Font size
WorksheetsNASAB ANAK ANGKAT_AYAT HUKUM
Total questions: 16
Worksheet time: 10mins
3 tuntutan hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab ialah:
Harus menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung
Wajib menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung
Anak angkat yang tidak diketahui bapa kandungnya, boleh dipanggil dengan panggilan saudaraku
Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat secara sengaja tidak berdosa, tetapi jika tidak disengajakan, dikira berdosa.
Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat secara tidak sengaja tidak berdosa, tetapi jika disengajakan, dikira berdosa.
Sebab nuzul ayat 5 surah al-Ahzab
Ayat ini diturunkan berkaitan kisah Zaid bin Harithah, bekas hamba Rasulullah. Rasulullah telah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat sebelum kerasulan baginda tetapi orang ramai memanggilnya Zaid bin Muhammad. Lalu, Allah menurunkan ayat ini melarang perbuatan tersebut dan memerintahkan untuk menasabkan anak angkat kepada _______
Bapa kandungnya
Bapa angkatnya
Bapa saudara
Berikan pengertian nasab dari segi istilah.
Kerabat
Pertalian keluarga melalui keturunan terutama daripada sebelah bapa disebabkan perkahwinan
Ulama’ mengistinbatkan hukum ayat 5 surah al-ahzab berdasarkan lafaz ________
ادعهم
ادعو
ادعوهم
Ulama’ mengistinbatkan hukum ayat 5 surah al-ahzab berdasarkan lafaz ادعوهم , iaitu فعل الامر yang menunjukkan perintah _______ yang membawa hukum wajib. Oleh itu, anak angkat wajib dinasabkan kepada bapa kandung. Menasabkan anak angkat kepada bapa kandung adalah dilarang sama sekali.
suruhan
larangan
galakan
Islam melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat kerana
Memelihara batas pergaulan
Mengelakkan permusuhan dalam masyarakat
Memuliakan kedudukan anak angkat
Menimbulakan perasaan kurang senang bapa kandung
Kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat, dari segi PERNIKAHAN : Jika diwalikan oleh orang yang tidak sah nasab seperti bukan bapa atau saudara lelaki kandung, maka pernikahan tersebut ________.
sah
tidak sah
Kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat, dari segi NAFKAH DAN TANGGUNGJAWAB : Nafkah dan tanggungjawab terhadap anak kandung adalah wajib dan ________ daripada anak angkat.
lebih berat
lebih ringan
Kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat, dari segi PERWALIAN : Selain pernikahan, wali_______dalam pengurusan harta, penjagaan anak yatim dan haji.
berperanan penting
tidak berperanan
Kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat, dari segi PEWARISAN HARTA DAN WASIAT : Pembahagian harta pusaka kepada anak angkat bermakna memberikan harta yang bukan haknya. Anak angkat hanya berhak mendapat
harta pusaka
wasiat
hibah
Kesan menasabkan anak angkat kepada nama bapa angkat, dari segi PERGAULAN : Anak angkat merupakan _________. Pergaulan dengan keluarga angkat seperti batas aurat dan adab pergaulan peru dijaga
mahram
bukan mahram
3 hikmah suruhan menasabkan anak angkat kepada bapa kandung ialah:
Mengiktiraf bapa kandung supaya dapat mengekalkan pertalian nasab antara mereka
Memelihara salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengan orang yang tiada hubungan kekeluargaan
Menjaga batas aurat dan pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat kerana mereka bukan mahram
Memastikan hukum perkahwinan anak angkat perempuan sah apabila walinya ialah bapa angkatnya.
Memelihara hak seorang anak angkat kepada bapa angkatnya seperti hak pewarisan harta pusaka
3 hikmah suruhan menasabkan anak angkat kepada bapa kandung ialah:
Mengiktiraf bapa kandung supaya dapat mengekalkan pertalian nasab antara mereka
Memelihara salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengan orang yang tiada hubungan kekeluargaan
Menjaga batas aurat dan pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat kerana mereka bukan mahram
Memastikan hukum perkahwinan anak angkat perempuan sah apabila walinya ialah bapa angkatnya.
Memelihara hak seorang anak angkat kepada bapa angkatnya seperti hak pewarisan harta pusaka
3 kelebihan mengambil anak angkat ialah
Mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga angkat dengan keluarga kandung agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Membantu keluarga yang berkemampuan
Membantu keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai tanggungan ramai supaya dapat menjalani hidup sempurna
Memberi kebahagiaan kepada mereka yang tidak dikurniakan zuriat agar dapat menjalani kehidupan berkeluarga seperti orang lain
4 kaedah terbaik penyelesaian aurat dan batas pergaulan ialah:
Mengambil anak angkat dalam kalangan ahli keluarga terdekat
Menjadikan anak angkat sebagai anak susuan sebanyak 5 kali kenyang sebelum mereka mencapai umur 2 tahun
Jika mereka berumur lebih daripada 2 tahun, berikan pendidikan agama yang secukupnya sejak kecil tentang batas aurat dan adab pergaulan dalam keluarga
Menyembunyikan daripada anak angkat tentang keluarga kandung mereka
Memberitahu anak angkat tentang keluarga kandung mereka supaya mereka tahu asal keturunan mereka
Berikut merupakan langkah memberi kefahaman kepada orang ramai supaya menasabkan anak angkat kepada bapa kandung, KECUALI
Kempen kesedaran tentang nasab anak angkat
Program dakwah
Menyukarkan urusan pengambilan anak angkat
Mengurangkan birokrasi pendaftaran anak angkat
