wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 4 Latihan Bab 3

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di atas berkaitan dengan ciri-ciri objektif sesebuah perniagaan.

Manakah yang benar tentang X?

a)

Pernyataan objektif perlu dinyatakan secara khusus

b)

Satu tempoh masa yang perlu ada dalam penentuan objektif

c)

Objektif boleh diukur sama ada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif

d)

Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai.

2.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu jenis perniagaan.


Syarikat Baizura Sendirian Berhad menyasarkan pengeluaran sebanyak 200 000 botol minyak wangi pada tahun 2017. Pada hujung tahun 2017, sebanyak 250 000 unit botol minyak wangi yang berjaya dikeluarkan.


Apakah ciri yang berjaya dipenuhi oleh Syarikat Baizura Sendirian Berhad?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh capai (Attainable)

d)

Jangka masa (Time frame)

3.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri-ciri objektif perniagaan.


- Mengambil kira kemampuan syarikat dalam aspek sumber yang ada dalam organisasi

- Menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai


Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh capai (Attainable)

d)

Boleh diukur (Measureable)

4.

Maklumat di bawah ini berkaitan ciri objektif sesebuah perniagaan.


Penentuan objektif berdasarkan sasaran yang boleh dicapai sekiranya tenaga digunakan sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada.


Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Jangka masa (Time frame)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Boleh diukur (Measureable)

5.

Pernyataan manakah yang benar tentang objektif yang boleh dicapai?

a)

Perniagaan boleh mengukur objektif secara kuantitatif

b)

Mengambil kira faktor sumber fizikal dan faktor persekitaran

c)

Objektif perlu dicapai berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan

d)

Perniagaan dapat mengenal pasti sumber sedia ada dengan baik

6.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu jenis perniagaan.


Perniagaan Perabot Abbuddin menyediakan carta gantt untuk setiap perabot yang dihasilkan agar dapat disiapkan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan bagi membolehkan objektif perniagaan dapat dicapai.


Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh Perniagaan Perabot Abbuddin?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Jangka masa (Time frame)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Boleh diukur (Measureable)

7.

Mengapahkah penetapan misi penting untuk sesebuah organisasi?


I Memudahkan kefahaman semua pihak organisasi dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

II Menggambarkan sasaran yang ingin dicapai secara spesifik dan khusus

III Dapat dijadikan garis panduan menilai keperluan setiap unit dan bahan organisasi

IV Memudahkan pihak pengurusan untuk mengagihkan setiap sumber

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan tujuan utama penetapan misi?


I Dijadikan garis panduan menilai keperluan setiap unit

II Menerangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan

III Menjelaskan perkara yang perlu dicapai dengan lebih terperinci

IV Mendorong semua pihak yang terlibat dalam sesebuah organisasi untuk bekerjasama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Antara yang berikut, manakah kepentingan menetapkan visi bagi sesebuah organisasi?


I Menjelaskan perkara yang perlu dicapai dengan lebih terperinci berdasarkan misi yang telah ditetapkan

II Menerangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan

III Menjadi pendorong kuat kepada pengurusan dan pekerja

IV Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pernyataan manakah yang benar tentang objektif perniagaan?

a)

Ditetapkan oleh para pekerja

b)

Asas kepada pencapaian visi dan misi

c)

Perlu dicapai dalam tempoh lima tahun

d)

Pernyataan tentang kewujudan sesuatu organisasi perniagaan