wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komunikasi Tempat Kerja

Total questions: 14

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Mariam ingin meletak jawatan. Pilih cara paling tepat untuk menyampaikan maklumat ini kepada pengurusan syarikat.

a)

Menghantar teks kepada penyelia pejabat.

b)

Menghantar emel kepada semua orang di pejbat.

c)

Bercakap dengan penyelia pejabat secara bersemuka.

d)

Meninggalkan nota pesanan di atas meja penyelia.

2.

Benjamin sedang menghadiri mesyuarat kerja. Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan telefon pintarnya?

a)

Sekiranya mesyuarat membosankan.

b)

Sekiranya penyelia tidak berada di tempat mesyuarat.

c)

Sekiranya pembentang tidak nampak beliau.

d)

Sekiranya perjumpaan secara khusus memerlukan para peserta mengakses maklumat dalam talian.

3.

Amla bekerja di pejabat perakaunan. Manakah antara berikut yang harus dia lakukan sebelum menghantar emel yang berkaitan dengan pekerjaan?

a)

Pastikan nama dan alamat penerima yang dimaksudkan adalah betul.

b)

Pastikan emel mempunyai baris subjek, lampiran yang diperlukan, ucapan yang menyenangkan dan maklumat yang berkaitan.

c)

Semak dan periksa maklumat sulit dalam emel dan lampirannya.

d)

Semua di atas.

4.

Ramon bekerja di sebuah kedai barang sukan. Mana kaedah terbaik untuk menjawab telefon kedai pada hari yang sibuk?

a)

"Sila tunggu."

b)

"Terima kasih kerana memanggil XYZ Sports. Ini Ramon. Bolehkah kamu menunggu sebentar?"

c)

"Boleh saya panggil balik nanti?"

d)

"Sukan XYZ. Apa yang anda perlukan?"

5.

Olivia berhati-hati apabila dia berkomunikasi dengan orang di tempat kerja. Yang manakah merupakan contoh komunikasi nonverbal yang positif?

a)

Menunjuk senyuman dan mengangguk kepala

b)

Menyilangkan tangannya dan menghela nafas.

c)

Menanya dan menjawab soalan.

d)

Menggulung matanya dan mengerutkan kening.

6.

Johan perlu membuat pesanan yang tidak mendesak dengan wakil penjualan di syarikat pembekalan pejabat. Apa yang harus dilakukan Johan sekiranya wakil tidak menjawab telefon?

a)

Dia harus menelefon setiap 10 minit, tetapi dia tidak boleh meninggalkan mesej mel suara.

b)

Dia harus menghantar pesanan teks dan emel setelah dia meninggalkan mesej mel suara.

c)

Dia harus meninggalkan pesanan mel suara yang merangkumi namanya, nama syarikat, nombor telefon, dan alasan untuk menelefon.

d)

Dia harus menghubungi penyelia perwakilan sekiranya wakil tidak mengembalikan panggilan telefonnya dalam 15 minit.

7.

Zoe adalah juruteknik komputer. Pelanggan yang lebih tua mengemukakan soalan yang sama berulang kali. Apa yang harus dilakukan oleh Zoe?

a)

Beritahu pelanggan, "Anda sudah mengajukan soalan itu."

b)

Cuba gunakan perkataan yang berbeza, gambar, atau demonstrasi untuk menjawab soalan.

c)

Menghela nafas dan mengalihkan pandangan ke arah pelanggan.

d)

Berhenti menjawab soalan dan pergi.

8.

Osman sedang menyampaikan persembahan penjualan. Semasa pembentangannya, dia harus melakukan semua KECUALI:

a)

Melaku eye contact dengan penonton.

b)

Memandang nota dan membaca terus dari catatannya.

c)

Bercakap dengan kelajuan dan kelantangan yang sesuai.

d)

Selalu senyum dan ingat untuk bernafas.

9.

Jackie tidak puas hati dengan penilaian prestasi dan gajinya. Dia menjadualkan pertemuan bersemuka dengan penyelia. Antara berikut, yang manakah harus dilakukannya?

a)

Merancang untuk bertemu di lokasi yang jauh dari rakan sekerja dan pelanggan.

b)

Memnta penyelia untuk contoh maklum balas khusus, dan idea penambahbaikan.

c)

Berada dalam keadaan yang tenang dan fokus.

d)

Semua diatas

10.

En Mahmud bertanggungjawab untuk mengemas kini laman media sosial syarikat. Dia harus melakukan semua KECUALI:

a)

Proofread untuk kesalahan kandungan, tatabahasa, ejaan, penggunaan huruf besar, dan tanda baca.

b)

Gunakan idea yang sangat kontroversial untuk menarik perhatian penonton.

c)

Kreditkan sumber statistik, gambar, atau petikan.

d)

Pastikan tiada maklumat sulit yang didedahkan.

11.

Mandy sedang melibatkan diri dalam perbualan bersama rakan sekerja. Yang manakah merupakan kemahiran mendengar yang baik?

a)

Mengangguk dan melakukan eye contact.

b)

Melihat sekeliling bilik.

c)

Memeriksa telefonnya untuk mesej teks.

d)

Mengganggu rakan sekerja untuk mengemukakan soalan.

12.

Esok Emma akan mengambil bahagian dalam panggilan persidangan video. Sebelum menelefon, dia harus melakukan semua KECUALI:

a)

Berlatih menggunakan peralatan.

b)

Kurangkan bunyi latar (background noises)

c)

Mencari kerusi beroda supaya dia boleh bergerak semasa panggilan.

d)

Ketepikan peranti mudah alih dan gangguan lain.

13.

Marcus sedang ditemuramah secara bersemuka. Yang manakah merupakan contoh komunikasi verbal positif?

a)

Melihat sekeliling bilik.

b)

Duduk tegak dan membuat hubungan mata.

c)

Bercakap tentang mengapa dia adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut.

d)

Membaca resume dengan nada yang kuat.

14.

Bilakah pesanan teks harus digunakan di tempat kerja?

a)

Untuk berkongsi sejumlah besar maklumat.

b)

Untuk berkongsi jenaka yang tidak sesuai.

c)

Untuk berkongsi maklumat sulit.

d)

Untuk berkongsi maklumat segera, berikan respons pantas, atau ajukan soalan mudah.