Font size
WorksheetsUjian 1 Kertas 1
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut, yang manakah berlaku tindak balas penurunan?
Menerima oksigen
Kehilangan hidrogen
Menerima elektron
Penambahan nombor pengoksidaan
Apakah nombor pengoksidaan nitrogen dalam NH4Cl?
+1
+3
-1
-3
H2S(g) + Cl2(g) → S(p) + 2HCl(g)
Antara berikut, yang manakah benar mengenai persamaan kimia seimbang di atas?
Hidrogen sulfida mengalami pengoksidaan dengan kehilangan hidrogen membentuk sulfur.
Gas klorin mengalami penurunan dengan penerimaan hidrogen membentuk asid hidroklorik.
Hidrogen sulfida ialah agen pengoksidaan.
Gas klorin ialah agen penurunan.
Antara berikut, yang manakah ialah tindak balas redoks?
H2SO4+ 2NaOH → Na2SO4 + 2H2O
2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
Fe + CuSO4 → FeSO4 + Cu
K2CO3 + Ca(NO3)2 → CaCO3 + 2KNO3
Antara berikut, bahan yang manakah boleh menukarkan ion ferum(III), Fe3+ kepada ion ferum(II), Fe2+?
Air bromin
Hidrogen sulfida
Air klorin
Larutan kalium manganat(VII) berasid.
Cr2O72−(ak) + xH+(ak) + ye− → 2Cr3+(ak) + zH2O(ce) Persamaan setengah bagi penurunan larutan kalium dikromat berasid(VI) ditunjukkan seperti di atas.
Apakah nilai x, y dan z?
x=12, y=7, z=6
x=12, y=6, z=7
x=14, y=7, z=6
x=14, y=6, z=7
2Fe2+(ak) + Br2(ak)→ 2Fe3+(ak) + 2Br−
Persamaan ion di atas menunjukkan tindak balas antara air bromin dengan larutan ferum(II) sulfat.
Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan bromin dalam tindak balas tersebut?
0 ke +1
0 ke +2
0 ke -1
0 ke -2
Antara berikut, yang manakah syarat-syarat piawai bagi setengah sel?
Kepekatan ion 0.1 mol dm-3
Suhu 25oC
Tekanan pada 1 atm
Karbon digunakan sebagai elektrod lengai
Hitungkan nilai Eo sel apabila magnesium dan kuprum digunakan sebagai elektrod.
[Diberi : Eo (Mg setengah sel) = -2.37 V; Eo (Cu setengah sel) = +0.34 V]
-2.03 V
+2.03 V
-2.71 V
+2.71 V
Dalam sel kimia ringkas, zink dan plumbum direndam di dalam larutan natrium klorida cair. Bacaan voltmeter yang dicatatkan ialah 0.63 V.
Bacaan voltmeter akan meningkat sekiranya...
kepekatan larutan natrium klorida ditambah
zink digantikan dengan magnesium
larutan natrium klorida digantikan dengan larutan kalium klorida
plumbum digantikan dengan argentum
Jadual 1 menunjukkan bacaan voltmeter untuk tiga sel voltan.
Berapakah bacaan voltmeter apabila W dan Y digunakan sebagai elektrod?
0.4 V
0.7 V
1.8 V
3.4 V
Antara berikut, ion-ion yang manakah hadir dalam leburan aluminium oksida?
Al2O3
Al3+, O2-
Al3+, H+ , O2-
Al3+, H+ , O2- , OH-
Antara berikut, larutan yang manakah menghasilkan gas klorin pada anod dan gas hidrogen pada katod apabila elektrik mengalir melaluinya?
Asid hidroklorik 0.1 mol dm-3
Asid sulfurik 0.1 mol dm-3
Larutan natrium klorida 0.5 mol dm-3
Larutan kalium nitrat 0.5 mol dm-3
Elektrolisis larutan kuprum(II) klorida pekat menggunakan elektrod karbon.
Antara berikut, yang manakah persamaan setengah pada katod?
2Cl− → Cl2 + 2e−
4OH− → 2H2O + O2 +4e−
Cu2+ + 2e− → Cu
2H+ + 2e− → H2
Antara logam berikut, yang manakah dapat diekstrak secara elektrolisis?
Argentum
Aluminium
Natrium
Kuprum
Rajah menunjukkan pemegang sudu besi yang disadurkan dengan kuprum secara elektrolisis.
Semasa proses penyaduran, apakah persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku di katod?
Fe2+ + 2e− → Fe
Fe → Fe2+ + 2e−
Cu2+ + 2e− → Cu
Cu → Cu2+ + 2e−
Rajah menunjukkan relau bagas yang digunakan dalam pembentukan logam P apabila hematit ditambah dan bertindak balas dengan karbon.
Logam P terbentuk apabila hematit...
dioksidakan oleh udara panas
dioksidakan oleh karbon dioksida
diturunkan oleh karbon
diturunkan oleh kalsium karbonat
Rajah menunjukkan setitis air pada permukaan bongkah besi.
Selepas beberapa hari, bahan berwarna perang diperhatikan.
Apakah formula kimia bagi bahan berwarna perang tersebut?
Fe(OH)2
Fe(OH)3
Fe2O3
Fe2O3.xH2O
Yang manakah benar mengenai rajah selepas sehari?
Tompok-tompok biru tua terdapat di sekitar paku besi
Warna merah jambu terbentuk di sekitar paku besi
Paku besi mula berkarat
Paku besi tidak berkarat
Antara berikut, logam yang manakah dapat memperlahankan pengaratan besi?
Plumbum
Kuprum
Argentum
Zink
