wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 7&8 (RESPIRASI) BIOLOGI T4

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerob dalam sel otot. Apakah S?

a)

Air

b)

Etanol

c)

Asid laktik

d)

Karbon dioksida

2.

Apakah yang berlaku pada struktur X dan Y semasa menarik nafas?

a)

X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengecut

b)

X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengecut

c)

X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengendur

d)

X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengendur

3.
Mekanisme manakah yang akan berlaku jika nilai pH darah menurun?
a)
Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat.
b)
Kadar pernafasan dan ventilasi menurun.
c)
Kadar pernafasan menurun tetapi kadar ventilasi meningkat.
d)
Kadar pernafasan meningkat tetapi kadar ventilasi menurun.
4.

Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem respirasi seekor serangga. Yang manakah antara berikut proses yang berlaku di X?

a)

Osmosis

b)

Resapan

c)

Resapan berbantu

d)

Pengangkutan aktif

5.
Antara berikut yang manakah merupakan persamaan yang betul bagi respirasi di dalam sel otot?
a)
Glukosa --> Asid Laktik + Tenaga
b)
Glukosa --> Karbon Dioksida + Asid Laktik + Tenaga
c)
Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Air + Tenaga
d)
Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Etanol + Tenaga
6.

Rajah menunjukkan sistem respirasi seekor serangga. Antara bahagian berlabel A, B, C dan D di manakah berlakunya pertukaran gas?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Rajah menunjukkan keratan memanjang alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa oksigen di R, S dan T ?

a)

R - Tinggi;

S - Rendah;

T - Tinggi

b)

R - Rendah;

S - Tinggi;

T - Rendah

c)

R - Tinggi;

S - Rendah;

T - Rendah

d)

R - Rendah;

S - Tinggi;

T - Tinggi

8.

Aras oksigen dalam darah seorang pendaki gunung jatuh di bawah aras normal semasa mendaki gunung. Proses manakah yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?


I - pH darah menurun

II - Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat

III - Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih lambat

IV - Otot respirasi mengecut dan mengendur dengan lebih cepat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku. lndividu tersebut akan menyedut lebih oksigen untuk mengoksidakan asid laktik.


Di manakah pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam badan?

a)

Sel otot

b)

Jantung

c)

Peparu

d)

Hati

10.

Yang berikut adalah masalah yang dihadapi oleh seorang perokok.


- Laringitis ialah satu kesan menghisap rokok

- Ia menyebabkan pertuturan menjadi susah dan menyakitkan


Apakah yang menyebabkan ini berlaku?

a)

Tar

b)

Karbon monoksida

c)

Nikotin

d)

Haba dari asap rokok