaan Demokrasi
Mengapakah kerajaan berbentuk Kesatuan 1946 gagal diteruskan oleh British?
Pindaan perlembagaan negara
Bantahan daripada Raja-raja Melayu
Meletusnya Perang Dunia Kedua
Pengisytiharan Undang-Undang Darurat
Apakah kedudukan Raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Pemerintah negeri
Penasihat agama
Penggubal undang-undang
Raja berperlembagaan
Apakah kuasa tambahan yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah dalam persekutuan Malaysia?
Hak kewarganegaraan
Akta Imigresen 1963
Hak kebebasan bersuara
Akta Bahasa Kebangsaan
Berikut adalah fungsi Kerajaan Tempatan.
# Menyediakan kemudahan awam
# Membangunkan perumahan awam
Apakah peranan Kerajaan Tempatan?
Menjaga kebajikan penduduk pedalaman
Membentuk pentadbiran peringkat bandar
Membantu penduduk dalam bencana alam
Perantaraan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat
Senarai berikut adalah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
# FELDA
# FELCRA
Apakah faktor kejayaan pengurusan badan berkanun tersebut?
Menumpukan pembangunan tanah luar bandar
Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Penyediaan pelbagai kemudahan asas di luar bandar
Pembangunan tanah kerajaan negeri yang terbiar
Berikut adalah Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah.
# SJER
# NCER
# ECER
Apakah matlamat pelancaran rancangan tersebut?
Merapatkan jurang pendapatan penduduk
Pembukaan tanah baharu untuk penempatan
Membangunkan negeri yang kurang pesat
Memindahkan penduduk pedalaman yang miskin
Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementrian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi menyediakan perumahan kos rendah.
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu Kerajaan Persekutuan dalam hal ini?
Menanggung sebahagian kos
Menyediakan kemudahan pinjaman
Menjual tanah dengan harga rendah
Mengenal pasti senarai rakyat miskin
Berikut merupakan program yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
# Program Perumahan Rakyat (PPR)
Bagaimanakah program tersebut dilaksanakan?
Meningkatkan taraf hidup
Membina perumahan awam
Menyusun semula masyarakat
Membangunkan kawasan pedalaman
Berikut adalah program yang dianjurkan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
# Rumah Mesra Rakyat
# PRIMA
# Rumah Selangorku
Apakah matlamat program tersebut?
Menyediakan perumahan mampu milik
Menawarkan perumahan kos rendah
Menawarkan pinjaman kadar faedah rendah
Mensasarkan pemilik rumah kepada golongan belia
Senarai berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
# Pembangunan sosio ekonomi
# Pemuliharaan khazanah negara
# Menjamin keselamatan negara
Apakah iktibar daripada kerjasama tersebut?
Mendahulukan kesejahteraan hidup
Kepentingan memelihara flora dan fauna
Kepentingan mengembleng tenaga dan fikiran
Memantapkan pertahanan negara secara bersama
Apakah badan yang menyelaraskan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dalam negara kita?
ESSCOM
Majlis Keselamatan Negara
Badan Pemantau Pertahanan
Jawatankuasa RASCOM
Bagaimanakah keluhuran perlembagaan dapat mengukuhkan Persekutuan?
Hak mengisytihar darurat
Kedaulatan negeri diiktiraf
Pelaksanaan sistem pilihan raya
Undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengannya
Mengapakah penubuhan majlis berikut penting kepada negara?
# Majlis Kewangan Negara
# Majlis Tanah Negara
menyusun semula masyarakat
Memajukan kawasan luar bandar
Memelihara dan memulihara Taman Negara
Menyelaras pentadbiran kerajaan pusat dengan negeri
Apakah fungsi Majlis Tanah Negara?
Menentukan cukai tanah
Membentuk dasar tanah
Menetapkan harga tanah
Membangunkan tanah terbiar
Bagaimanakah percanggahan undang-undang antara Persekutuan dengan Negeri diselesaikan?
Akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pembatal
Mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
Diselesaikan oleh Ketua Hakim Negara
Siapakah dilantik mengetuai operasi RASCOM?
Perdana Menteri
Ketua Polis Negara
Residen Bahagian Ketiga Sarawak
Ketua Menteri Sarawak
Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah menjamin sistem persekutuan beroperasi dengan berkesan.
Apakah rumusan daripada pernyataan tersebut?
Kepentingan perlembagaan
Mematuhi pembahagian kuasa
Kecekapan penyelaras tugas
Kepentingan bermusyawarah
