wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Perniagaan 2021

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?

a)

Perhotelan

b)

Perkilangan

c)

Pembuatan

d)

Pemasangan

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan perniagaan perkongsian?

a)

Perniagaan dikenakan cukai pendapatan syarikat

b)

Perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi nominal

c)

Modal diperolehi menerusi penjualan saham kepada orang awam

d)

Setiap rakan kongsi menyumbang modal mengikut kadar yang dipersetujui

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal?

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Liabiliti tidak terhad

c)

Cukai pendapatan perseorangan

d)

Risiko kerugian boleh ditanggung bersama

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi?

I Pembahagian keuntungan

II Melaporkan penyata kewangan

III Meluluskan undang-undang kecil

IV Pemilihan ahli lembaga koperasi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penentuan saiz perniagaan?

a)

Jumlah jualan tahunan

b)

Jumlah kos perniagaan

c)

Jumlah syer di pasaran

d)

Jumlah aset yang dimiliki

6.

Manakah yang bukan kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga diskaun

d)

Jualan pada harga bawah kos

7.

Apakah kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad?

a)

Tiada beban cukai

b)

Syer boleh dipindah milik

c)

Permilikan syer tidak terhad

d)

Kadar pulangan yang tinggi

8.

Manakah cabaran perniagaan bersaiz besar?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Mengekalkan pelanggan lama

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

9.

Manakah yang benar tentang kehendak pengguna?

I Mudah untuk dipenuhi

II Sama untuk semua individu

III Berbeza untuk semua individu

IV Barang dan perkhidmatan yang diperlukan untuk

hidup dengan lebih selesa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Antara berikut yang manakah tergolong dalam saiz perniagaan antarabangsa?

I Skala tempatan

II Skala kebangsaan

III Skala global

IV Skala Zon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan:

Dua atau lebih syarikat membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.

Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usahasama

d)

Perkongsian

12.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

menambah kos perbelanjaan

b)

meningkatkan imej perniagaan

c)

mengembangkan perniagaan

d)

meningkatkan kadar bayaran cukai

13.

Pernyataan manakah yang merupakan kekurangan penubuhan koperasi?

a)

kewujudan yang tidak kekal

b)

kepakaran sukar dikongsikan

c)

syer tidak boleh dipindah milik

d)

anggota tidak ada hak dalam membuat keputusan

14.

Encik Rayyan berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Rayyan dengan menjalankan perniagaan tersebut?

a)

tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

b)

risiko kegagalan dalam perniagaan rendah

c)

perniagaan boleh dijalankan secara berterusan

d)

kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

15.

Encik Raykal mempunyai sebuah kedai runcit yang mempunyai 10 orang pekerja di Kedah. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Encik Raykal?

a)

lebih berdaya saing

b)

pengambilan pekerja

c)

aliran tunai yang negatif

d)

kos overhead yang rendah

16.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

melibatkan pembinaan dan pemasangan barang

c)

memproses bahan mentah untuk menjadikan barang separuh siap

d)

mendapatkan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah

17.

Pada awal tahun 1990an, sektor manakah yang merupakan penyumbang utama kepada eksport Malaysia?

a)

sektor mikro

b)

sektor utama

c)

sektor kedua

d)

sektor ketiga

18.

Apakah ciri-ciri perniagaan di atas?

a)

Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

b)

Perkongsian strategik antara dua atau lebih syarikat

c)

Dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor

19.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

A Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

B Membantu masyarakat setempat

c)

C Meningkatkan pendapatan negara

d)

D Menawarkan barang dan perkhidamatan

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal?

a)

A Liabiliti tidak terhad

b)

B Risiko kerugian boleh dikongsi bersama

c)

C Mudah ditubuhkan

d)

D Cukai pendapatan perseorangan

21.

Pentadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad dikawal dan diuruskan oleh

a)

A pekerja syarikat

b)

B ahli lembaga pengarah

c)

C pemegang-pemegang syer

d)

D Pemiutang-pemiutang syarikat

22.

MATRADE yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu perniagaan yang terlibat dalam

a)

A skala global

b)

B skala negeri

c)

C skala kebangsaan

d)

D skala tempatan

23.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan?

I Dapat menarik pelabur baharu

II Dapat mendorong pekerja bekerja lebih keras

III Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

IV Dapat memastikan kelangsungan perniagaan

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III dan IV

24.

Persatuan Peniaga Bandar Klang menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?

a)

Untuk mengusir pesaing di pasaran

b)

Untuk mempromosi jenama tertentu

c)

Untuk mempromosikan alam sekitar bersih

d)

Untuk membantu ahli masyarat yang tidak mampu

25.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi. Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?


Encik Zamri membenarkan kawan-kawannya menggunakan namanya dalam satu perniagaan perkongsian. Beliau tidak mengeluarkan sebarang modal.

a)

Rakan kongsi berhad

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi nominal

26.

Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan di atas?

a)

Pengurus besar

b)

Ketua Eksekutif

c)

Pemegang saham

d)

Lembaga pengarah

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

28.

Gambar berikut menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung.


Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

memasarkan produk kepada pengguna

29.

Situasi manakah benar tentang sektor kedua(sekunder)?

a)

Ahmad mengusahakan penternakan ayam kampung

b)

Latif bekerja sebagai pemandu pelancong

c)

Badrul terlibat dalam pemprosesan kayu balak

d)

Haliza bertugas sebagai sukarelawan di Palestin

30.

Apakah prinsip koperasi?

a)

Kebebasan autonomi

b)

Jumlah anggota yang terhad

c)

Pulangan dalam bentuk faedah

d)

Kawalan autokratik

31.
Susun langkah-langkah dalam prosedur pendaftaran penubuhan perniagaan selepas langkah mengisi Borang Carian Nama.
I   Mengisi Borang A
II  Membuat pembayaran
III Mendapatkan Borang D
IV Hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
a)
I --> II --> III --> IV
b)
I --> IV --> II --> III
c)
IV --> I --> III --> II
d)
IV --> I --> II --> III
32.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi?

a)

Pembahagian keuntungan

b)

Melaporkan penyata kewangan

c)

Meluluskan undang-undang kecil

d)

Pemilihan ahli lembagai koperasi

33.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

I Memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan

b)

II Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan

c)

III Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan maksimum

d)

IV Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja tempatan

34.

Syarikat PKW ialah sebuah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 400 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM80 juta. Namun, syarikat ini tetap menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh syarikat tersebut?

a)

A- Bebanan kerja

b)

B- Masalah aliran tunai

c)

C- Ketidakpastian pasaran

d)

D- Kos overhed yang tinggi

35.

Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam skala perniagaan domestik?

a)

I- Skala zon

b)

II- Skala global

c)

III- Skala negeri

d)

Iv- Skala tempatan

36.

Antara yang berikut, yang manakah agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan?

a)
b)
c)
d)
37.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan?


I Taraf perintis

II Elaun pekerja

III Cukai barangan

IV Elaun cukai pelaburan

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

38.

Pernyataan manakah yang benar tentang pengangguran bermusim?

a)

Berlaku perubahan dalam industri

b)

Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek

c)

Berlaku semasa keadaan ekonomi meleset

d)

Pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan

39.

"Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan, dan perumahan."


Apakah jenis pasaran tersebut?

a)

Pasaran niche

b)

Pasaran untuk semua

c)

Pasaran produk

d)

Pasaran kewangan

40.

Sesebuah negara dianggap maju apabila mencapai guna tenaga penuh. Apakah ciri guna tenaga penuh?

a)

Ramai pekerja asing

b)

Negara yang masih dalam kemiskinan

c)

Pendudukan yang ramai kaum perempuan

d)

Kadar pengangguran kurang daripada 4%

41.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menangani isu – isu negara. Apakah peranan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan?

a)

Mengurangkan bekalan dalam ekonomi

b)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

c)

Mengurangkan cukai pendapatan

d)

Meningkatkan kadar faedah

42.

Gaya pengurusan manakah yang dapat membentuk persekitaran organisasi kondusif, wujud toleransi, dan hubungan baik antara majikan dan pekerja?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

43.

Susun peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menangani isu yang terdapat di Malaysia.

a)

A. Isu negara, isu serantau, isu tempatan

b)

B. Isu tempatan, isu negara, isu serantau

c)

C. Isu serantau, isu tempatan, isu negara

44.

Manakah contoh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

a)
b)
c)
45.

Manakah bukan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

a)

A. Memastikan kawasan pentadbirannya dalam keadaan selamat

b)

B. Memberi bantuan kepada usahawan untuk menghasilkan produk

c)

C. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pasar dan gerai

46.

Antara yang berikut, penyataan yang manakah menerangkan maksud visi dengan tepat?

a)

Merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Merupakan matlamat organisasi yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek

c)

Merupakan apa yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa panjang

d)

Merupakan dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

47.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifuk?

a)

Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat

b)

Objektif yang dibentuk perlu dinyatakannya dengan jelas dan bersistem

c)

Objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

48.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merujuk kepada ?

a)

Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)

b)

Pertubuhan Sukarela

c)

Agensi Sukarela

d)

Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)

49.

Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah. Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangka masa

50.

Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?

a)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

b)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

c)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

d)

Pemilik membawa masuk modal tambahan