wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA BM T5

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peribahasa yang sesuai menunjukkan situasi gambar di atas?

a)

malang tidak berbau

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

beringat sebelum kena

d)

bagai bulan jatuh ke riba

2.

Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menanggung hutang yang banyak.

a)

mati akal

b)

serkap jarang

c)

pasang mata

d)

gulung tikar

3.

Negara kita akan maju dan damai sekiranya wujud perpaduan antara rakyat, bak kata pepatah _______________.

a)

antan patah lesung hilang

b)

bersatu teguh, bercerai roboh

c)

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

d)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

4.

Walaupun berlainan bangsa, hubungan Devi dan Irene sungguh akrab.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti kucing dibawakan lidi

c)

seperti pahat dengan penukul

d)

seperti gergaji dua mata

5.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
6.

Andika dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

7.

Menolong Rahimi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai bunyi periau pecah

c)

bagai ayam dimakan tungau

d)

bagai mendukung biawak hidup

8.

Sudah berbuih mulut Pak Rahim menasihati Dini, namun Dini tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

9.

Makna ringan tulang berat perut

a)

Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja

b)

Orang gemuk yang rajin

c)

Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya

d)

Seseorang yang sedang sakit

10.

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya mementingkan diri ______________________.

a)

seperti si buta kehilangan tongkat

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti anjing dengan bayang-bayang

d)

seperti enau dalam belukar